🔴 MALAM TAHLIL NINA BALIK...
> tiga malam yang penuh misteri
Oleh: Zackusa Trg
Mukadimah:
INI KISAH BENAR! Pengalaman misteri yang aku alami ini berlaku pada tahun 2002 ketika pulang bercuti ke kampung ku di Terengganu.
Kisah benar ini mungkin ada sedikit tokok tambah dari segi penceritaan untuk disesuaikan dengan jalan cerita namun ia tetap menghantui sehingga kini.
Untuk mengetahui apa yang berlaku, ikuti cerita ini hingga ke penghujungnya.
*
Ketika itu aku memang ketagih dan gigih dengan perbualan@sembang maya atau chatting di komputer. Biasanya setiap kali aku ke kafe siber, jika tiada urusan kerja, aku akan join mIRC (Internet Relay Chat).
mIRC sangat popular waktu itu. Generasi sekarang mungkin tidak pernah mendengar atau melalui era mIRC. Setiap kali chatting aku sering masuk grup/cenel #senior, #veteran, kadang grup bola atau grup negeri tapi cenel yang paling aku suka masuk adalah #janda!
Tak perlulah aku huraikan satu persatu tentang chatting atau mIRC ni. Kalau korang nak tahu korang Google la sendiri.
Malam itu selepas jemu melayari internet, aku pun join cenel #Terengganu. Mata ku cekal menatap skrin komputer sambil jari jemari lincah mencari Nick/nama yang aku nak berbual. Biasanya aku cari Nick perempuanlah, cari Nick jantan buat apa!
Mataku terpana pada satu nama > Niena_G. Tanpa membuang masa pantas saja aku klik nama tu dan terus menghulurkan salam perkenalan. Alhamdulillah salam ku bersambut. Dipendekkan cerita yang tak panjang maka aku dan Niena_G pun berbual bermacam-macam perkara. Semestinya tentang peribadi dan fizikal masing-masing sebab tak dapat melihat wajah.
Dipendekkan cerita, Niena_G ni tinggal di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Berumur 20 tahun dan masih single serta available... Berkulit kuning langsat dan berambut paras bahu. Tinggi lebih kurang 155sm. Kiranya gadis ni kecil molek orangnya. Tengah tunggu result STPM.
Nama penuhnya Aznina tapi bintinya aku dah lupa. Maklumlah dah 22 tahun perkara ini berlaku. Selepas ini aku akan menggunakan ganti nama Nina dalam penceritaan seterusnya.
Aku ceritakan secara detail tentang fizikal Nina ni supaya pembaca dapat bayangkan macamana orangnya.
Borak punya borak punya borak akhirnya aku dapat juga nombor telefon rumah Nina. Sedar tak sedar dah 2 jam kami berchatting. Tak puas berbual di mIRC, malam tu aku telefon Nina. Nina tak ada telefon bimbit jadi aku telefon ke rumahnya. Tahun 2002 tu tak ramai yang memiliki telefon bimbit sebab harganya agak rare juga! Starter pack prepaid pun dah beratus ringgit harganya!
Disebabkan Nina ni tengah tunggu keputusan peperiksaan STPM, jadi dia ada banyak masa yang terluang. Aku beritahu Nina tentang kerjaya ku sebagai wartawan akhbar dan majalah. Nina nampaknya tertarik dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia kewartawanan.
Sebenarnya ketika itu, aku ada buat kerja sambilan/part time di sebuah syarikat penerbitan. Tulis cerita misteri/seram/hantu. Boleh dikatakan 70% cerita yang kugarap adalah rekaan semata-mata. Hidup di kota besar kenalah rajin cari ongkos sara diri. Lagipun part time aku tu tak membebankan pun.
"Abang pernah jumpa hantu?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nina.
"Tak pernah lagi tapi setakat meremang bulu roma, bulu tengkuk tu biasa", jawab aku lurus bendul.
"Agaknya kalau jumpa hantu, abang lari tak?" Soal Nina lagi.
"Mestilah lari, takkan abang nak tunggu pulak", balas ku dengan penuh keyakinan.
"Kalau Nina jadi hantu, abang nak buat macamana?" Soalnya lagi.
"Abang bawak Nina balik rumahlah," jawab ku mula menggatal.
"Amboi gatal jugak abang ni ye...hihihi". Terdengar hilaian ketawa manja Nina di hujung sana. Aku ikut ketawa.
Kata Nina, dia suka baca cerita seram dan menonton filem seram dan seram. Maknanya kita sejiwa lah Nina...
Malam tu kami bersembang macam-macam. Punyalah banyak cerita dah macam takde hari esok! Aku ikut ketawa dengar celoteh Nina. Mesra sungguh gadis ni. Baru kenal 2 jam tapi macam dah kenal 2 tahun. Malam gelap pekat dan sunyi sepi itu terasa begitu hidup dek kemesraan kami.