[Coretan Terakhir Saya Tentang Tesis UUM Sebelum Ke Mahkamah]
1. Izinkan saya membuat sedikit coretan berkenaan tesis UUM yang saya kritik sebelum ini yang sudah pun menjadi tular.
2. Ramai yang memberi komentar. Macam-macam bentuk komentar ada. Berikut contoh komentar yang saya baca:
i. Ada yang cuba beralasan ini semua pergaduhan yang tidak perlu. Buang masa.
ii. Ada yang kata ini semua akibat pergaduhan aliran semata-mata.
iii. Ada yang menyalahkan pelajar terus.
iv. Ada yang menyalahkan UUM sebagai universiti yang cuai.
v. Ada yang secara sindiran menyalahkan orang yang memulakan polemik ini kerana dianggap masuk campur urusan pensyarah lain.
3. Saya tidak mahu mengatakan siapa betul dan siapa salah dalam memberi komentar di atas. Masing-masing berhak memberikan pendirian. Cuma saya ingin mengajak kita semua untuk berfikir sejenak. Banyak saja artikel dan tesis yang berbeza aliran dengan pendirian saya. Tetapi saya tidak dedahkan sebegini kerana ia ditulis dengan disiplin ilmu yang kita boleh berbeza pendapat padanya.
Maka saya ingin tegaskan bahawa polemik ini bukan kerana perbezaan aliran semata-mata. Jika perbezaan aliran menjadi punca, pastinya tesis orang lain juga akan terima nasib yang sama. Anda sudah mula fikir? Baiklah biar saya teruskan.
4. Jika ada pensyarah yang beralasan jangan campur kerja orang lain sepertimana kita tidak masuk campur penilaian assignment pensyarah lain, maaf saya mohon berbeza pendapat. Assignment pelajar tidak diterbitkan sebagai bahan kajian yang diiktiraf. Berbeza dengan tesis yang telah diluluskan. Ia akan menjadi rujukan akademik dan akan dinukil oleh pengkaji kemudian.
Bayangkan jika terdapat kesalahan parah pada maklumat di dalamnya? Adakah kita perlu berdiam diri? Tambahan pula naskah tesis ini ada dalam naskah elektronik perpustakaan UUM! Boleh untuk dimuat turun secara percuma. Adakah anda setuju untuk didiamkan isu ini? Maaf saya tidak rela untuk biarkan perkara ini berlaku.
5. Cuba lihat pada gambar tesis di bawah ini. Lihat pada maklumat yang dikongsikan. Al-Qaradawi halalkan memakan arak@khinzir dengan kuantiti yang sedikit. (Maaf saya tidak pasti perkataan "nya" dalam teks tesis ini sama ada ia merujuk kepada arak@khinzir@kedua-duanya) Pengarang tesis menukilkan maklumat ini dari sumber sekunder. Kenapa beliau tidak semak apa yang disebutkan dalam rujukan al-Qaradawi sendiri? Benarkah al-Qaradawi menghalalkan memakannya dalam kuantiti yang sedikit? Ini isu serius. Pengharaman arak dan khinzir ini isu ijmak. Tidak boleh berpada hanya dengan menukilkan sumber sekunder. Tesis akademik perlu mementingkan sumber primer selagi mana sumber itu ada. Begitu banyak rujukan al-Qaradawi. Buatlah semakan dari sumber primer untuk pastikan betulkah beliau menghalalkan memakannya? Atau al-Qaradawi sedang bicara isu istihalah? Isu ini perlu perincian.
6. Lihat lagi pada maklumat yang penulis tesis nyatakan kononnya al-Qaradawi mengharamkan ke atas masyarakat mengikut mazhab dan mewajibkan mereka berijtihad! Mak aih! Benarkah begitu?
Saya amat sangsi dengan maklumat ini. Saya buat semakan dalam rujukan kitab al-Qaradawi yang penulis tesis kongsikan dalam tesisnya. Ternyata sangkaan saya benar. Al-Qaradawi berkata tentang isu lain. Penulis tesis faham lain.
Al-Qaradawi melarang taksub kepada mazhab sehingga menganggap mazhab itu suci dari kesilapan. Bukannya beliau mengharamkan masyarakat bermazhab. Beliau mengecam orang yang meninggalkan pandangan yang dia yakini benar hanya semata-mata taksub mazhab. Beliau menukilkan teks daripada ulama silam dalam isu ini untuk menyokong pendirian beliau. Beliau juga menggesa orang yang mempunyai kemampuan tarjih dan analisis untuk memilih pendapat yang kuat dalam khilaf ulama.
Jika dilihat dalam kitab al-Sahwah al-Islamiyyah yang penulis nyatakan di bahagian rujukan tesis itu, al-Qaradawi sendiri mencela orang yang anti mazhab. Bagaimana mungkin orang yang haramkan bermazhab menurut dakwaan penulis tesis boleh mencela mereka yang anti mazhab? Tak ke pening?