Dr Rozaimi Ramle's Channel


Kanal geosi va tili: O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Saluran Informasi Terkini Kuliah dan Mesej dari Dr. Rozaimi Ramle

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Oleh kerana ramai bertanya tentang perkembangan kes tesis UUM yang memetik nama saya dan SS Mufti Perlis, saya ingin maklumkan bahawa LoD terhadap mereka di bawah ini telah pun siap dan dalam proses serahan.

Moga kebenaran dapat ditegakkan.

Doakan kami.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/18nnVf2nTz/


Lihat lagi pada halaman 140 dalam kitab yang sama, beliau sendiri menolak pandangan yang mengharamkan taqlid dengan mewajibkan ijtihad kepada semua orang termasuk orang awam. Beliau tegas mengatakan ia pandangan yang tertolak di sisi seluruh ulama. (Lihat gambar di bawah). Bagaimana orang yang mengharamkan taqlid menurut dakwaan penulis tesis boleh menolak pandangan mengharamkan taqlid itu sendiri? Ini kontradik.

Lihatlah betapa jauhnya pendirian al-Qaradawi yang sebenar dengan apa yang penulis tesis ini simpulkan.

Sebab itu saya bertanya penyelia, pemeriksa dalam dan pemeriksa luar yang merupakan AJK Fatwa Kedah, apa dah jadi dalam isu ini? Bagaimana tesis ini boleh lulus dengan kesalahan yang parah begini? Jika teguran dan pembetulan telah disarankan kepada pelajar, bukankah sepatutnya dipastikan penulis ubah kesalahan fatal ini sebelum kalian turunkan tandatangan untuk kelulusan? Saya masih menunggu penjelasan dari kalian semua.

Ini baru sedikit. Banyak lagi maklumat yang perlu kepada semakan sebenarnya dalam tesis ini.

Ini bukan isu remeh. Ini bukan semata-mata kerana aliran. Ini isu serius yang mesti ditegur di lapangan akademik. Ia telah menjadi rujukan akademik apabila telah menjadi tesis. Kita sedang berinteraksi dengan teks tokoh besar dalam agama. Berhati-hatilah.

7. Kenapa saya dedahkan tesis ini? Kerana ada 2 sebab utama:

Pertama: Kerana naskah tesis yang ini sememangnya tidak mencapai disiplin penulisan ilmiah pada penilaian saya. Paling utama ialah maklumat salah dan kesilapan fatal yang terkandung di dalamnya seperti yang saya nyatakan tadi.

Terdapat banyak struktur ayat yang berterabur, tergantung dan sukar difahami juga.

Kedua: Tesis ini menyebut nama saya dan menukilkan maklumat bahawa saya mempunyai persamaan pengaruh pemikiran dengan Muhammad bin Abdul Wahhab (MAW) tanpa beliau membantah nukilan tersebut. Pemikiran MAW di dalam tesis ini pula digambarkan bahawa pemikiran MAW bercanggah dengan ASWJ. Bayangkan jika ada tulisan ilmiah mengatakan anda mempunyai persaman pemikiran dengan tokoh yang dikatakan bercanggah dengan ASWJ? Anda mahu senyum? Anda mahu diam kerana ia ibarat assignment pelajar yang anda tidak perlu masuk campur? Anda fikirlah sendiri.

8. Semalam saya dimaklumkan bahawa pemeriksa luar tesis ini nyatakan mahu saman saya. Tidak mengapa. Saya menunggu writ saman dari beliau untuk kita berhujah di mahkamah. Saya bersedia in sya Allah. Bring it on!

Kepada Allah saya berserah.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/1B1vjruVSS/


[Coretan Terakhir Saya Tentang Tesis UUM Sebelum Ke Mahkamah]

1. Izinkan saya membuat sedikit coretan berkenaan tesis UUM yang saya kritik sebelum ini yang sudah pun menjadi tular.

2. Ramai yang memberi komentar. Macam-macam bentuk komentar ada. Berikut contoh komentar yang saya baca:

i. Ada yang cuba beralasan ini semua pergaduhan yang tidak perlu. Buang masa.
ii. Ada yang kata ini semua akibat pergaduhan aliran semata-mata.
iii. Ada yang menyalahkan pelajar terus.
iv. Ada yang menyalahkan UUM sebagai universiti yang cuai.
v. Ada yang secara sindiran menyalahkan orang yang memulakan polemik ini kerana dianggap masuk campur urusan pensyarah lain.

3. Saya tidak mahu mengatakan siapa betul dan siapa salah dalam memberi komentar di atas. Masing-masing berhak memberikan pendirian. Cuma saya ingin mengajak kita semua untuk berfikir sejenak. Banyak saja artikel dan tesis yang berbeza aliran dengan pendirian saya. Tetapi saya tidak dedahkan sebegini kerana ia ditulis dengan disiplin ilmu yang kita boleh berbeza pendapat padanya.

Maka saya ingin tegaskan bahawa polemik ini bukan kerana perbezaan aliran semata-mata. Jika perbezaan aliran menjadi punca, pastinya tesis orang lain juga akan terima nasib yang sama. Anda sudah mula fikir? Baiklah biar saya teruskan.

4. Jika ada pensyarah yang beralasan jangan campur kerja orang lain sepertimana kita tidak masuk campur penilaian assignment pensyarah lain, maaf saya mohon berbeza pendapat. Assignment pelajar tidak diterbitkan sebagai bahan kajian yang diiktiraf. Berbeza dengan tesis yang telah diluluskan. Ia akan menjadi rujukan akademik dan akan dinukil oleh pengkaji kemudian.

Bayangkan jika terdapat kesalahan parah pada maklumat di dalamnya? Adakah kita perlu berdiam diri? Tambahan pula naskah tesis ini ada dalam naskah elektronik perpustakaan UUM! Boleh untuk dimuat turun secara percuma. Adakah anda setuju untuk didiamkan isu ini? Maaf saya tidak rela untuk biarkan perkara ini berlaku.

5. Cuba lihat pada gambar tesis di bawah ini. Lihat pada maklumat yang dikongsikan. Al-Qaradawi halalkan memakan arak@khinzir dengan kuantiti yang sedikit. (Maaf saya tidak pasti perkataan "nya" dalam teks tesis ini sama ada ia merujuk kepada arak@khinzir@kedua-duanya) Pengarang tesis menukilkan maklumat ini dari sumber sekunder. Kenapa beliau tidak semak apa yang disebutkan dalam rujukan al-Qaradawi sendiri? Benarkah al-Qaradawi menghalalkan memakannya dalam kuantiti yang sedikit? Ini isu serius. Pengharaman arak dan khinzir ini isu ijmak. Tidak boleh berpada hanya dengan menukilkan sumber sekunder. Tesis akademik perlu mementingkan sumber primer selagi mana sumber itu ada. Begitu banyak rujukan al-Qaradawi. Buatlah semakan dari sumber primer untuk pastikan betulkah beliau menghalalkan memakannya? Atau al-Qaradawi sedang bicara isu istihalah? Isu ini perlu perincian.

6. Lihat lagi pada maklumat yang penulis tesis nyatakan kononnya al-Qaradawi mengharamkan ke atas masyarakat mengikut mazhab dan mewajibkan mereka berijtihad! Mak aih! Benarkah begitu?

Saya amat sangsi dengan maklumat ini. Saya buat semakan dalam rujukan kitab al-Qaradawi yang penulis tesis kongsikan dalam tesisnya. Ternyata sangkaan saya benar. Al-Qaradawi berkata tentang isu lain. Penulis tesis faham lain.

Al-Qaradawi melarang taksub kepada mazhab sehingga menganggap mazhab itu suci dari kesilapan. Bukannya beliau mengharamkan masyarakat bermazhab. Beliau mengecam orang yang meninggalkan pandangan yang dia yakini benar hanya semata-mata taksub mazhab. Beliau menukilkan teks daripada ulama silam dalam isu ini untuk menyokong pendirian beliau. Beliau juga menggesa orang yang mempunyai kemampuan tarjih dan analisis untuk memilih pendapat yang kuat dalam khilaf ulama.

Jika dilihat dalam kitab al-Sahwah al-Islamiyyah yang penulis nyatakan di bahagian rujukan tesis itu, al-Qaradawi sendiri mencela orang yang anti mazhab. Bagaimana mungkin orang yang haramkan bermazhab menurut dakwaan penulis tesis boleh mencela mereka yang anti mazhab? Tak ke pening?






1. Tuan-tuan, mengapa saya menyebutkan tentang Tesis UUM itu? Adakah saya mencari salah? Telah tentulah tidak.

Pertama sekali, nama saya disebut di dalam tesis itu. Jadi hak saya juga untuk menjawab semula. Jika kita sudah sebut nama orang lain, hendaklah terima apabila orang itu menjawab semula.

2. Adakah saya selongkar tesis orang lain cari salah? Dalam dunia akademik, kita perlu membaca banyak tesis atau artikel jurnal untuk rujukan.

Lagi pun tesis tersebut adalah open access. Penulis tesis memang menulis untuk orang baca. Bukan benda rahsia. Tiada istilah selongkar. Ini bukan ilmu hitam untuk jadi rujukan rahsia yang perlu pengeras untuk membacanya. Begitu juga, kajian ilmiah atau artikel jurnal bukan untuk disimpan menjadi pekasam.

Sebab itu ada geran beribu ringgit dikeluarkan untuk sesuatu kajian. Ia untuk dibaca dan dimanfaatkan. Bukan untuk disimpan di dalam peti setelah tulis sekadar memenuhi KPI. Tidak sepatutnya diberikan istilah "menyelongkar tesis" apabila sesuatu kajian dibincangkan atau dikritik.

3. Apa peranan pemeriksa luar? Pemeriksa luar adalah antara orang paling berpengaruh ketika sesi VIVA. Dia diibaratkan man in action. Kata-katanya didengar dan menjadi tumpuan ketika VIVA kerana ia adalah orang luar yang hadir. External examiner ini selalunya digeruni ketika VIVA kerana dia tidak ada kepentingan peribadi dengan tesis.

Jangan anggap pemeriksa luar ini sekadar check kulit luar depan dan belakang tesis saja. Bukan. Tidak boleh lepas tangan sebegitu sahaja. Kebiasaannya pemeriksa luar ini juga dibayar. Bukan percuma. Tandatangannya sangat berharga.

4. Membuat PhD, sarjana dan lain-lain bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan perjuangan dan pengorbanan dari segi masa, wang dan lain-lain. Sakit mata apabila membaca kajian yang mempunyai dengan maklumat mengelirukan selain daripada mengaitkan ulamak besar zaman ini dengan fahaman tajsim.

Mengaitkan seseorang dengan fahaman wahhabi merupakan satu perkara yang berat. Hinggakan bekas Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa iaitu Syaikh Yusuf al-Qaradawi juga dianggap terpengaruh dengan fahaman tajsim dalam tesis UUM ini yang mana Dr Hapiz Kodiang (AJK Fatwa Kedah) merupakan pemeriksa luar. Ia adalah satu perkataan yang berat.

Budaya melabel orang lain sebagai mujassimah, Wahhabi dan lain-lain perlu dihentikan tanpa bukti kukuh.

5. Siapa yang ada butiran alamat dan no HP pemilik tesis bernama Mohammad Syahiid bin Tusiran ini tolong maklumkan kepada saya di inbox. Saya sedang berbincang dengan peguam saya untuk tindakan selanjutnya.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/1BRvsPZ2hv/


Dr Hapiz, janganlah taici tanggungjawab kepada orang lain jika anda sendiri yang letakkan tandatangan bersetuju dengan naskah tesis sebelum ia dicetak.

Benar, penyelia dan penyemak dalaman ada tanggungjawab. Tetapi dalam viva, kebiasaannya penyemak luarlah yang paling digeruni.

Cuba baca betul-betul ayat di atas ruang tandantangan sebelum anda letakkan tandatangan di dalam tesis itu.

Bukankah bila anda sudah letakkan tandatangan bermakna anda setuju dengan kandungannya?

Dengan typo dan ayat yang tidak baik strukturnya. Tambahan lagi dengan maklumat dan ayat mengelirukan. Kenapa anda letak tandatangan?

Satu lagi, saya tidak selongkar tesis ini. Tesis dan jurnal akademik memang dirujuk ketika kita melakukan tinjauan literatur sebelum memulakan kajian baru. Sebab itu tesis akademik disiplinnya ketat dan rujukannya perlu mantap sebelum ia dicetak dan diluluskan.

Senang saja soalannya, kenapa anda tandatangan pada tesis ini dengan masalah-masalah yang terkandung di dalamnya?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1WP8LxT1Cf/


1. Astagfirullah, istighfar panjang saya baca tesis ini. Tidak sangka penulis menukilkan pandangan bahawa Syaikh Yusuf al-Qaradawi juga dianggap:

- Terpengaruh dengan fahaman Tajsim (menjisimkan Allah)

- Mengkafirkan umat Islam

- Terpengaruh dengan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Ya, perkara ini tuan-tuan boleh lihat dalam rumusan Bab 4 daripada tesis UUM yang pemeriksa luarnya adalah Dr Hapiz Kodiang (AJK Fatwa Kedah). Ini nukilan-nukilan yang dilampirkan dalam tesis itu daripada rujukan lain.

2. Tuan-tuan, zaman ini sukar untuk seseorang terlepas daripada dikaitkan dengan fahaman wahhabi. Siapa lagi yang selamat daripada dilabel dengan gelaran ini? Tuan-tuan jawablah sendiri.

3. Tidak sedikit sahabat saya dalam PAS mengangkat idea yang dibawa oleh Syed Qutb dan mengambil manfaat daripada kitab tafsir beliau Fi Zilal al-Quran. Manakala PMX pula cenderung kepada pandangan al-Qaradawi. Dalam tesis UUM ini, kedua-dua tokoh tersebut (Al-Qaradawi dan Syed Qutb) disebutkan terpengaruh dengan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

4. Saya terfikir, mungkinkah hanya orang yang terlibat dengan tesis ini sahaja Ahli Sunnah sejati pada zaman ini?

Penulis Tesis: Mohammad Syahiid bin Tusiran

Penyemak Luar: Dr Hapiz Kodiang (AJK FATWA KEDAH)

Penyemak Dalaman: Prof Madya Solahuddin Abdul Hamid

Pengerusi Viva: Prof Madya Dr Ratnaria Wahid.

Adakah pemikiran mereka ini sahaja sebagai Ahli Sunnah sejati?

5. Dalam tesis tersebut, dinukilkan juga bahawa Imam Masjidharam iaitu Syaikh Abdul Rahman al-Sudais ada persamaan dengan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Persoalannya, siapa lagi yang selamat daripada dilabel atau dikaitkan dengan wahhabi?

Saya ingin bertanya kepada pemeriksa luar tesis ini iaitu Dr Hapiz Kodiang (AJK FATWA Kedah) bagaimana labelan cemerkap seperti ini boleh dilepaskan untuk berada dalam tesis sarjana? Hinggakan ulamak besar seperti Al-Qaradawi pun dianggap terpengaruh atau terkesan dengan fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab dalam tesis ini.

Nantikan ulasan seterusnya dari saya tentang tesis ini.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1EKFTzgEet/?mibextid=oFDknk


Tidak sangka rupanya nama saya dan mufti Perlis juga terdapat dalam tesis UUM yang penilai luarnya adalah Dr Hapiz Kodiang (AJK Fatwa Kedah). Tesis ini menukilkan maklumat yang mengaitkan kami dengan pengaruh pemikiran Muhammad bin Abdul Wahhab. Nukilan dalam tesis itu adalah daripada Dr Zamihan al-Ghari.

Yang peliknya, Dr Zamihan telah bersetuju bahawa Mufti Perlis tidak mengamalkan dan tidak berpegang dengan ajaran wahhabi dalam mahkamah. (Rujuk salinan keterangan Dr Zamihan dalam mahkamah di bahagian komen)

Manakala saya sendiri pula akan berhadapan dengan Dr Hapiz Kodiang dalam mahkamah berkaitan kes kami tidak lama lagi. Peguam saya ada sedikit soalan hendak tanya pada Dr Hapiz Kodiang di mahkamah nanti.

Saya pernah bersetuju untuk dialog dengan Dr Hapiz Kodiang sebelum ini, namun saya tidak menerima respon positif dari beliau. Beliau telah menulis nama saya suatu ketika dahulu di status FB beliau dahulu. Jadi janganlah bersikap seolah-olah play victim. Apabila kita tulis tentang seseorang, maka janganlah beremosi apabila nama kita disebut semula.

Sila tunggu dan jangan lari, kita dialog dalam mahkamah sahaja nanti. Dalam mahkamah saya tidak pasti boleh atau tidak untuk guna hujah "Doraemon time travel machine" untuk kembali ke masa silam (yang tidak faham, sila baca status FB saya petang tadi).

Kita tunggu tarikh perbicaraan dalam mahkamah nanti.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/188BYs1Yts/?mibextid=oFDknk


Saya agak terkejut membaca tesis sarjana Mohammad Syahiidd Tusiran yang dikeluarkan oleh Universiti Utara Malaysia.

Tajuk tesis beliau berkaitan Manhaj Pemikiran Muhammad bin Abdul Wahhab (MMAW).

Cuma saya agak pelik dengan analisis pengkaji ini. Dalam tesis ini ditulis:

"Namun pada tahun 1510an, pengaruh pemikiran MMAW menguasai tiga kota suci Islam di Mekah, Madinah dan Jerusalem (Palestin)".

Bagaimana mungkin pengaruh MMAW muncul pada tahun 1510an sehingga tersebar di Mekah, Madinah dan Jerusalem, sedangkan pengkaji sendiri mengatakan di Bab 2 tesisnya bahawa MAW lahir pada tahun 1703M?

Saya terfikir beberapa kemungkinan:

Ⅰ: Adakah boleh dikatakan pemikiran beliau lahir sebelum beliau sendiri dilahirkan?

ⅠⅠ: Ataupun adakah pengaruh mesin masa Doraemon telah wujud untuk kembali ke masa silam?

ⅠⅠⅠ: Ataupun semua benda dalam dunia ini kita salahkan MAW (Muhammad bin Abd al-Wahhab) walaupun sebelum dia lahir lagi?

Pemeriksa tesis sepatutnya tanya kepada pengkaji ini sewaktu viva. Tapi saya tidak pasti kenapa maklumat mengelirukan begini masih kekal dalam tesis ini. Saya semak siapakah penilainya, rupa-rupanya pemeriksa luar tesis ini adalah Dr Hapiz Kodiang.

Saya harap penulis tesis ini tidak mengikuti jejak pemeriksa luar tesis ini (Dr Hapiz Kodiang) yang telah difailkan saman ke atasnya.

Moga status FB kita tidak mempengaruhi penulisan ilmiah di dalam tesis dan journal.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1HCtHG8pMj/?mibextid=oFDknk


Saya baru sahaja menonton video ini. Hairan juga saya kenapa perlu lapor polis dan kaitkan dengan isu akidah?

ISDG itu ialah isu penetapan matlamat Islami yang mampan dalam pembangunan. Nama pun Islamic Sustainable Development Goals (Matlamat Pembangunan Mampan).

Apa isu sampai nak lapor polis? Keliru saya melihat gelagat penyokong Asy-Matur di Malaysia ini.

Tokoh yang datang ke Malaysia itu ialah tokoh antarabangsa yang terkenal di peringkat dunia. Janganlah buat malu.

Satu lagi, nak tanya sahabat semua. Betulkah cara sebutan "sustainable" yang pemuda dalam video ini? Saya tengok video orang putih sebut macam lain. Kan? Ke ada accent lain yang pemuda ini gunakan?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/14qBnhsxUk/?mibextid=oFDknk


Saya baru berlatih nak jual ketam. Ada bakat tak agak-agak?

Yang sebelah saya itu boleh jadi model. Dia akan pakai baju ketam kalau perniagaan kami menjadi ;)

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/15Wa3wtRom/?mibextid=oFDknk


Agak-agak apa kami nak buat di Langkawi ya? Nantikan pengumuman seterusnya.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/15jrQxWuPx/?mibextid=oFDknk


Inilah keistimewaan Perlis. Terbuka untuk menerima kepelbagaian selagi ia didasari dengan ilmu bukan khurafat dan meminta tolong kepada mayat.

Sejak menetap di Perlis, begitu banyak tokoh yang saya temui ketika mereka menziarahi Dato Mufti Perlis. Syukur kepada Allah.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/1AHZ5v6Nwq/


Tarikh Perkampungan Sunnah ke-10. Boleh dah buat tempahan hotel atau homestay.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/161UECzijs/?mibextid=oFDknk


Tadi sewaktu di Perlis International Sunnah Convention 2025 (PISCON2025) Syeikh Saad Noomani membaca al-Quran dengan gaya pelbagai qurra' seluruh dunia. Tetapi lenggok bacaan yang ini paling mantap. Sama betul dengan Syeikh Abdul Rahman al-Sudais.

Cuba kalian dengar.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/1B9wAobUNg/?mibextid=oFDknk


Kami di Perlis International Sunnah Convention 2025 ni haa.

Tiba-tiba nama Haji Hamid disebut oleh panel di atas pentas. Glamour terus dia.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1KBNqf49yv/?mibextid=oFDknk


Tonight’s session with honourable Dr Omar Sulaiman “ How the Quran Talks About Hope and Fear?”

https://www.facebook.com/share/v/15vw6WCUDv/


Baru selesai sembang-sembang isu semasa dengan Izzairi (bekas CEO The Noor Apps) dan Tuan Peguam Faizal Rahman.

Begitu hangat berbincang sampai kopiah pun tak sempat pakai tadi.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/146nF2Ei2E/


Dalam hadis, Nabi sallallah alaih wasallam suruh tengok anak bulan untuk menentukan masuknya Ramadan. Jika tidak kelihatan maka lengkapkan Syaaban sebanyak 30 hari.

Tidak perlu pun nak tengok baby menyusu atau tidak untuk menentukan Ramadan.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/18GUKCNkeX/

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.