Lantak Ahh 😒


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: не указана


Kalau kau tak suka dgn apa yang aku buat, silakan pergi. Aku dah lali dgn tohmahan. Lantak ahh kau nak benci teguran aku asalkan aku tegur krn Allah. Bukan kerana nama.😎
- Since ↔ 31 oct 2016
@TeamLantakAhh_bot
Promote here
@PromotApaSaja

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik.

Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.

Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, 'itulah waktu yang terbaik untuk kita.' Yakinlah.

Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.

Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.

Pengalaman saya sendiri si bongsu cuma dipinjam 9 bulan dlm kandungan pun mesti Redha, Allah susun yg baik2 untuk kita. INSYAALLAH Semoga anak2 mama menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat.

Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah 'mengurniakan' anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.

Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.

Aamin ♥️


Hidup yang singkat ni kena banyak bersyukur dan bersangka baik tapi tulah, rasa nak bebel., Boss oh boss..
#nakbebel


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Dengan segala hormatnya dipersilakan pergi.


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Erti bahagia sebenar


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Sahabat


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Org yang anda call sedang sibuk mengecapi kebahagiaan


Orang tak suka dengan apa yang kita buat? Senang je, cakap kat Dorang,

Lantak ahh. Peduli apa aku

@LantakAhh


Orang lain bercinta sampai jinjang pelamin, aku bercinta sampai kena palau

@LantakAhh


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
2 perkara yang perlu diingat ketika kecewa


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Kuat k


Santapan lebih enak dari harapan
#hakakcakapjer @lantakahh
maafkan hakak lama tak bersiaran😭


Aset dan modal apa yang ALLAH dah bekalkan pada kita yang boleh kita niagakan semula di jalan ALLAH supaya kita dapat manfaat dan kekayaan dari perniagaan (perjuangan) kita?

Struggle hidup, kadang kala mungkin petanda, kita yang salah mencipta idea perjuangan kita.
Perjuangan kita = adalah perniagaan kita dengan ALLAH.
Ianya seharusnya menjadi indah dan penuh faedah.
Bila dah kata perniagaan anrara kita dengan ALLAH, bukankah seharusnya PROSEA ITU MENJADI PROSES YANG SANGAT CANTIK DAN INDAH? Jadi di mana strugglenya? Di mana tak tenangnya?

So, cuba clearify, apa modal dan aset kita?
Apa perjuangan kita?
Tanya ALLAH. Minta ilham dari ALLAH.
Direction dan peta kehidupan semua manusia, ada dalam pengetahuan ALLAH.
Kita saja tak tahu, ALLAH Maha Tahu.
Jadi tanya. Soalan yang satu ini.
Fokus pada yang ini.
InshaALLAH hati akan tenang.

Selamat mencuba :)

Sharifah Zahidah
13 Ogos 2019
#sebelumsenja
Sekadar coretan refleksi diri.
Diri yang melalui sendiri situasi begini.

Terima kasih kepada seorang sahabat istimewa yang menyedarkan siapa dan apa perjuangan sebenar saya. 🙂 Anda tahu siapa anda. Anda akan selalu berada dalam doa saya. Sahabat yang jarang kita jumpa, tapi hatinya sentiasa tertaut dalam hati kita.. Terima kasih kakakku :)

@LantakAhh


TEKNIK 'HACK' HATI UNTUK PEROLEHI KETENANGAN HIDUP YANG SEGERA

Secara ringkasnya, caranya mudah saja. Sesiapa boleh buat.

Bisikkan dan tanya kepada ALLAH,

"Ya ALLAH, apakah yang KAU mahu aku lakukan sebagai hambaMU, yang menjadi nadi perjuangku di dunia ni, yang akan membuatkan KAU menyintaiku dengan kecintaan yang banyak dan pantas, ya ALLAH..."

Dari selama ini kita asyik meminta ALLAH dengarkan permintaan dan keinginan kita, kali ini, cubalah.

Cubalah bertanya pada ALLAH (berdoa dan memohon ilham darinya), amal apa yang paling ALLAH mahu kita lakukan.

Kenapa perlu tanya dan minta dari ALLAH? Biarlah kita pilih saja amalan apa yang kita suka.

Ya, boleh. Boleh pilih saja. Tapi selalunya, pilihan kita tidaklah setepat mana.

Kenapa?
Kerana setiap dari kita dikurniakan potensi, ASET DAN MODAL yang berbeza dari ALLAH.
Dan kadang-kadang, kita tak tahu pun apa MODAL DAN ASET (potensi diri) yang ALLAH dah bagi pada kita. Menyebabkan, kekuatan dan kehebatan kita ada di tempat lain, tapi kita pergi sibuk buat kerja lain.

Akhirnya, kita rasa kosong. Rasa terbiar. Mencari-cari makna kehidupan.

Jika anda dibekalkan dengan modal untuk buat roti dan pizza, tetapi anda sibuk ingin menjual tayar kereta, apakah anda akan mendapat hasil dan manfaat dari modal dan aset yang telah dibekalkan?

Apakah kita akan seronok dengan PROSES YANG KITA LALUI dan HASIL yang bakal kita dapat? Ada barang untuk buat roti, sibuk nak buat tayar kereta. Jawapannya? Kita merana! Serba tak kena! Fungsi kita salah! Sebab fungsi salah ni, buat kita rasa gagal, loser, tak tenang, tak seronok, dan kosong.
Begitulah situasi kita sebenarnya..

Ya, setiap kita, ALLAH dah bagi ASET DAN MODAL yang berbeza, yang patut diniagakan (diperjuangkan) di jalan ALLAH. Cuma kadang-kadang kita tak sedar, modal dan aset yang dibekalkan kepada kita.

Sebab itu, kita kena tanya ALLAH. Supaya kita boleh "LIVE THIS WORLD AND ACT ACCORDINGLY". Di sini, kita akan merasai FUNGSI DIRI. Fungsi ini, akan menjadi pintu ketenangan hati.

Ingat lagi tentang ayat Al Quran yang menyebut tentang "perniagaan yang takkan rugi" dan ayat tentang "berniaga dengan ALLAH".

Apakah ayat ini untuk 'sebahagian' hambaNYA saja. Untuk ustaz, pejuang agama, orang di Palestin, alim ulamak semata?

Atau sebenarnya, ayat ini juga tentang kita? Seluruh semesta?
Yang bekerja sebagai doktor, guru, business man, tukang besi dan sebagainya.
Ketahuilah, 'berniaga' dengan ALLAH ini KEPUTUSAN DAN PILIHAN yang boleh dibuat oleh SESIAPA juga, termasuk kita.

Cuma persoalannya, telahkah kita decide dan tahu, 'niche business' apa yang ALLAH bagi pada kita.
Dan, telah kah kita SEDAR AKAN PERJANJIAN KITA DENGAN ALLAH bahawa ALLAH appoint kita dengan bakat dan potensi kita, untuk menjadi khalifah yang menjalankan tugas-tugas tertentu?

Tahukah anda, penulis di Barat makes billionsssss of dollars menulis tentang "PERANAN MANUSIA" untuk menjawab 'kekosongan' yang SEMUA ANTARA KITA PERNAH MELALUINYA. Kekosongan apabila melihat kemlompongan pada 'fungsi diri.' Bahasa mudah, perihal tentang EXISTENTIAL QUESTIONS.

Untungnya kita umat Islam, kita ni dah disimplify kan prosesnya melalui konsep 'berniaga dengan ALLAH' ini dan konsep THE KHALIFAH CIRCLE. The Khalifah Circle ni cukup menarik!

Ketahuilah, makna kepada tafsiran ayat tersebut teramatlah indah sangat-sangat-sangat.

InshaALLAH, ada rezeki, kita semua akan direzekikan lebih banyak ilmu tentangnya.

Bermula dengan seringkas-ringkas doa dan munajat pada hari ini, tanyakan ALLAH;

"Apakah ASET dan MODAL (potensi dan rezeki) yang sebenarnya kau berikan pada aku, yang harus aku convert menjadi PERNIAGAAN (perjuangan) antara aku dengan Mu?"

Dan di saat kita mula 'berdamai dengan takdir' itu dan menerima 'niche perjuangan' yang ALLAH tetapkan untuk kita, di saat itu, segala yang sukar akan menjadi mudah.

Dapat modal dan aset buat kilang roti, sibuk nak buat kilang tayar. Susah tak? Struggle tak?
Jadi sekarang, tanya pada diri.


Bermadah sebagai penghibur hati atau penaik semangat atau coretan diri


Jemput join channel kami
👇
https://t.me/suka_bermadah

#rpb


Ayat yang Ciktin dapat harini 💗

Kalau kita down, orang lain ke rugi ?

Tidak kan ? Kita sahaja yang rugi. Orang lain akan teruskan perjuangan untuk mencapai impian mereka.

Deep kan. So ayuh kita teruskan perjuangan

Kredit Fatin faizzah

@LantakAhh


Gambar 1 : Anak gigit ekor papa
Gambar 2 : Anak lari selamatkan diri
Gambar 3 : Papa geram nak 'cubit' anaknya
Gambar 4 : Papa dimarahi mama

Kesimpulan : Singa pun takut bini 😂. Jangan sembang beras dia beli ler 😂sebab singa jantan tak keluar memburu

@LantakAhh


"Dah tua bangka, tak boleh buat apa dah..."

Sebab tu kena melentur dari rebung, bukan bila dah jadi buluh...

Skrg kita ada anak...baik anak lelaki, ataupun anak perempuan...ajar, didik dan bimbing anak kita ni utk solat...ini perkara pertama yg seawal usia bila dia dah boleh berfikir, terus suruh dia solat...solat ni tiang agama, solat ni juga dapat cegah kita dari perbuatan yg mungkar serta jahat...terapkan dlm fikiran dia akan kepentingan utk solat...

Berapa ramai yg dah jadi suami org, isteri org, bapa org, ibu org yg dah tak solat...? Ramai...rumah jadi mcm kuburan sbb tak dihidupkan dgn amal ibadat...ketua rumah tak solat, isinya jugak turut serta tak solat...

Kemudian, ajar, didik dan bimbing anak lelaki dan anak perempuan utk buat keje2 rumah...suruh, paksa, dan jadikan kebiasaan...jgn ank perempuan ja yg kena buat, anak laki bleh tdo smpai tghari...dua2 kena buat keje rumah, dua2 kena jemur baju, kutip baju, lipat baju...dua2 lepas mkn kena basuh pinggan sendiri dan kemas meja makan sendiri...

Jgn biar kita ja yg buat semuanya...kita sendiri boleh tgok kan kesan mereka yg tidak diberikan keje2 sebegini ketika mereka tggal dgn ibubapa mereka? Dah besar, satu apapun xnk buat, xnak tolong dan anggap tu keje perempuan...

Ubah mindset ni...laki dan perempuan kena sama-sama buat keje2 rumah...

Utk anak perempuan, kerapkan ajak masuk dapur dari biarkan dia bertik-tok...kita nak dia jd mahir dlm perkara yg akan dibuatnya bila dah berumahtangga kelak iaitu memasak...at least, kenal bahan, kenal sayuran, kenal ikan2...asas memasak tu ada dlm fikiran...

Utk anak lelaki, suruh dia beli barang...biar dia tahu apa jenis keperluan dan perbelanjaan dapur yg kebiasaannya perlu ada didapur...nnt, isteri dia akan guna dan perlukan benda yg sama jugak...masa tu, dia akan tahu brapa sepatutnya duit yg perlu dikeluarkan dia utk perbelanjaan dapur...

Takde la kita dgr, "Bagi 50 je, dah habis...?"

Kita beruntung sbb skrg ni ilmu di hujung jari...byk info yg kita perolehi di hujung jari...tekan sana, tekan sini, dapat ilmu baru...kita jugak byk baca ttg masalah2 org lain setelah berumahtangga...pasangan berkira, pasangan x membantu, pasangan itu, pasangan ini...

Skrg la masanya utk kita didik, ajar dan bimbing anak kita supaya bila anak kita besar nnt, dia xkan jd mcm apa yg kita baca, atau apa yg kita sendiri alami skrg...

Dah tua bangka, susah dah nk suruh

KREDIT: NOOR ESYA

@LantakAhh


Gais, imbas kembali... Sebaik saja tiba di sekolah..... Perkara pertama yang harus dibuat... Suatu ketika dahulu😂😂😂
Kredit viral media Johor

@LantakAhh


Pendedahan Ini Mungkin Mengejutkan Anda

Harap pembaca dapat baca dengan hati terbuka. Maaf jika ada yang tersinggung.Kami bercakap atas kebenaran demi kebaikan pengguna.

"Buat pengetahuan anda, Malaysia sekarang salah satu negara pengeksport madu terbesar. Pada hal Malaysia mana ada madu sangat. Tapi madu madu dari Cina mengunakan Malaysia sebagai pusat hub transit madu madu mereka ke eropah, USA dan lain lain. Selain Malaysia mereka juga gunakan Indonesia dan Vietnam"

"Sebenarnya bukan hanya madu Yaman, malah madu seluruh dunia. China telah menguasai hampir lebih 70 pasaran madu dunia. Kononnya madu dari hutan arizona, Turkistan, Pakistan dll, semua itu bohong, semua itu madu dari China."

"Madu madu palsu dari China ini dibuat oleh pakar kimia, pakar permakanan, sehingga ingrediennya( kandungan ramuannya) menyerupai madu asli bahkan khasiatnya pun menyerupai madu asli, padahal semua bahan kita dan bahan bahan haram.
Jadi madu yg kononnya dari hutan Arizona, Karzahkstan, dll semua itu hanya tipu muslihat."

"Sebenarnya lebih 90% madu yaman adalah madu palsu dan madu ternak yg di import dari China. Yaman adalah pengimport terbesar madu madu dari China. Yg betul betul madu Yaman hanya dlm 10 % saja. Itupun madu ternak yg diberi makanan buatan, bukan makan dari nektar bunga (madu jenis ini tak ada kualiti, juga tak mampu menjadi ubat, utk suplimen bolehlah).
Madu sidir yg sebenar hampir tak ada. Kalau ada sikit sangat, tu yg dibuat video, dibuat kajian. Hasil kajian itulah yg dimanipulasi oleh kedai kedai madu di Yaman kononnya madu mereka bagus, juga muat naik di di youtube kononnya semua madu Yaman adalah asli, macam dalam youtube itu. Kasihan sungguh nasib umat Islam."

"Tahukah tuan tuan, madu madu dari China ini.
dicampur dengan arak dan pelbagai bahan kimia supaya dapat kesan macam madu asli. Inilah yg dijual oleh ustaz ustaz kita di mesjid, di surau surau, madrasah. Kasihan... jadinya ustz kita, hafiz hafiz kita, pelajar madrasah kita, orang orang alim kita, karkun karkun kita, habis semua minum arak. Kedai kedai di markas Sri Petaling hampir semua jual madu campur arak. Mungkin yg minum tak berdosa, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka ( ust, hafiz dan org orang alim dll) kita sudah tak lagi makbul, sebab mereka makan makanan haram (ingat kisah Hajaz bin Yusuf). Pada hal kita dan seluruh umat ini sangat berharap pd doa org orang alim, hafiz, ulama dan org orang soleh."

"Saya rasa nak menangis tengok hal ini. Itu yg menyebabkan saya kuatkan juga hati menjelaskan hal ini, walaupun saya akan dihujat, dimarah dll."

"Saya hanya beritahu keadaan sebenar, sekurang kurangnya saya lepas dari tanggungjawab di akhirat. Itu saja. Kalau tuan tak percaya dgn apa yg saya katakan tak masalah, tapi diakhirat saya dah lepas tangan sebab saya dah sampaikan. Saya juga benarkan tuan membuat dakwaan bahawa saya merosakan perniagaan tuan."

"Kita bukan kondem perniagaan org, kita kondem madu palsu yg bercampur pelbagsi bahan haram dan bahan kimia. Pengeluar madu palsu dan madu dari Cina ini skrg sedabg menipu umat Islam, mempergunakan ust ust dan org orang ali. sebagai pengedar. Menyelamatkan jutaan umat Islam daripda kena kena tipu dan minum madu bercampur arak dll, lebih penting dari menyelamatkan perniagaan beberapa orang."

Kredit: Cetusan rasa oleh Dr Bazrul

Disusun semula oleh Haji Arba'ei Othman

@LantakAhh



Показано 20 последних публикаций.

4 339

подписчиков
Статистика канала