Tindakan tentera Israel menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata bekas Menteri Mesir.
Beliau berkata, sebarang operasi ketenteraan di sana akan melipatgandakan kematian. Israel mahu mengusir warga Palestin dari Gaza untuk mengambil tanah mereka sebagaimana rejim Zionis itu menghalau orang Arab daripada tanah mereka di Palestin lebih daripada 75 tahun lepas
“Sekali penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka, mereka tidak akan dibenarkan oleh Israel untuk kembali. Justeru, segala persoalan tentang warga Palestin akan lenyap,” kata bekas Menteri itu.
Mesir telah memberitahu Israel supaya tidak melampau batas dengan memaksa warga Palestin masuk ke wilayahnya.
Beliau berkata, sekiranya warga Palestin meninggalkan Gaza dan menyeberang masuk ke Gurun Sinai, mereka akan terus berjuang untuk tanah mereka.
Apakan kedudukan Mesir dalam keadaan itu ?” soal beliau dan memberi amaran mengenai bahaya yang akan melanda rantau itu dan boleh menjejaskan kedamaian yang wujud antara Israel dan Mesir sejak perjanjian damai antara kedua-dua negara pada 1979.
“Adakah kita mahu keseluruhan rantau ini terbakar?” soal beliau.
“Justeru, kami jelaskan. Ini adalah batasnya. Warga Palestin tidak akan meninggalkan tanah mereka,”