Dr Rozaimi Ramle's Channel


Channel's geo and language: Uzbekistan, Uzbek
Category: not specified


Saluran Informasi Terkini Kuliah dan Mesej dari Dr. Rozaimi Ramle

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Uzbekistan, Uzbek
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Astaghfirullah, malunya saya melihat agamawan yang berjubah hitam ini. Di dunia lagi telah terbongkar. DrMAZA tidak pernah pun menghalalkan untuk meliwat isteri.

Untuk pengetahuan semua, agamawan berjubah hitam ini lah yang viral disaman oleh Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi dan perlu membayar RM2.5juta.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/12LJu42h6Yg/?mibextid=oFDknk


Antara pampasan tertinggi bagi kes saman fitnah.

Moga kita semua berhati-hati sebelum menulis sesuatu di medsos.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1ETsuMZDik/?mibextid=oFDknk


Jom kita iring tetamu Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis ke Gua Kelam.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/1ATbqmj7Vz/


Ada ramai yang komen bahawa drama bidaah itu tidak sesuai namanya bidaah, kerana itu melibatkan ajaran sesat. Saya katakan, memang ajaran sesat dikategorikan sebagai salah satu daripada bidaah. Kita banyak fokus tentang bidaah hasanah saja, hingga terlupa bahawa Rasulullah mengaitkan bidaah dengan kesesatan. Syiah dan Muktazilah dianggap ahli bidaah kerana kesesatan mereka yang parah dalam akidah.

Walid-walid janganlah panas hati.

https://www.facebook.com/share/p/168GxTTdkd/?mibextid=oFDknk


Alhamdulillah YDP Agong telah memberi titah. Datuk Seri Saifuddin Nasution juga telah memaklumkan bahawa KDN sudah bertindak berkaitan isu ini.

Moga jadi pengajaran kepada kita semua.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1L5rbfQMrE/


Saya harap isu ini tidak hanya selesai dengan permohonan maaf. Ia perlu kepada tindakan tegas supaya ia tidak berulang lagi.

Jalur Gemilang adalah maruah negara.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1Hs3FGWzxU/?mibextid=oFDknk


Kunjungan Hormat Delegasi UniSIRAJ ke Universiti Islam Madinah.

Sesi Lawatan Kerja Rasmi Delegasi UniSIRAJ diteruskan ke Universiti Islam Madinah. Saya merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat Presiden Universiti Islam Madinah, Dr. Saleh bin Ali Al-‘Aqla, yang berbesar hati menjemput delegasi kami bagi tujuan kolaborasi kedua-dua buah entiti.

Universiti Islam Madinah merupakan sebuah universiti besar yang memainkan peranan utama dalam melahirkan sarjana nusantara dan pendakwah di Malaysia, Asia Tenggara dan global umumnya.

Pihak UniSIRAJ mengambil sinergi ini agar dapat menjalankan usahasama strategik melalui Perjanjian Persefahaman yang merangkumi pengambilan pelajar, pertukaran pelajar, perkongsian kepakaran akademia dan penyelidikan secara berfokus.

Diharapkan lawatan ini memberikan manfaat besar buat kedua-buah institusi dan masyarakat.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/16hkgF3vvD/


Begitulah ibaratnya drum dan ketuk angin. Tidak menghasilkan bunyi walaupun kepala pengetuknya bergoyang.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/16QuCM4Nrm/?mibextid=oFDknk




Selesai kerja di Taif University. Jom kita laksanakan umrah dulu. Doakan kami.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/19q5egvTaP/


Orang lain boleh datang dan pergi. Tetapi blood brothers kekal sehingga mati.

Jalan kau, jalan aku. Duduk kau, duduk aku. Luka kau, luka aku. Kita bersama bukan kerana nama, tetapi kerana kita memilih pilih untuk bersama selagi matlamat kita sama. Di mana kau pergi, aku akan ada bersama.

Mamu dah ada. Agak-agak mana satu di belakang saya nak jadi Syafiq Kyle?

Dr Rozaimi Ramle
Taif, Arab Saudi.

#UniSIRAJ #DisiniPencintaSunnahDilahirkan #bloodbrothers

https://www.facebook.com/share/v/16Ka7Sqppa/?mibextid=oFDknk


Semasa Kunjungan Hormat ke Universiti Islam Imam Mohammad Ibn Saud, Riyadh, Presiden Universiti berbesar hati membenarkan kami melawat ke Muzium Sejarah Sains Arab dan Islam.

Muzium ini memaparkan kemajuan saintifik yang dicapai semasa Zaman Keemasan Islam, dengan pelbagai pameran yang menonjolkan inovasi dan penemuan para Sarjana Muslim.

Banyak juga ilmu baru yang kami belajar di sini.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/16XjCmSaKr/?mibextid=oFDknk


Ramai kecewa penguatkuasa agama lambat bertindak isu kuil ceroboh tanah masjid. Kalau orang yang dilabel wahabi laju saja autoriti agama tersebut bertindak.

Terfikir mungkin labelkan saja kuil itu markaz wahabi. Mungkin boleh cepat mereka bertindak. Sekadar terfikir.

https://www.facebook.com/share/18svYaGibp/


1. Pada awal dahulu ketika KUIPs (sekarang UniSIRAJ) menganjurkan dialog berkaitan isu sensitif, muncul juga suara-suara yang tidak setuju. Namun hakikatnya hasil daripada dialog itu, ada maklumat dapat menjadi rujukan untuk orang awam hingga sekarang.

2. Sekarang heboh diperkatakan tentang drama Bidaah yang diarahkan oleh Erma Fatima. Antara kritikan yang diberikan terhadap filem itu kebanyakannya berkaitan adegan-adegan intim tertentu saja. Saya setuju dengan beberapa kritikan itu. Namun kurang kita dengar orang membicarakan tentang ritual-ritual yang dilakukan dalam filem itu. Jika ada pun, sekadar mengatakan adegan itu memberi gambaran buruk tentang Islam dan ulama Islam.

3. Mengapa jarang agamawan membahaskan secara khusus tentang ritual-ritual dalam filem itu? Jawapannya memang wujud pun ajaran seperti itu dalam sesetengah ajaran Tareqat tertentu. Ya ini fakta yang tidak boleh ditipu lagi walaupun ada pihak cuba mengelak dari membicarakannya.

Saya baru lihat sebahagian daripada drama itu. Namun saya telah temui ada beberapa ritual dalam drama itu memang bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh sesetengah ajaran tarikat.

4. Jika ada yang masih ingat lagi, ketika dialog anjuran KUIPs (sekarang UniSIRAJ), ada salah satu perbincangan berkaitan zikir "Rabitah" iaitu berzikir sambil membayangkan wajah Syaikh Tarikat, Ustaz Salman Ali ada membongkarkan kesesatan Syeikh Nazim al-Haqqani yang ada kaitan dengan zikir sambil membayangkan wajah Syeikh.

Berikut ritual yang pihak tertentu ajarkan seperti dijelaskan oleh Ustaz Salman Ali ketika dialog tersebut:

Peringkat pertama: Fikir, rasa, bernafas seperti Syeikh berada bersama dia.

Peringkat kedua: Personaliti murid bertukar jadi macam Syeikh. Kuasa Syeikh masuk dalam diri.

Peringkat ketiga: Syeikh bawak ke Nabi untuk dilantik jadi wakil kepada Nabi.

Peringkat keempat: Huzur al-Haqq iaitu Allah bagi cahaya.

Peringkat kelima: Fana -ul Fillah.

Peringkat terakhir: Khalipatullah iaitu diberi kuasa alam semesta.

Semua ini dalam kitab yang dinisbahkan kepada Nazim Al-Haqqani yang ajarannya difatwakan menyeleweng oleh beberapa autoriti agama di Malaysia.

5. Sebab itu dialog ilmiah yang dianjurkan manfaatnya bukan hanya terhenti ketika itu saja. Sebaliknya manfaatnya berpanjangan. Dialog itu berlaku pada tahun 2022. Hari ini apabila timbul polemik pada tahun 2025 berkaitan zikir bayangkan wajah Walid, ada beberapa perbincangan dalam video itu dapat dijadikan rujukan.

Doakan agar UniSIRAJ konsisten dapat meneruskan dialog ilmiah untuk manfaat umat.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/16P8dkd4gx/


Kunjungan Hormat Delegasi UniSIRAJ Ke Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud, Riyadh |10 April 2025 |

Alhamdulillah banyak cadangan kerjasama telah dibincangkan dan dipersetujui. Layanan mereka sangat baik.

Terima kasih kepada Kementerian Luar Arab Saudi dan Kedutaan Besar Malaysia yang membantu menguruskan pertemuan ini.

Dr Rozaimi Ramle
Rektor UniSIRAJ

https://www.facebook.com/share/p/16BBDziumH/?mibextid=oFDknk


Alang-alang gambar tengok jam ini, saya nak sebut sedikit tentang waktu. Selalu kita dengar tentang kelebihan solat awal waktu. Persoalannya bilakah waktu tersebut?

Dalam kitab-kitab fiqh, ada disebutkan berkaitan waktu Fadhilah. Waktu fadhilah ini ialah waktu selepas kita berikan masa untuk:

- Menjawab azan.
- Bertaharah (mengambil wuduk).
- Memakai pakaian menutup aurat.
- Menunggu jamaah
Dan seumpamanya.

Saya katakan bahawa anggaran waktu Fadhilah ini sehingga 10-20 minit setelah masuk waktu. Namun sekiranya melewatkan sedikit solat untuk menunggu jemaah yang hadir lebih ramai tiada masalah.

Adapun waktu Isyak, di sana ada perbahasan tentang waktu mana lebih afdal di antara solat di awal waktu ataupun melewatkan solat pada 1/3 malam. Ini kerana ada hadis berkaitan solat pada 1/3 malam. Dalam konteks masa dalam negara kita 1/3 malam sekitar 10.30 malam.

Sekarang saya berada di Riyadh. Gambar sedang tengok jam ini gambar candid tau, bukan saya plan suruh jurugambar snap sambil saya berlakon. Saya tak pandai sangat berlakon candid atau fake dalam laman sosial ini.

Korang jangan aneh-aneh ya!

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/18wCxdexQg/?mibextid=oFDknk


September 2021. Saya sedang berkuliah lepas Isyak, tiba-tiba telefon bimbit saya berdering. Saya jeling ke telefon saya terpapar nama seorang tokoh. 2 kali beliau hubungi saya namun saya tidak dapat angkat kerana sedang berkuliah.

Hati saya rasa tidak sedap kerana sepanjang mengenali beliau jarang beliau membuat panggilan 2 kali serentak berturut-turut.

Selepas selesai kuliah saya hubungi beliau semula. Beliau terus berkata kepada saya:

"Syeikh, Dr Radzi (Rektor KUIPs) sudah tidak mahu sambung kontrak atas dasar kesihatan. Ada cadangan nama?"

Tanpa berfikir lama, saya jawab:

"Si Fulan sesuai (sambil saya menyebutkan namanya dan kebaikannya). Isteri beliau pun tidak bekerja. Lagi pun beliau khabarnya dalam proses berhenti dari USIM. Pasti mudah untuk pindah ke Perlis".

Tokoh itu menjawab:

"Dia muda lagi. Tidak ada pengalaman pun pegang jawatan akademik sebelum ini. Kita bagi dia jadi DEKAN dulu ok.".

Setelah cadangan yang saya beri itu ditolak, saya mencadangkan nama-nama lain. Kesemuanya ditolak. Esok kami berhubung lagi berbincang nama pengganti jawatan tersebut. Beberapa nama lagi saya berikan sehinggalah tokoh itu berkata:

"Syeikh, enta mai lah sini".

Saya tergamam, terdiam, terketawa dan terkesima. Saya meminta ruang masa untuk istikharah.

Majikan saya di UPSI masih inginkan khidmat saya di sana. Saya ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan. Saya berbelah bagi, antara menabur bakti di negeri kelahiran atau ke Perlis.

Tidak lama kemudian, sampai surat "kuning" daripada Istana Perlis ke UPSI. Akhirnya saya pun pergi berpindah bermukim di Perlis.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, masa terus berlalu pergi. Setelah apa yang berlaku isu yang melanda baru-baru ini, ada juga sahabat bertanya saya. Sama ada menyesal atau tidak mencadangkan nama si fulan ketika itu? Saya jawab tidak sama sekali, kerana penilaian saya adalah sewaktu itu. Apa yang berlaku selepas itu di luar ilmu saya.

Jika sekarang dia mahu menjauhkan diri dan menghamburkan sesuatu yang tidak baik sehingga kawan lamanya kena tempias fitnah, itu adalah pilihan dia. Semoga dia bahagia dengan hasil usaha lidah dia. Lagi pun sejak beliau tidak dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa, barulah beliau timbulkan "Circle Toxic" sehingga terbuka pintu fitnah seluas-luasnya.

Dalam hidup ini, banyak kisah yang kita lipat dan simpan ketika berurusan sesama manusia. Pelbagai ragam dan sifat. Ada yang jenis meminta jawatan dan pangkat, namun tidak dapat. Ada juga yang memohon habuan, tapi tidak dilayan. Ada juga yang dicadangkan namanya, tetapi ditolak. Begitulah dunia.

Alhamdulillah sekarang KUIPs pun sudah dianiktaraf menjadi UniSIRAJ. Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk memajukan universiti ini.

Apa-apa pun, jika rasa sukar berdoalah, bertawakkallah, ketap bibir dan jalan terus.

Dr Rozaimi Ramle
Rektor UniSIRAJ

https://www.facebook.com/share/p/1VqDGQFXVd/


Dulu ada seorang manusia menulis, apalah agamawan sekarang ini berbalah? Tengok di barat, orang dah sampai ke bulan dah.

Saya jawab pada dia, agamawan memang berbahas isu agama. Perbezaan pandangan itu biasa. Kalau agamawan cipta roket naik ke bulan, dia pun tak nak naik roket itu.

Itu dululah.

Tapi manusia di bawah ini lagi rare. Kandungan vaksin pun dia tanya saya. Tanyalah kandungan kari kepala ikan. Barulah saya boleh jawab dengan tenang dan suara yang jelas tanpa takut. Kan?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/1FYtmnCu6X/?mibextid=oFDknk


Sarapan pagi di Arab Saudi.

Pagi ini ternampak makanan favourite sewaktu muda dulu kibdah dajaj atau dalam bahasa Melayu dipanggil "hati ayam".

Hati ayam itu makanan. Jadi apabila sedang makan, tiba-tiba ada orang bertanya makan apa? Sebutlah dengan jelas:

"Saya sedang makan hati ayam"

Janganlah sebut separuh:

"Saya makan hati"

Makan hati ayam dan makan hati lain maknanya. Cakaplah terang dan jelas supaya orang tidak salah tafsir terhadap kenyataan yang kita sendiri mula sebutkan dan cetuskan.

Perkataan jelas ini penting supaya orang faham jelas mesej yang kita sampaikan tidak kiralah dalam perbualan, forum ataupun di mana kita berada.

Kome semua pernah makan tak benda ini?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1DHqkg4s35/?mibextid=oFDknk


Bermusafir seorang diri kali ini.

Tawakkal hanya kepada Allah. Tidak perlu pejamkan mata dan bayangkan wajah walid.

Ada faham?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/1AD67CBmjC/?mibextid=oFDknk

20 last posts shown.