Ekonomi Rakyat


Channel's geo and language: Uzbekistan, Uzbek
Category: Economics


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Uzbekistan, Uzbek
Category
Economics
Statistics
Posts filter


Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata gaji graduan sepatutnya berada sekitar RM7,000-RM8,000 jika mengambil kira kadar inflasi tahunan 5%

Jelasnya kepada Sinar Harian, kuasa beli rakyat merosot diantara tiga hingga empat kali ganda berbanding tahun 80-an


Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berkata beliau dan YAB Premier Sarawak, TS Abang Johari Openg akan bertemu selepas kepulangan Abang Jo dari lawatannya dari London

Pertemuan tersebut akan membincangkan tentang isu PETRONAS-PETROS melalui prinsip yang disepakati sebelum ini


Kiraan awal menunjukkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang besar di dalam Pilihan Raya Singapura dengan mendahului di 87 kerusi Parlimen

Parti Pekerja dijangka menang di GRC Al-Junied, GRC Sengkang dan SMC Hougang yang mempunyai keseluruhan 10 kerusi Parlimen


2.76 juta warga Singapura akan membuang undi hari ini, bagi menentukan wakil rakyat mereka untuk tempoh lima tahun yang akan datang

Parti Tindakan Rakyat (PAP) dijangka akan terus memenangi P'Raya kali ini, namun berdepan dengan cabaran sengit dari parti-parti pembangkang


Genting Malaysia Berhad ambilalih 51% saham Empire Resorts Inc. pada harga RM177 juta daripada Kien Huat Realty, syarikat milik keluarga pengasas Genting sekaligus mengawal keseluruhan syarikat berkenaan

Empire Resorts merupakan syarikat Genting yang memfokuskan perniagaan di Amerika Syarikat


CIMB Bank beli 16 unit hartanah daripada KWSP pada nilai RM210 juta

Unit-unit hartanah yang dibeli ini kesemuanya adalah unit yang dipajak daripada KWSP sejak tahun 2009 sekaligus menamatkan perjanjian pajakan dengan KWSP

Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan lagi keuntungan CIMB


Parti Keadilan Rakyat (PKR) tangguhkan tempoh penamaan calon untuk Pemilihan PKR Pusat dari 3-4 Mei 2025 kepada 8-9 Mei 2025

Tiada sebarang alasan dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR tentang penangguhan ini


Seorang wanita berusia 41 tahun yang dalam perjalanan ke Pejabat SPRM dilaporkan hilang sejak 20 hari lalu dengan lokasi terakhir dikesan di Lebuhraya MEX

Keluarga Datin Seri Pamela Ling Yueh memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan


Syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) laksana dasar gaji wajar (living wage) buat kesemua pekerja tetap mereka pada kadar RM3,100 sebulan, RM1,400 lebih tinggi berbanding gaji minimum RM1,700 yang ditetapkan ketika ini

Langkah ini sebahagian dari inisiatif GEAR-uP yang diterajui Kementerian Kewangan


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
[Kandungan Berjenama]

Berbaloikah Beli Rumah Sekarang?

" Ekonomi Tak Menentu, Ramai Yang Masih Ragu-Ragu Nak Membeli Rumah "

Klik pautan di bawah untuk melihat projek terbaru Matrix Concepts Holdings Berhad - Laman Sendayan 2 yang terletak di Bandar Sri Sendayan

https://bit.ly/ERxLS2TG


SPRM dilaporkan menahan empat individu yang dikaitkan dengan pemalsuan tuntutan berjumlah RM360 juta melibatkan projek sambungan MEX

Perbuatan ini dikatakan berlaku pada tahun 2016-2017 melibatkan dana sukuk RM1.3 bilion yang diterbitkan pemilik lebuhraya ini


Perintah kawalan telur ayam akan ditamatkan berkuatkuasa 1 Mei 2025 menurut Kementerian Pertanian dan Jaminan Makanan

Subsidi telur ayam juga akan dikurangkan dari 10 sen sebiji kepada lima sen sebiji sebelum ditarik sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
[Kandungan Berjenama]

Nak Beli Rumah Tapi Takut Tersilap Langkah?

" Beli rumah ini susah, banyak proses dan banyak dokumen "

Ini lima perkara penting yang perlu anda tahu tentang langkah-langkah untuk membeli rumah

Klik pautan di bawah untuk melihat projek terbaru Matrix Concepts Holdings Berhad - Laman Sendayan 2 yang terletak di Bandar Sri Sendayan

https://bit.ly/ERxLS2TG


FELDA dilaporkan telah menghantar Pelan Strategik Kumpulan dan Hala Tuju 2025-2030 kepada Perdana Menteri setelah mengadakan enam sesi libat urus bersama pemegang taruh

FELDA berkata, pelan ini memerlukan sokongan menyeluruh untuk memastikan pembangunan dan kejayaan Kump. FELDA


Parti Liberal pimpinan Mark Carney, bekas Gabenor Bank Pusat England dan Kanada menang Pilihan Raya Umum Kanada dengan 168 kerusi Parlimen

New Democratic Party (NDP) yang memenangi 7 kerusi terus menyokong Parti Liberal untuk membentuk Kerajaan


Google dilaporkan membayar $8.27 juta bagi tujuan sekuriti kepada CEOnya, Sundar Pichai pada tahun 2024

Perbelanjaan tersebut meliputi sekuriti kediaman, yuran rundingan keselamatan, perkhidmatan pemantauan sekuriti, perkhidmatan pemandu dan kereta serta pengawal peribadi


Spotify dilaporkan membayar lebih $100 juta kepada podcaster-podcaster di seluruh dunia pada suku ke-4 tahun lalu melalui Spotify Partner Program

Antara yang menerima bayaran tertinggi adalah Joe Rogan dan Alex Cooper


Sepanyol, Portugal dan sebahagian dari wilayah di Perancis alami gangguan bekalan elektrik bermula petang semalam

Perdana Menteri Sepanyol berkata mereka masih belum mendapat jawapan konkrit tentang punca kejadian ini berlaku


Peneroka FELDA Sg.Sibol, Rauzan Esa berkata FELDA memerlukan model pengurusan ladang yang baru bagi menyelesaikan masalah kewangan yang menimpa FELDA

Jelasnya, kecekapan FELDA juga perlu ditingkatkan bagi mengurangkan kos operasi FELDA yang mencecah RM1.3 bilion setahun


Continental akan menutup kilangnya di Alor Star, Kedah menjelang penghujung tahun 2025 setelah 46 tahun beroperasi

950 pekerja dilaporkan akan terkesan dengan penutup kilang berkenaan, yang mengeluarkan tayar kenderaan penumpang, trak ringan serta motosikal

20 last posts shown.