Crepe Jagung!
Bahan-bahan(Crepe) : Untuk 10-12 keping crepe
4 sb tepung gandum
2 sb tepung kastard
2 sb tepung jagung
2 sb tepung hoen kwe
2 sb tepung ubi(saya tak letak sebab tak ada stock)
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sb minyak/mentega cair
1 sb gula(untuk mereka yang suka manis)
sebahagian bahan² - whipping creme - kastard - adunan dadar yang telah ditapis
Cara-cara:
1.Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
3.Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.
Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4.Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu. (Saya tindihkan je crepe yang sudah masak sebab sekarang musim sejuk jadi crepe cepat sejuk, heee~)
Bahan-bahan inti:
250ml susu cair
1 1/2 sb tepung kastard
2sb gula pasir
1/4 sudu teh garam
Whipping cream
Jagung dalam tin(lebih sedap guna jagung yang creamy)
Cara-cara untuk kastard cream:*
Satukan semua bahan kastard, kacau sehingga sebati. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental.
Sejukkan dulu. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati.
Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.
Cara Penyediaan Kepingan crepe:
Satu keping crepe
Letakkan krim kastard secukupnya
Letakkan jagung
Tutup kembali dengan krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin!
Jemput kawan join telegram
@ResepiDuniaMasakan