1. Dahulu waktu sekitar awal umur 20 an, saya mendengar nama Ustaz Asri (DrMaza) dibualkan oleh mulut-mulut orang. Saya masih belum mengenali beliau. Hanya mendengar melalui labelan-labelan yang diberi.
Kemudian di Jordan sewaktu saya mengambil jurusan Fiqh wa Usuluh di peringkat sarjana muda, beberapa perkara yang disebutkan oleh Ustaz Asri itu ada persamaan dengan apa yang saya pelajari tentang bab ikhtilaf berkaitan fiqh di Jordan. Tidak ada apa yang pelik.
2. Antara cerita (fitnah) yang dibawa adalah kononnya DrMaza menyatakan sesiapa berqunut subuh ini sesat masuk neraka. Tidak sangka sekarang pun naratif lama hampir 20 tahun dahulu ini dibawa lagi.
Pada tahun 2023, Mufti Perlis mencabar Ustaz Azhar Idrus kemukakan di mana DrMaza pernah menghukum qunut subuh itu sebagai sesat masuk neraka? Jika berjaya dibuktikan, DrMaza akan letak jawatan dalam 24 jam. Hingga sekarang masih belum ada yang sudi menyahut.
3. Antara naratif lain dibawa pula adalah berbeza isu khilafiah bab qunut subuh ini membawa keganasan. Miskin sungguh orang yang bawa naratif sebegini.
Saya ketika bermusafir bersama Mufti Perlis, beliau pun elok sahaja mengangkat tangan berqunut Subuh jika mendirikan solat di negeri yang berqunut Subuh. Kami solat di Kedah, kami angkat tangan qunut jika imam berqunut. Kami solat di Perlis, kami tidak berqunut Subuh kerana mengambil pandangan mazhab Hanbali. Ini kerana bab pengurusan masjid diletakkan di bawah autoriti agama negeri yang mengurus. Simple sahaja tuan-tuan.
Ada pihak cuba bawa kononnya isu khilafiah seperti ini membawa kepada keganasan. Padahal faktanya kereta Mufti Perlis yang dibakar, gambar saya dan DrMaza disimbah cat merah. Naratif itu seolah-olah cuba menutup fakta sebenar.
3. Dalam hidup ini, kadang-kadang kita tidak perlu bersungguh atau try hard cuba membuktikan perkara yang tidak ada untuk menutupi cerita sebenar. Kita dakwa kita majoriti, tapi nampak seperti tersakiti hingga sanggup dakwa dan melakonkan benda yang tidak ada serta biarkan tuduhan penonton menuduh watak lakonan itu adalah asatizah Perlis.
Apabila ada pihak sanggup gunakan RUU, media, filem atau drama untuk melakukan sesuatu perkara, maka ini petunjuk bahawa suara kita yang kerdil ini sebenarnya sudah didengari oleh masyarakat. Teruskan sahaja melangkah ke depan sebarkan ilmu demi agama. Biarpun ditikam dari depan dan belakang.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/19XXahtrBr/?mibextid=oFDknk