[Merokok dan Asap Bentuk O]
Ke mana arah tuju kita dalam beragama?Apabila ada yang ingatkan tentang bahaya menyeru pertolongan kepada mayat, ada agamawan yang marah atas alasan ia masih khilaf.
Ketika kita sebut tentang merokok adalah haram, ada agamawan yang tidak setuju atas alasan khilaf ia "makruh je". Bahkan ada yang menyebutkan bahawa wahhabi yang haramkan merokok.
Tapi berkaitan isu yang memang terang-terangan khilaf muktabar seperti sentuhan suami isteri batal wuduk ataupun tidak, isu bayar zakat di negeri selain tempat bekerja, Qunut Subuh dan lain-lain ditutup perbahasannya serapat-rapatnya seolah-olah telah ijmak dan kesepakatan ulamak.
"Singa ASWJ" Nusantara dah keluarkan kenyataan merokok adalah ahli sunnah dan Wahhabi yang haramkannya. Tambahan pula agamawan yang terkenal dengan merokok pun dijemput untuk majlis anjuran kerajaan Selangor.
Saya cadangkan dalam RUU Mufti Wilayah ditambah ciri-ciri Ahli Sunnah adalah merokok inspirasi daripada kenyataan "Singa ASWJ" tersebut. Nak lagi bagus biar boleh buat asap bentuk huruf O. Baru rare!
Saya berpendirian rokok adalah haram! Biar banyak rukuk (solat), jangan banyak merokok.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/15NnQLJ4jb/