Tapi Nina ni pun, duk tengah mesra macam ni, cerita bab hantu jugak yang dia tanya! Potong stim betul...
Kiranya manja dan peramah serta mesra alam jugaklah si Nina ni. Aku ni lemah betul kalau kenal atau jumpa gadis-gadis manja dan peramah cenggini. Rasa macam nak jatuh hati je!
Makin tengah malam makin rancak pula perbualan kami. Ada sahaja topik yang kami bualkan. Nina pun bukan main lagi melayan aku. Mungkin sebab aku ni kuat loyar buruk agaknya maka dia asyik ketawa je.
Hilang mengantuk aku bila dengar suara manja Nina. 2 jam berdiri di pondok telefon awam langsung tak rasa penat. Nina punya pasal sanggup!
Namun setiap permulaan pasti ada endingnya. Dalam keterpaksaan, kami terpaksa memutuskan perbualan. Maklum sahajalah dah dinihari. Tak apa, esok masih ada!
Dalam perjalanan pulang sambil menunggang motosikal cub Yamaha CDI, aku teringat pertanyaan Nina sama ada aku pernah jumpa hantu.
Seram pulak aku bila teringat hantu-hantu ni. Dahlah jalan menuju ke rumahku gelap gelita dan jauh dari jiran. Meremang jugak bulu roma ku! Jangan ada hantu yang muncul tiba-tiba depan aku dah la!
Malam Kedua
Tengah malam tu, aku dah tercegat depan pondok telefon berbekalkan segenggam duit syiling untuk berbual dengan Nina.
Macam bercinta pulak kami berdua. Maklum sahajalah baru kenal. Tu belum tengok wajah Nina lagi. Kalau ikutkan ceritanya, Nina ni cantik jugak orangnya. Aku memang minat gadis kecil molek macam Sheila Majid tu! Tambah pula yang manja macam Nina ni. Jadi aku anggap Nina ni macam Sheila Majid!
Nina teringin nak jumpa aku tapi kami baru kenal. Jarak Seberang Takir dengan lokasi aku ni kurang lebih 90km jugak. Lagipun bagi aku terlalu awal untuk kami bersua muka. Biarlah kami bina ikatan perhubungan ini jadi lebih kukuh dan mesra. Dah ok nanti hari-hari jumpa pun tak apa! Dah jumpa nanti takut tak nak berenggang pulak! Parah tu...
Malam tu kami berbual panjang. Nina sekali lagi bertanyakan tentang kerjaya ku dan kisah-kisah misteri yang pernah aku hasilkan dan disiarkan di majalah. Aku sebenarnya kurang selesa berbual kisah seram malam-malam begini. Aku bukannya penakut cuma tak cukup berani je!
"Penakut betullah abang ni, jangan-jangan hantu yang takutkan abang kot sebab abang gatal sangat," usik Nina sambil ketawa mengekek-gekek. Geram pulak aku dengar ketawanya tu.
Tapi aku perasan malam ni suara Nina tak macam semalam. Tak berapa nak manja. Agak serak dan garau. Mungkin tak sihat agaknya. Bila ku tanya katanya ok je. Tapi memang aku perasan ada sesuatu yang tak kena. Ahhh...mungkin mainan perasaanku saja.
Jam dah 1 pagi. Aku pun dah mula menguap. Lantas aku permisi kerana embun jantan mula menitis.
"Hati-hati ye bang, jangan ada yang tumpang motor abang pulak nanti. Bawak motor tu elok-elok tau," pesan Nina sambil ketawa mengekek.
Ishhhh...Nina ni suka betul menyakat aku! Nina... Nina.....Nanti kau!
Malam Ketiga
Seperti yang dijanjikan, aku telefon Nina untuk menyambung kemesraan kami. Tak puas berborak semalam.
Suara wanita menyambut panggilanku. Bukan suara Nina. Wanita tersebut berasa hairan apabila aku bertanyakan tentang Nina dan dia menjelaskan bahawa tiada gadis bernama Aznina tinggal di rumah itu.
"Tapi baru semalam saya berbual dengannya. Memang tak salah lagi nombor telefon rumah inilah,"ujarku.
"Semalam rumah ni kosong tiada orang. Saya dan suami saya baru je balik ke rumah ni. Mustahil," jelas wanita itu.
Aduhhh...Habis tu aku berbual dengan siapa semalam dan malam kelmarin? Fikiranku mula menerawang yang bukan-bukan. Aku pulak yang jadi hairan. Seram pun ada!
"Kalau betullah awak bercakap dengan Nina semalam, saya memang ada sepupu bernama Aznina tapi dia dah tiada."
"Maksud Cik, dia dah meninggal?" Keterkejutan melandaku.
"Yer, sebenarnya saya dan suami baru pulang dari kenduri tahlil arwah Nina di rumah makcik saya (ibu Nina)." Jelasnya.
Wanita berkenaan menjelaskan Aznina terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di lokasi kejadian ketika dalam perjalanan ke kafe siber kira-kira 40 hari yang lalu.