Ekonomi Rakyat


Channel's geo and language: Uzbekistan, Uzbek
Category: Economics


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Uzbekistan, Uzbek
Category
Economics
Statistics
Posts filter


Portal The Malaysianist melaporkan Zalora sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya yang disifatkan sebagai 'Organisational Restructuring'

Memetik sumber, 15% daripada tenaga kerja Zalora di rantau Asia Tenggara dijangka terkesan dengan langkah ini


Presiden Trump ulangi gesaan agar Pengerusi Bank Pusat Amerika Syarikat, Jerome Powell menurunkan kadar faedah

Terdahulu, penasihat ekonomi Trump, Kevin Hasset berkata mereka sedang menliti sama ada boleh menggantikan Powell sebelum penggalnya tamat pada Mei 2026


Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) unjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0% pada tahun 2025, didorong oleh risiko pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS)

55.2% responden SERC dalam kalangan pemilik perusahaan berkata mereka akan terkesan secara langsung dengan tarif AS


Bank Pusat Eropah (ECB) potong 0.25% kadar faedah kepada 2.25%

ECB berkata prospek pertumbuhan di rantau itu semakin suram suslan ketegangan perdagangan yang melanda dunia

Presiden ECB, Christine Lagarde jangka pengguna juga akan mula berhati-hati dalam berbelanja


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari sifatkan ura-ura penggabungan diantara Affin Bank dan AmBank sebagai spekulasi

Terdahulu, ada laporan menyatakan Sarawak berminat untuk mempunyai kepentingan di dalam institusi perbankan yang lebih besar, setelah mengawal 31% di dalam Affin Bank

Ikuti Instagram Ekonomi Rakyat untuk perkembangan terkini

https://shorturl.at/QK7lD


Malaysia Aviation Group (MAG) rekodkan keuntungan sebanyak RM54 juta pada tahun kewangan 2024, dengan hasil sebanyak RM13.68 bilion

Tanpa pengurangan kapasiti pada suku ke-3 dan ke-4 2024, MAG anggarkan keuntungan cecah RM585 juta


Lawatan negara Presiden China, Xi Jinping berakhir pagi ini dengan pertukaran 31 memorandum persefahaman diantara entiti China & Malaysia

Terdahulu, Presiden Trump sifatkan jelajah Presiden Xi di Asia Tenggara sebagai cubaan untuk terus menggasak Amerika di dalam perang dagang


Bagaimana Zus Coffee Pecahkan Dominasi Starbucks?

" Dalam tempoh dua tahun saja, jualan Zus Coffee meningkat dari RM15.7 juta pada tahun 2021 kepada RM204.0 juta pada tahun 2023 "

Apa rahsia model perniagaan Zus Coffee sehingga boleh meningkatkan jualan dengan begitu pantas?

https://youtube.com/shorts/coJVwlCK2Fc?si=ebNRmVMU8lHJ23Gi


Mark Zuckerberg akui bahawa Facebook membeli Instagram kerana syarikat tersebut mengeluarkan produk kamera yang lebih baik, berbanding produk yang ingin dibangunkan oleh Facebook

Beliau berkata demikian ketika disoal sewaktu perbicaraan anti-monopoli di Amerika Syarikat


Tinjauan CNBC mendapati pelaksanaan tarif oleh Presiden Donald Trump tidak akan menarik sektor pembuatan untuk kembali beroperasi di Amerika Syarikat

Menurut responden, kos mewujudkan rangkaian pembuatan tempatan dijangka dua kali lebih mahal berbanding kos pembuatan semasa


Bagaimana Donald Trump Menggoncang Ekonomi Dunia Dengan Perang Dagang?

" Konflik perdagangan yang berlaku ketika era pentadbiran Trump yang terdahulu telah menghilangkan AS$1.7 trilion daripada nilai saham syarikat-syarikat AS. "

https://ekonomirakyat.com.my/bagaimana-donald-trump-menggoncang-ekonomi-dunia-dengan-perang-dagang/


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN)

Perkara ini disahkan oleh Khairy Jamaluddin yang juga menantu Tun Abdullah, melalui akaun Instagram miliknya


Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Wahid Omar berkata beberapa syarikat telah menangguhkan penyenaraian mereka di Bursa Malaysia, susulan ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada pelaksanaan tarif Amerika Syarikat

Walaubagaimanapun, beliau yakin sasaran 60 IPO pada tahun ini kekal boleh dicapai dengan modal pasaran sebanyak RM40.2 bilion menurut laporan The Edge

Ikuti Instagram Ekonomi Rakyat untuk update terkini

https://www.instagram.com/ekonomirakyatmy/


Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam, Kemboja & Malaysia mendapat tumpuan ramai memandangkan lawatan ini diadakan di tengah-tengah konflik perdagangan diantara Amerika Syarikat & China

Presiden Xi dijangka tiba di M'sia untuk lawatan negara tiga hari pada 15 April 2025


Aset bernilai RM3.17 bilion telah disita oleh Polis berkait scam melibatkan MBI Group

Lawatan Presiden China, Xi Jinping minggu ini dikatakan mendorong kepada tindakan agresif pihak berkuasa M'sia memandangkan dua juta mangsa daripada China terpedaya dengan scam


Mengapa Warga Jerman Tidak Membeli Rumah, Sebaliknya Menyewa?

" Di Jerman misalnya, kadar pemilikan rumah hanya 51.2%, terendah dalam kalangan negara-negara OECD yang lain. "

https://ekonomirakyat.com.my/generasi-menyewa/


Menurut laporan yang dipetik oleh Bank Negara Malaysia, kadar inflasi perubatan di Malaysia sentiasa meningkat melebihi kadar inflasi perubatan global

Pada tahun 2025, inflasi perubatan di Malaysia dijangka mencecah 15%, lebih tinggi berbanding inflasi perubatan global

Ikuti Instagram untuk perkembangan terkini

https://shorturl.at/QK7lD


Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil berkata peneroka FELDA dan pekebun kecil menyumbang lebih dua juta tan minyak sawit mentah setahun yang bersamaan dengan 10% pengeluaran minyak sawit negara

Beliau mencadangkan agar Koperasi Permodalan FELDA yang dianggotai peneroka menjadi pemegang saham utama FGV bagi membolehkan peneroka terlibat aktif dengan aktiviti komersial minyak sawit sekaligus dapat memberikan pulangan yang lebih baik kepada peneroka


Ketua Penyelidik Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEM), Azlan Awang berkata pelaksanaan e-invois adalah baik untuk memperkukuhkan kecekapan sistem pencukaian negara

Walaubagaimanapun, beliau menggesa agar pelaksanaan ini ditangguhkan dahulu bagi memberi ruang kepada peniaga kecil dan mikro atas talian yang tidak mendapat kelulusan penangguhan sistem e-invois


Gabenor Bank Negara, Abdul Rasheed Ghaffour berkata nilai matawang Ringgit terus berdayatahan,disokong oleh fundamental ekonomi yang kukuh

Beliau turut menyatakan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi negara akan dinilai semula setelah pelaksanaan tarif diputuskan oleh AS

20 last posts shown.