Jika anda lihat ada yang mendakwa MAIPs (zakat Perlis) tidak declare zakat atau tuduhan kononnya MAIPs disabitkan bersalah di mahkamah dan lain-lain maka jangan risau untuk menepis semua itu. Cukuplah anda senyum sahaja sambil tunjukkan gambar di bawah ini kepada mereka.
Kemudian talqinkan pada telinga mereka perkataan di bawah ini satu persatu huruf demi huruf:
i. MAIPs mencipta rekod sebagai agensi agama Islam pertama menerima pengiktirafan Standard Accounting For Government Agencies (SAGA)
ii. MAIPs ditarafkan 5 bintang daripada Jabatan Audit Negara dalam kecemerlangan pengurusan kewangan berdasarkan indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara pada 2019.
iii. MAIPs mengekalkan rekod SIJIL KEWANGAN TANPA TEGURAN selama 11 tahun berturut-turut daripada KETUA AUDIT NEGARA.
Pelik sungguh sikap sesetengah pihak, apabila Ketua Audit Negara dah beri pengiktirafan, ada yang masih persoal dan tidak puas hati hanya kerana ada perkara yang mereka cari tidak ada dimuatkan pada web tertentu.
Mereka lebih percaya nilai angka pada laman web tertentu berbanding pengiktirafan ketua audit negara.
Bagi sesiapa yang terlibatkan dengan pentadbiran, bahagian paling menggerunkan adalah audit. Namun Maips berjaya mengekalkan SIJIL KEWANGAN tanpa teguran 11 tahun berturut-turut dari Ketua Audit Negara. Orang yang waras dapat berfikir ini sudah cukup untuk membuktikan kecekapan urus tadbir Maips melibatkan kewangan dan pengurusan zakat.
Kita tidak perlu bicara banyak, biar pihak berautoriti yang memberi pengiktirafan kepada kita daripada sekadar mendapat pengiktirafan pakcik dari Kodiang atau mana-mana daerah lain.
Jom berzakat di MAIPs.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/1NKoTnSRDE/?mibextid=oFDknk