[Timbalan Mufti Wilayah: Tolong Banyakkan Membaca]
1. Saya lihat Timbalan Mufti Wilayah mengaitkan pengganas Lahad Datu dengan salafi wahhabi. Mujurlah beliau tidak kaitkan kemalangan jalan raya pun salah salafi wahhabi.
2. Timbalan Mufti Wilayah mengatakan bahawa pengganas Lahad Datu menggunakan tangkal penuh di badan sedangkan ilmuwan Salafi yang terkedepan dalam menentang budaya menggunakan tangkal dan azimat. Bahkan memakai lilitan benang hitam di tangan untuk bayi menangis pun ditentang oleh Mufti Perlis dan asatizah salafi walaupun itu diamalkan oleh sebahagian masyarakat kita.
Hinggakan golongan yang dilabel wahhabi ini sering digelar mudah mensyirik, membidaah dan mengkhurafatkan pihak lain disebabkan ketegasan menjaga tauhid dan akidah. Tiba-tiba apabila pengganas di Lahad Datu yang juga mereka terkenal dengan pemakaian tangkal ini, ada pihak cuba kaitkan dengan salafi wahhabi pula. Walhal golongan yang dilabelkan wahhabilah yang terkehadapan melawan perkara ini.
3. Sebab itu saya hairan, wahhabi ini apa? Kadang-kadang orang yang menyenaraikan ciri-ciri wahhabi ini saling bercanggah dengan ciri yang lain. Kita tidak pelik Presiden Aswaja Malaysia yang kuat mengkritik wahhabi di kuliah dan FB, namun dalam mahkamah mengakui bahawa Mufti Perlis tidak beramal dengan fahaman Wahhabi.
Harap-harap kalau gas di rumah habis pun, tak ada lah orang nak label salah wahhabi juga.
4. Gigih betul Timbalan Mufti Wipayaj in8 nak kaitkan keganasan dengan salafi wahabi sampai orang yang bertangkal azimat pun dikatakan salafi. Timbalan Mufti Wilayah, tolong banyakkan membaca kitab salafi. Berkenalanlah dengan pendirian mereka.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/1UMMxHDSQ1/