Bertabahlah🎈


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: не указана


"Teruskan kuat dalam kehidupan kerna kau tak selemah yg kau bayangkan kerna kau masih ada Allah 🍃

Creator @Gdsprpleraaa
-Since 5 October 2016-

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Mungkin kita lupa bahawa setiap dari apa yg kita ada pada hari ini, tak lain tak bukan hanyalah pinjaman dariNya,
Bukan milik kita, milik Dia ❤️😊

@bertabahlahati


Berdamailah dgn keadaan, walaupn pahit untuk ditelan
Dunia bukanlah tempat istirihat panjang,
Mlainkan hanya persinggahan 🍃

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?

JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.

Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

قَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ نَفَعَ اللهُ مَا مُلَخَّصُهُ ظَاهِرًا لِلَفْظِ الزَّجْرِ عَنِ التَّشَبُّهِ فِي كُلِّ شَيْئٍ، كَذَا عُرِفَ مِنَ اْلأَدِلَّةِ اْلأُخْرَى أَنَّ الْمُرَادَ التَّشَبُّهُ فِي الزِّيِّ وَبَعْضِ الصِّفَاتِ وَنَحْوِهَا لاَ التَّشَبُّهُ فِي أُمُوْرِ الْخَيْرِ.

Maksudnya: “Telah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.” [Fathul Baari]

Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.

Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?

JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi:

قال أصحابنا : يشير عند قوله : ( إلا الله ) من الشهادة ، ويشير بمسبحة اليمنى لا غير ، فلو كانت مقطوعة أو عليلة لم يشر بغيرها لا من الأصل باليمنى ولا اليسرى ، والسنة أن لا يجاوز بصره إشارته ، وفيه حديث صحيح في سنن أبي داود ويشير بها موجهة إلى القبلة ، وينوي بالإشارة التوحيد والإخلاص . والله أعلم .

Maksudnya: “Dan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca إلا الله dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.” [Kitah Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?

JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.

Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu.

Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin:

{قوله وينحى الخ } أى ويندب له ان ينحى أى يزيل منه شيء الذي كتب عليه معظم وذلك لما صح أنه صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل الخلاء وضع خاتمه وكان نقشه محمد رسول الله، محمد سطر ورسول سطر والله سطر وفي مغني مانصه وهذ الأدب مستحب

Maksudnya: “Disunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.”

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


Adakalanya kita tidak sangka & duga insan yang kita hargai & pernah buat tersenyum & bahagia akhirnya buat kita menangis.

Jangan terlalu berharap buat baik, orang akan balas baik.

Belajarlah menjaga hati sendiri dahulu sebelum mengharapkan orang sekeliling menjaga hati kamu.

Kerana orang takkan fikir apa yang kamu faham & orang takkan faham apa yang kamu fikir.

Sebaik mana pun niat kamu, manusia tetap menilai luaran saja. Namun sehebat manapun luaran kamu, Allah tetap menilai nawaitu kamu.

Allah takkan melupakan kebaikan yang kamu beri, kesusahan orang lain yang kamu atasi & mata yang hampir saja menangis lalu kamu buat bahagia.

Hiduplah di atas prinsip jadilah orang baik, walaupun tak diperlakukan baik oleh manusia
😊🍃.

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri?

JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

ذهب جمهور الفقهاء (الحنفيّة والشّافعيّة وهو الرّاجح عند الحنابلة) إلى أنّ المرأة البالغة الرّشيدة لها حقّ التّصرّف في مالها، بالتّبرّع، أو المعاوضة، سواء أكانت متزوّجةً، أم غير متزوّجة. وعلى ذلك فالزّوجة لا تحتاج إلى إذن زوجها في التّصدّق من مالها

Maksudnya: “Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.”

Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah makruh orang yang belum mandi hadas besar tidur dengan tidak ambil wuduk?

JAWAPAN: Barangsiapa yang junub ia pada malam maka yang afdhal dia mandi hadas sebelum tidur supaya tidur ia dalam keadaan suci daripada hadas akan tetapi jika dia belum mahu mandi kerana berhajat mandi pada waktu subuh nescaya tidaklah berdosa akan tetapi sunat dia mengambil wuduk untuk tidur pada malam itu. Jika dia tidur tanpa mengambil wuduk maka hukumnya adalah makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

وفي الصَّحِيحَيْنِ كان النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وهو جُنُبٌ غَسَلَ فَرْجَهُ وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وكان صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا كان جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أو يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ
وقيس بالجنب الحائض والنفساء إذا انقطع دمهما وبالأكل والشرب والحكمة في ذلك تخفيف الحدث غالبا والتنظيف وقيل لعله ينشط للغسل

Maksudnya: “Dan tersebut pada kitab sahih Bukhari & Muslim adalah Nabi SAW apabila hendak tidur dalam keadaan junub beristinjak dulu dan mengambil wuduk seperti wuduk bagi sembahyang. Dan adalah Nabi SAW apabila sedang junub dan hendak makan atau tidur nescaya mengambil ia akan wuduk seperti wuduk untuk sembahyang. Dan diqiaskan dengan junub itu akan perempuan yang haidh dan nifas apabila telah putus oleh darahnya dan diqiaskan dengan makan itu akan minum. Dan hikmah yang demikian itu ialah meringankan hadas dan membersihkan diri. Dan kata setengah ulamak hikmahnya ialah merajinkan bagi mandi.” [Kitab Asnal Matalib]

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga?

JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci.

Dan adalah Nabi SAW sentiasa berzikir menyebut Allah pada sekelian gerak dan diamnya dan pada sekelian keadaannya.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:

كان رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم يذكرُ الله عزَّ وجلَّ على كلِّ أحيَانه

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berzikir menyebut Allah Azza Wa Jalla atas setiap keadaannya.” [Hadis Riwayat Imam Muslim]

Yang dilarang ke atas orang yang berhadas besar hanyalah membaca Quran. Ada pun selain dari membaca Quran seperti berzikir dan selawat dan istighfar dan doa dan seumpamanya maka tidak ada larangan dengan ijmak ulamak.

Telah berkata Imam Nawawi:

أجمع العلماءُ على جواز الذكر بالقلب واللسان للمُحْدِث والجُنب والحائض والنفساء، وذلك في التسبيح والتهليل والتحميد والتكبير والصلاة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم والدعاء وغير ذلك

Maksudnya: “Telah ijmak oleh para ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan yang junub dan haidh dan nifas. Zikir itu ialah tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan doa dan lain dari yang demikian itu.” [Kitab Al-Azkaar]

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?

JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

قال ابن المنذر(أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم – غير ابن سيرين – على أن التبسم في الصلاة لا يفسدها).
وقال ابن قدامة(وأكثر أهل العلم على التبسم لا يفسدها – أي لا يفسد الصلاة)
وقال النووي: قال أكثر العلماء: لابأس بالتبسم.

Maksudnya: “Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir: Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.

Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah: Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.

Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).” Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

لا يقطع الصلاةَ التبسمُ

Maksudnya: “Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”

KESIMPULAN:
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

Maksudnya: “Maka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.” [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul ‘Arabi:

لا يخلو أن يكون ما قالوه مِن ذلك جدا أو هزلا ، وهو كَيْفَمَا كان كُفْر ، فإن الهزل بِالْكُفر كُفْر لا خلاف فيه بين الأمة . اه

Maksudnya: “Tiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir. Tiada perselisihan pada hukum tersebut.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati




SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya apabila dibina sebuah masjid lalu diletakkan nama orang yang membinanya atau yang mewakafkannya atau seumpamanya?

JAWAPAN: Harus hukumnya meletakkan nama masjid dengan nama seseorang samada orang tersebut yang membinanya atau yang mewakafkannya atau yang memilik tanahnya atau seorang yang lain sekalipun dia seorang yang kaya asalkan bukan bertujuan riak dan bermegah-megah.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

لا مانع من إطلاق أسماء بعض الناس على المساجد، وهذا الإطلاق قد يكون من غير من بنى المسجد، وذلك لتخليد اسم شخص عالم أو حاكم أو مصلح، وقد يكون هو الذى بنى المسجد وميزه باسمه.
أما تخليد أسماء بعض الناس بنسبة المساجد إليهم فلا مانع منه إذا كان هذا الشخص يستحق ذلك، وإذا كانت نية من قاموا بهذا العمل حسنه.
وأما كتابة بانى المسجد اسمه عليه فيرجع فيه أيضا إلى نيته، فإن كان لمجرد تمييزه عن غيرة وسهولة الاستدلال عليه أو عمل الإجراءات اللازمة له فلا مانع، وإن كان للفخر والرياء فممنوع، والنصوص فى وجوب الإخلاص لله وتحريم الرياء كنيرة، والحديث معروف " إنما الأعمال بالنيات

Maksudnya: “Tiada halangan dari meletakkan nama seseorang kepada masjid. Yang demikian itu terkadang bukan nama orang yang membina masjid itu. Maka itu adalah kerana mengabadikan nama seorang yang alim atau seorang yang bijak atau seorang yang melakukan kebaikkan. Dan terkadang diletakkan nama orang yang membina masjid.

Dan terkadang mengabadikan nama setengah orang-orang kepada masjid yang tiada ada halangan daripadanya apabila adalah individu tersebut memang berhak dengannya apabila tujuan orang-orang yang melakukannya adalah tujuan yang baik.

Ada pun menulis akan nama tukang bina masjid maka kembali juga kepada niat. Maka jika semata-mata tujuannya supaya terbeza masjid tersebut dari yang lain dan memudahkan menunjukan kepadanya atau pekerjaan yang lazim baginya maka tidaklah menjadi halangan.

Dan jika adalah meletakkan nama seseorang kerana berbangga-bangga dan riak maka ia adalah dilarang. Dan segala nas pada wajibnya ikhlas kerana Allah dan haramnya riak sangat banyak. Hadis segala amal itu dengan niat sangat masyhur."

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah maksud ulul azmi dari kalangan para Rasul? Siapakah mereka?

JAWPAN: Yang dikehendaki dengan perkataan Ulul Azmi dari kalangan mereka itu ialah segala Rasul yang kuat kesabaran, ketetapan dan kuat menanggung segala macam ujian dalam meninggikan agama Allah. Apa yang mereka tanggung dari ujian adalah lebih berat dari yang ditangggung oleh selain para Nabi dan Rasul.

Maksud perkataan azam itu adalah sebagaimana yang disebut oleh Al-’Allamah Thohir bin ‘Asyur:

وَأولُوا الْعَزْمِ: أَصْحَابُ الْعَزْمِ، أَيِ الْمُتَّصِفُونَ بِهِ، وَالْعَزْمُ، نِيَّةٌ مُحَقَّقَةٌ عَلَى عَمَلٍ أَوْ قَوْلٍ دُونَ تَرَدُّدٍ

Maksudnya: “Dan bermula Ulul Azmi itu ialah orang-orang yang bersifat dengan azam yaitu niat yang sebenar atas amalan dan perkatan tanpa keraguan.” [Kitab At-Tahrir Wat-Tanwir]

Tersebut pada kitab Tafsir Jalalain: “Ulul azmi bermaksud orang yang mempunyai ketetapan dan sabar atas segala kesusahan.” [m.s. 672]

Berkata Syeikhul Azhar Syeikh At-Tanthawi:

أولوا العزم من الرسل، وهم الذين تحملوا في سبيل إعلاء كلمة الله تعالى أكثر مما تحمل غيرهم

Maksudnya: “Ulul Azmi ialah Rasul yang menanggung ujian pada jalan meningggikan agama Allah yang lebih berat dari yang dirasakan oleh selain mereka.” [Tafsir Wasith]

Dan yang terkenal ulul azmi dari kalangan para Rasul ini ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.

Berkata Imam Ibnu Kathir:

وَأَشْهَرُهَا أَنَّهُمْ نُوحٌ وَإِبْرَاهِيمُ وَمُوسَى وعيسى وخاتم الأنبياء مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه وَسَلَّمَ؛ قَدْ نَصَّ الله تعالى عَلَى أَسْمَائِهِمْ مِنْ بَيْنِ الْأَنْبِيَاءِ فِي آيَتَيْنِ من سورتي الأحزاب والشورى

Maksudnya: “Dan yang terkenal ulul azmi itu ialah Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa dan Nabi Muhammad SAW penutup segala Nabi. Dan sungguh telah menjelaskan oleh Allah atas nama-nama mereka ini dari kalangan para Nabi pada dua ayat pada surah Al-Ahzab dan As-Syura.” [Tafsir Ibnu Kathir]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri.

Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:
Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَائِمِ، وَمَنْ صَلَّى نَائِمًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ القَاعِدِ

Maksudnya: “Siapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.”[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asy’ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

إذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتب مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: “Apabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Berkata Imam Nawawi:

أجمعت الْأُمَّةُ عَلَى أَنَّ مَنْ عَجَزَ عَنْ الْقِيَامِ فِي الْفَرِيضَةِ صَلَّاهَا قَاعِدًا، وَلَا إعَادَةَ عَلَيْهِ، قَالَ أَصْحَابُنَا: وَلَا يَنْقُصُ ثَوَابُهُ عَنْ ثَوَابِهِ فِي حَالِ الْقِيَامِ؛ لِأَنَّهُ مَعْذُورٌ

Maksudnya: “Telah ijmak oleh umat atas bahawa siapa yang uzur dari berdiri pada solat fardhu maka harus ia solat duduk tiada lagi kena ulangi. Berkata Ashab kami: Tiada kurang pahalanya dari pahala solat ketika berdiri kerana dia dalam keadaan uzur.’ [Kitab Majmu’ Syarah Muhazzab]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah mendengar suatu ketika dahulu kisah orang yahudi dengkikan umat Islam pada 3 benda tetapi saya telah lupa kerana sudah lama. Bolehkah ustaz sebut tiga benda itu? Adakah kisah ini sahih?

JAWAPAN: Bangsa yahudi sangat hasad dengki kepada Nabi SAW dan agama Islam. Antara yang dihasadkan oleh bangsa yahudi itu ialah 3 perkara yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a.

Katanya Rasulullah SAW bersabda:

إنَّهم لا يَحسُدونا على شيءٍ كما يَحسُدونا على يومِ الجمُعةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى القِبلةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى قولِنا خلفَ الإمامِ: آمينَ.

Maksudnya: “Sesungguhnya kaum yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni: Hasad mereka akan hari jumaat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah. Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya. Hasad pada ucapan amin kita ketika solat dibelakang imam.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh:

1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati


"Perbaiki dirimu sebaik mungkin, Insha Allah jodoh itu adalah cerminan diri kamu ❤️😊"

@bertabahlahati


*ANTARA BURUNG DAN CICAK*

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya. Seekor burung kecil terbang berulang alik menyiram ke atas api yg membakar.

Itulah yg dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah lain yg hairan melihat perlakuan burung kecil.

_“Wahai pipit.. apa yg engkau mahu lakukan?”_ tanya makhluk Allah yg lain. _“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yg membakarnya”_ jawab pipit.

_“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yg banyak. Paruh yg ada itu kecil. Sia sia saja usaha kamu itu”_ kata burung lain pula.

Lalu dijawab pipit, _"Memang ia tidak dapat memadamkan api itu, tapi aku lebih takut bila Allah menyoal aku nanti. *Apakah yg aku sudah lakukan untuk agama Allah?*_

_dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”_ Pipit tidak berputus asa dan terus membantu memadamkan api marak.

Semakin lama api semakin kecil. Walau sedikit saja bantuannya, ia berpuas hati. Kerana telah menjalankan tanggungjawabnya dan tidak berdiam diri.

Berlainan pula dgn cicak yg bertindak jahat meniup api supaya api lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim. walaupun hembusan itu tak berkesan ke atas api.

Setelah api reda, orang ramai mula menghampiri. Alangkah terkejut melihat Nabi Ibrahim keluar drpd bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur.

Oleh itu, jika terpanggil untuk membantu, segera kan. Tak kira dalam bentuk apa sekali pun. Lebih2 lagi dalam keadaan lockdown dan pkp sekarang.

Dan janganlah kita menambahkan masalah di atas masalah orang lain. Kerana kita tidak tahu apa yg akan dipersoalkan Allah kelak.

#Tim Nusrah Prihatin

@bertabahlahati


SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seseorang itu berzikir samada selepas solat atau pada waktu yang lain manakah yang lebih afdhal antara ia berzikir dengan perlahan atau dengan kuat?

JAWAPAN: Terpulang kepada seseorang itu sendiri samada ia suka berzikir dengan perlahan atau pun dengan kuat.

Maksud perlahan ialah zikir tersebut hanya didengar pada telinganya sendiri sekira-kira orang lain yang ada pada tempat tersebut tidak mendengarnya.

Dan maksud kuat itu ialah zikirnya dapat didengar oleh orang yang ada disitu jika dekat dengannya.

Berkata Imam Nawawi:

إن الإخفاء أفضل حيثما خاف الرياء أو تأذى به مصلون أو نيام، والجهر أفضل فى غير ذلك، لأن العمل فيه أكثر، ولأن فائدته تتعدى إلى السامعين، ولأنه يوقظ قلب القارى، ويجمع همه إلى الفكر، ويصرف سمعه إليه، ويطرد النوم، ويزيد النشاط

Maksudnya: “Bahawasanya memperlahankan zikir itu afdhal sekira-kira khuatir ia daripada riak atau mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan zikir dengan kuat itu afdhal jika pada lain dari yang demikian itu yakni jika tidak khuatir kepada riak dan tidak mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan kerana bahwasanya faedah zikir dengan kuat itu melangkau kepada orang yang mendengar. Dan sungguhnya zikir dengan kuat itu membangunkan hati yang sedang berzikir dan menghimpunkan cinta hatinya kepada berfikir dan memalingkan pendengarannya kepadanya dan mengelakkan tidur dan menambahkan sifat rajin.”

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati


Pada sesiapa berhajat untuk infaqkan Al Quran di makkah bleh klik link ni..bawah Alif Teega dan Kak Aisyah Hijannah..
Boleh infaq sblum full 😊👇👇

https://jomdonate.com/campaigns/257

#SilakanShareSemogaBermanfaat

@bertabahlahati

Показано 20 последних публикаций.

4 123

подписчиков
Статистика канала