Ekonomi Rakyat


Kanal geosi va tili: O‘zbekiston, O‘zbekcha


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
O‘zbekiston, O‘zbekcha
Statistika
Postlar filtri


Kajiselidik Ipsos Malaysia mendapati populasi rakyat Malaysia yang berpendapat negara berada di landasan yang salah meningkat daripada 43% pada Februari 2024 kepada 47% pada Mac 2024

Separuh daripada rakyat Malaysia juga bimbang dengan isu rasuah di negara ini


Dato' Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2024

Dato' Abdul Rahman kini merupakan Ketua Pegawai Kumpulan CIMB Group dan CEO CIMB Bank Berhad


HeiTech Padu Bhd memperolehi tender bernilai RM190.01 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Tender tersebut adalah bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur ICT serta sistem MySIKAP di semua pejabat JPJ


Kerajaan China dilaporkan menyalurkan subsidi sebanyak $3.7 bilion kepada syarikat pengeluar kenderaan elektrik, BYD bagi memperkukuhkan penguasaan pasaran syarikat berkenaan

BYD menjadi pengeluar terbesar kenderaan EV dengan pengeluaran sebanyak 41,000 unit pada suku ke-4 2023


Parti Sosialis Malaysia (PSM) desak Kerajaan naikkan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,800 menjelang Hari Pekerja (1 Mei) tahun ini

Timb. Pengerusi PSM, S. Arutchelvan (Arul PSM) berkata kali terakhir gaji minimum disemak adalah pada Mei 2022


KTM Komuter akan menambah kekerapan tren bagi laluan Tanjung Malim-KL Sentral daripada setiap sejam kepada setiap 15 minit, bermula 22 April ini

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia berikutan Projek Penjejakan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 yang telah siap pada 31 Mac


Kajian oleh Forbes mendapati kesemua 15 bilionair terkaya di dunia pada tahun 2024 yang berusia di bawah 30 tahun tidak mencipta kekayaan mereka sendiri

Sebaliknya, kesemua daripada mereka mewarisi kekayaan bernilai berbilion dolar daripada ibu bapa mereka


Robert Kuok kekal ungguli senarai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM54.2 bilion

Menurut senarai Forbes, beliau berada di tangga ke-176 dalam senarai orang paling kaya di dunia, sebaris dengan pengasas jenama barangan mewah Itali, Giorgio Armani


Ai Rene Tan dari Robert Walters Malaysia berkata Malaysia mengalami 'job title inflation' di pasaran kerja

Beliau yang diwawancara Astro Awani mendapati banyak jawatan yang ditawarkan syarikat seperti Naib Presiden dan Pengarah tidak seiring dengan tanggungjawab sebenar pekerja


Menteri Undang-Undang, Azalina Othman Said dedahkan bahawa seorang bekas PM merupakan punca Malaysia hilang Pulau Batu Puteh dalam proses rayuan di mahkamah antarabangsa

Bekas PM itu didakwa membuat keputusan itu bersendirian tanpa diketahui sesiapa pun termasuk Peguam Negara


Parlimen Israel lulus Rang Undang-Undang haramkan operasi agensi media Qatar, Al-Jazeera dari Israel

RUU yang dibentangkan itu juga membenarkan pentadbiran Israel untuk menutup mana-mana agensi media luar yang dianggap membawa ancaman keselamatan terhadap Israel


Ikuti akaun TikTok kami untuk koleksi video-video informatif Ekonomi Rakyat

https://www.tiktok.com/@ekonomirakyatmy?is_from_webapp=1&sender_device=pc


Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HGVT) yg sepatutnya berkuat kuasa 1 Mei ini dijangka bakal ditangguhkan

Ia selepas Kementerian Kewangan (MOF) dilihat tidak membentangkan RUU HVGT. Sidang Parlimen telah ditangguhkan pada Rabu dan akan kembali bersidang pada 24 Jun


Runtuhan jambatan dan penggantungan operasi pelabuhan Baltimore yang dirempuh kapal kontena baru-baru ini dijangka menjejaskan perkhidmatan kurier, kata Pengarah Urusan dan CEO GDEX Bhd Teong Teck Lean

Namun, kesannya diramal tidak seteruk krisis di Laut Merah yang berpunca dari perang


Majlis Keselamatan PBB sebentar tadi berjaya meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata segera terhadap konflik Hamas-Israel & pembebasan tanpa syarat semua tebusan

Duta AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield menyalahkan Hamas punca resolusi itu lewat diluluskan

Foto: Al Jazeera


Syarikat platform dagangan emas, Quantum Metal Exchange Inc (QMEI) dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur oleh S'jaya Sekuriti (SC) kerana menawarkan saham QMEI kepada orang awam

SC arah pengarah QMEI untuk menghenti & menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam


Hampir 2.2 bilion penduduk di seluruh dunia hadapi masalah utk akses bekalan air yg bersih dan selamat utk diminum, menurut sebuah laporan UNESCO yg diterbitkan bersempena Hari Air Sedunia

Krisis ketiadaan air yg berpanjangan dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan geopolitik


Malaysia Aviation Group rekodkan keuntungan bersih sebanyak RM766 juta pada tahun 2023, jauh lebih baik berbanding kerugian RM344 juta pada tahun sebelumnya

Faktor muatan penumpang meningkat dari 72% kepada 77% didorong oleh peningkatan penumpang penerbangan segmen premium


Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024

Mereka memperolehi 58.6% atau 96.2 juta undi daripada 164.2 juta undi, menurut pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) pada Rabu malam


Bank Negara Malaysia unjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.0%-5.0% pada tahun 2024 didorong oleh pertumbuhan perbelanjaan isi rumah serta pelaburan yang lebih baik

Pada tahun lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tumbuh 3.7%

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.