Kalau kita belajar dulu ada ‘cause’ (sebab) dan ‘effect’(musabbab). Kadang-kadang orang keliru bila ada sebab mesti ada musabbab.
Dalam agama kita, tidak selalunya sebab itu mendatangkan musabbab. Tetapi yang mendatangkan musabbab itu adalah Allah sama ada dengan ‘sebab’ atau tanpa ‘sebab’.
Dan Allah jadikan ‘sebab’ supaya kita beribadah kepada Allah dengan mengambil ‘sebab’, baik kita capai apa yang kita inginkan dengan melalui ‘sebab’ ataupun tidak.
Orang yang ingin sembuh dengan berubat mengambil ‘sebab’ (iaitu ubat) dikira sebagai ibadah kerana dalam syari’at diperintahkan untuk mengambil ubat.
Berubatlah kamu (jika kamu sakit) kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali Allah menurunkan penawarnya.
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
Walaupun kita tahu dan kita yakin tidak semua orang berubat itu akan sembuh, dan tidak semua orang yang tidak berubat itu tidak akan sembuh.
Habib Ali Zaenal Abdidin Al-Hamid
______
Infaq pendidikan 👉
ezy.la/semanisinfaqMaybank - 5640 1663 7026