🌸alHuffaz Quotes🌸


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: не указана


Kata Syed Qutb:
"Kerja dakwah bukan soal minat atau tidak, suka atau tidak, bukan soal kerjaya, bukan soal ada potensi dan bakat. Tapi kerja dakwah ialah lambang keimanan kita lemah atau kuat."
Follow :
Ig @hauranurani
Since : 1 April 2019

Связанные каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Репост из: iamkakadh
Jemput masuk channel baru. Khas untuk nota Alquran.

Nota yang dah siap
Surah Al Fatihah
Surah Al Kahfi (20 ayat)
Surah An Naba
Surah An Naziat
Surah At Takwir
Surah Abasa

Sekarang tengah buat Surah Al Insan

Target nak siapkan 114 surah. Doakan

https://t.me/notaalqurankakadh


Репост из: iamkakadh
Muslimahku, Musliminku...

Jadikanlah Alquran itu sahabat karib kalian,
Jadikanlah Alquran buku kegemaran kalian,

Padanya ada kisah kisah orang orang terdahulu dari kalian,
Padanya ada pelbagai doa yang boleh dimanfaatkan,
Padanya ada panduan kehidupan,
Padanya ada jawapan untuk setiap persoalan.

Berdampinglah dengan Alquran setiap masa yang ada,
Curilah masa dalam sehari untuk bersama dengan Alquran.

Baca ayat suci itu
Faham terjemahan
Jadikan amalan dalam kehidupan

Nescaya kalian tidak akan lagi tertanya tanya,
Nescaya kalian tidak akan lagi rasa kehilangan.

Jom bersama Kak Ad semua!
Menghayati setiap kalam Tuhan dengan sebenar benar penghayatan

_Kak Ad_
16/10/18


Setuju tak jika Kak Adh kata, salah satu sebab mengapa ada yang masih tidak belajar mengaji adalah disebabkan oleh *Yuran terlalu tinggi*

Kak Ad setuju sebenarnya!

Hakikatnya, yuran ni adalah hak yang mengajar. Terpulang pada dia nak letak berapa bayarannya.

Antara bayaran yang selalu dibuat adalah seperti berikut :
Untuk sebulan : RM 30/ RM 50/ RM 80 / RM 120 / RM 150 / RM 199 (paling mahal yang Kak Adh nampak).
Untuk 1 sesi selama 1 jam : RM 30 / RM 35 / RM 50 ......
Untuk 1 sesi selama 10 minit : RM 10 / RM 15 .....
dan lain2 lagi

Sebenarnya kan, yuran2 yang ditetapkan itu adalah kerana pihak tertentu ada sasaran pelajarnya yang tersendiri.

Jika kita tergolong dalam kalangan yang mampu bayar, kita akan kata murah je.
Jika kita tergolong dalan kalangan yang tidak mampu bayar, kita akan kata mahal.
Memang betul! Kak Adh pon sendiri alaminya bila nak masuk kelas2 tertentu 🥹..

Namun namun namun..
Sampai bila kita nak bagi alasan yang sebegitu sedang diri kita tidak usaha untuk mencari lebih keras lagi?

Ada je yang buat murah, ada yang buat seikhlas hati dan ada yang buat percuma. Kene cari dan cari sampai jumpa.

Semuanya atas individu.
Usah dipertikai.
Usaha teruskan pencarian kelas mengaji.

Mudahan teman2 yang masih mencari kelas mengaji, segera berjumpa!

Hugs
Kak Ad




Kita kalau nak ajak orang tutup aurat, pleaselah ajak elok2.

Jangan terus cakap "x tutup aurat masuk neraka".

Sepatutnya cakap nikmat2 yang kita dapat bila tutup aurat. Cakap hikmah2nya.

Itu terbaik.

Sebab apa?

Kita sendiri pon jika tutup aurat x tahu lagi tempat kita 😥. Pastu main sedap mulut je nak tempatkan orang lain.

Ajak step by step.
⏩share kenapa kene tutup aurat
⏩kalau ada dalil lagi baik.
⏩cakap kebaikan yang akan diperolehi
⏩bagi hadiah buku berkaitan
⏩bagi hadiah pakaian beso2
⏩bagi hadiah tudung simple
⏩doa

Sambil2 bagi hadiah sebut atau tulis kita sayang dia. Bla bla bla

Dakwahlah dengan berhemah, dengan beradab, dengan ilmu. Bukan main tibai je!

Hugs
Kak Ad
060923


🕌 Khatam Kitab (Cahaya Pengenalan)
👳🏻‍♂️ Tuan Guru Haji Ahmad Ridhouddin Bin Tuan Guru Haji Abdul Wahab Al-Filfilãni

Tarikh : 8 September 2024 (Ahad)

Masa :
Sesi (1) : 8.30 - 10.30 Pagi
Sesi (2) : 11.00 - 12.00 Tengahari
Sesi (3) : 2.00 - 4.00 Petang

FB Live : Tuan Guru Studio
Phone : 017-9332588
Yuran : - Percuma -

Sertai Group Peserta : 👇🏻
https://chat.whatsapp.com/GnguGrpuENGBGQt0I7CVUr


Kak Adh selalu pesan pada diri, pada anak2, pada orang sekeliling, jangan pernah ada rasa walau sedikitpun nak buat jahat.

Sekali kita buat, orang akan ingat tau!
Lepastu habis dikait semua dengan maruah2 yg lain.
Agama
Negara
Keluarga
Keturunan

Walau tempat gelap.
Walau tiada cctv.
Walau tiada saksi.
Walau tiada yg nampak.

Sentiasalah ingat!
Allah ada.
Malaikat kiri kanan ada.

Sematkan dalam hati kepala.
Rasakan kehadiran Allah setiap saat.
Rasakan kegerunan azab saat buat jahat.

Kita tahu.
Buat jahat apa balasan.
Berusaha elakkan untuk buat jahat.

Kalau dah terbuat tu, taubatlah.
Solat sunat.
Insaf.
Azam tak nak buat lagi.
Istighfar.
Doa.

Hugs
Kak Adh
30 08 2024


Istilah 'anak derhaka' dah terlalu femes kan kita dengar?

Bagaimana pula dengan istilah 'ibu bapa derhaka'? Wujud ke? Mestilah wujud..

Kita tahu anak derhaka ni yg x taat pada perintah ibu bapa, yg x hormat ibu bapa, yg biadap dengan ibu bapa, yg mengasari ibu bapa.. Erti kata lain yg buat buruk dengan ibu bapa..

So apa plak makna ibu bapa derhaka?
Mereka yg x tunaikan hak anak.

Apa itu hak anak?
🌀didikan agama yg sempurna
🌀kasih syg yg sempurna
🌀tidak dizalimi mental dan fizikal
🌀diajar mengenali Allah dan Nabi
🌀diberi mainan makan minum pakaian tempat tinggal yg secukupnya
🌀dilindungi dari sebarang kecelakaan
🌀diberi sokongan moral
🌀mendapat perhatian yg sempurna
🌀tidak dimarahi tanpa sebarang usul periksa
🌀diberi hak bersuara selagi x langgar syariat
🌀ditegur tentang solat, pakaian
🌀rawatan perubatan
🌀dijga tangki emosi

Ini adalah antara hak anak yg perlu ditunaikan oleh ibu bapa.. Ada bnyak sebenarnya bila melibatkan anak, ibu bapa yg perlu ketahui lanjut ✌🏼

Kita tanya pada diri kita, sebagai ibu bapa, apakah kita tunaikan kesemua hak anak? Apakah kita buat sambil lewa sahaja?

Ibu bapa, terutama diri Kak Ad dan suami, marilah sama sama kita koreksi diri kita dahulu.. Semak semula apakah setiap anak anak kita diberi hak yg sempurna? Ditunaikan segala permintaan selagi x langgar syariat?

Usah biarkan anak anak rosak masa hadapan dengan melihat institusi keluarganya yg runtuh.. Kita mesti bina institusi keluarga yg kuat agar terjamin masa hadapan anak anak..

Kak Ad menyeru pada semua ibu bapa, usah kita biarkan diri kita digelar ibu bapa derhaka 😰...
Tunjukilah contoh yg baik, kerana sesungguhnya kita adalah acuan terbaik buat anak anak..
Usaha sebaik mungkin dalam memberi yg terbaik buat anak anak ya..

_Kak Ad_
16/8/19
Masih bertatih menjadi parent yg terbaik

@kakadthesilentdaie


Para ibu bapa,
Kak Ad ada sedikit pesanan buat semua 🤭

Jika boleh, cek dahulu pakaian anak kita sebelum depa melangkah keluar rumah. Cth nak ke kelas mengaji, kelas tuisyen akademik, berjumpa sanak saudara, jalan jalan, etc...

Pastikan pakaian itu mengikut syariat yg telah ditetapkan.
Jika anak anak masih x baligh, pastikan ianya sopan.
Jika anak anak dah baligh, pastikan menutup aurat dgn sempurna..

Usah biarkan anak anak memakai pakaian yg terlalu menjolok mata, walau anak itu masih di bawah tahap baligh...

Ajarilah sedari awal agar anak anak terbiasa dengan pakaian yg sempurna ✌🏼.. Memandangkan zaman sekarang terlalu canggih dan Kak Ad rasa sangat x selamat untuk anak anak 😟...
Jadi tugas kita sebagai parent sangat penting! Sentiasa peka dengan anak anak.. Sentiasa pantau dengan anak anak..

Usah meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak lain, sedang didikan utama adalah dtg daripada rumah, yg terdiri dari ibu dan bapa..

_Kak Ad_
11/8/19
Masih bertatih menjadi parent terbaik


Dalam hidup ni kita kene ada misi dan visi.

Utamakan ukhrawi.
Kerana itu yang hakiki.

Misi Kak Adh ialah
1. nak jadi hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan bermanfaat buat yang lain. (Ni memang wajiblah kan untuk semua orang).
2. nak faham makna 100% AlQuran tanpa perlu melihat kepada terjemahan.
3. Nak ajar anak2 usia 7 hingga 12 tahun faham terjemahan Alquran.
4. Nak siapkan jurnal AlQuran bermula surah AlFatihah hingga AnNaas.
5. Nak siapkan jurnal Asmaul Husna.
6. Nak didik anak dengan gaya Nabi Muhammad saw.
7. Nak didik anak mengenal Allah dan Nabi

Visi Kak Adh ialah :
1. Nak selamat dari azab kubur dan azab neraka
2. Nak pimpin tangan dengan orang2 yang Kak Adh sayang melangkah ke syurga.

Ada cadangan tambahan x? Cube share?

Hugs
Kak Adh
14/7/2024


Sebenarnya nak hafaz ayat ayat Allah ni bukanlah mudah dan bukan jua susah. Tapi tengah tengah. Kak Ad dah rasainya ✌🏼

Sama jua part untuk mengulang. Supaya segar dalam ingatan. Tidak mudah dah tidak susah. Tengah tengah.

Semuanya bergantung pada diri kita.
Usaha kita.
Pemakanan kita.
Tingkah laku kita.
Adab kita.

Benda benda ni sangat main peranan jika kita serius mahu menghafaz ayat ayat Nya.

Ayat Allah kan?

Mana boleh buat main main, buruk padahnya nanti..

So Kak Ad nak share sedikit tips lah untuk kalian.. Boleh digunakan untuk hafaz surah penting seperti almulk, alkahfi, yasin, sajdah dan semua lah 😬

🌹pilih satu qari dan dengar bacaan surah tersebut setiap hari
🌹baca surah tersebut sekali dengan terjemahan setiap hari selama 30 hari
🌹satu hari cuba hafaz satu ayat. Baca ulang ulang tengok mushaf, kemudian cuba tutup mushaf baca
🌹tulis kembali ayat yang dihafaz beserta maksud per kata

Kak Ad pon guna tips ni jugak ✌🏼... Alhamdulillah, jadi 🤩

InsyaAllah lepas 30 hari nanti dah boleh baca tanpa tengok mushaf ✌🏼

Kalau boleh guna satu nushaf je tau!

Kak Ad doakan agar kita semua dapat menghafaz ayat ayatNya ya..

_Kak Ad_
01/07/2020


*Setiap seorg ada bad attitude and dia slalu buat perkara tak elok, so macam mna seseorg tu nak istiqomah? Dan menhn diri? Dri bt bnda x elok yg blh katakn dh jadi habit atau sebati dlm diri?*

Soalan ni Kak Ad dapat dari peserta sharing How Hard Is Hijrah..

Jawapan yg Kak Ad boleh berikan ialah, PERTAMA cari kawan yang baik! Dengan adanya kawan yg baik, insyaAllah dia boleh bantu membimbing kita kepada perkara yg baik2.. Kita memang x boleh sorang2 jika nak berubah ni, kene ada kawan walaupun sorang.. Sebab apa? Kalau sorang2 adakalanya x menjadi 🥲...

KEDUA, cari dan topup ilmu.. Sekarang ni dah mudah. Kalau x dapat pergi ke mana2 tempat, online sahaja. Youtube, laman web. Mcm Kak Ad, suka ikut laman web Mufti Wilayah, Ustzh Fatimah Syarha, Ustz Saiful Islam &
Ustz Zaharudin.. Rajin bertanya bila dah dapat ilmu tu. Kak Ad suka tanya kat Ustazah Nazirah, Ustazah Hidayu, Ustazah Aqidah, Ustazah Hidayah, Ustaz Mahfuz..

KETIGA, ingat tujuan kenapa kita dihidupkan.. Untuk menyembah Allah dan beribadah.. Ibadah ni pula bukan solat semata ya! Buat perkara2 yg baik pon dikira ibadah..

Ini antara tips utama yg boleh Kak Ad bagi... Kalau ada yg nak share silakan tau!

Dengan syarat, ISTIQAMAH & MUJAHADAH ok?

_Kak Ad_
27.6.2021


"Parent kami strict"
"Hidup kami terkongkong"
"X de life kat rumah"
"Bosan dengan parent"

Antara luahan2 yang sering Kak Ad dapat dari beberapa insan.
Pangkat seorang anak lah sebab masih di alam persekolahan.
Ada yang sekolah rendah, ada yang menengah.

Kak Ad tersangatlah marah
bila anak2 ini menyalahkan ibu ayah mereka. Bila mereka memburukkan ibu ayah mereka. Memang Kak Ad akan tazkirah panjang lebar sampai kita pulak yang menangis 😭😭😭.

Hakikatnya anak, kene bersyukur sangat bila anda dikurniakan parent yang sebegitu.

Strict pada zaman yang tersangat mencabar sangat2 diperlukan.
Semuanya demi kebaikan anak2 sendiri.

Parent strict bukanlah bermakna mereka tidak sayang anak2. Kerana sayanglah mereka bertindak begitu. Jika tidak, pastinya mereka membiarkan sahaja anak2 hanyut dengan dosa.

Anak anak.
Janganlah samakan zaman kalian dengan zaman parent. Kerana hakikatnya zaman dah berubah, terlalu canggih.
Dulu lain. Sekarang lain.

Anak anak.
Usah juga mempersoalkan parent dulu boleh buat bla bla. Kenapa kami tidak.
Parent dahulunya tiada pendedahan tentang agama. Jadinya kini mereka tidak mahu kalian terjebak sama. Mereka tidak mahu kalian mengulangi kesilapan mereka. Sebab itu mereka strict.

Anak anak.
Kalian masih muda. Perjalanan hidup tidak tahu panjang atau tidak.
Apakah kalian hanya mahu hidup kalian dihabiskan dengan dosa memanjang?
Apakah kalian tidak pernah membayangkan syurga mahupun neraka?
Apakah kalian sanggup digelar anak derhaka demi kepuasan nafsu muda kalian?

Ingat anak2.
Dunia ini hanya sementara, tempat persinggahan sahaja.
Akhirat kekal selamanya, kampung kita.

Usahlah siakan siakan masa muda kalian dengan kelalaian.
Isilah masa muda kalian dengan mentaati Allah, Rasul dan kedua ibu ayah kalian.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma:
رِضَاءُ اللَّهِ فِي رِضَاءِ الْوَالِدِ ، وَسَخَطُ اللَّهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Allah redha dengan sebab redha kedua ibubapa dan Allah murka dengan sebab murka kedua ibubapa.”
Riwayat al-Tirmizi (1899), Ibn Hibban (429)
dan al-Hakim (7249)

Hugs
Kak Ad
15062024
Seorang anak juga seorang ibu


Assalam.
InsyaAllah esok kita ada nak g beli barang untuk keperluan sambut aidiladha di teratak barakah. Kalau nak join roger ye ✌🏽


Ilmu ni bukan sekadar cari, tapi kene gali dan hadam sampai kita yakin, praktikkan dan share kepada orang.

Ilmu ni bukan sekadar ilmu dunia, tapi merangkumi ilmu akhirat (inilah yang penting).

Bila ke majlis2 ilmu, niat biarlah kerana Allah, untuk dapat redha Ilahi, bukan sekadar nak bergambar dengan rakan2, bukan sekadar nak autograf panel.

Bila ke majlis2 ilmu, tolonglah sediakan pen dan buku khas. Catat segala apa yang keluar dari mulut panel.
Hakikatnya, bila kita tulis, itu yang akan kita ingat dan faham. InsyaAllah.
Bila catat jugak, sangat mudah untuk kita rujuk semula 😊.

Rajin2kan diri ke majlis2 ilmu.
Topup ilmu sebanyak mungkin.
Jangan lupa share jugak pada yang lain.

Hugs
Kak Ad
Seorang penuntut ilmu


Kak Ad suka sangat dengan kata kata indah ini dari Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa yg Kak Ad dapat dari salah sebuah channel telegram, AlHuffaz Quotes ;)

"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu."

Nampak x apa yg Kak Ad nak sampaikan hakikatnya? 🤭🤭

Kak Ad sayang semua ✌🏼

Walaupun ada antaranya yg Kak Ad x kenal, kan?

Tapi, itulah tanggungjawab Kak Ad..
Membawa dan memimpin tangan semua demi meraih redha dan syurga ilahi..

Harap semua x jemu terima nasihat dari Kak Ad ya

Jom sama sama kita ;)

Nukilan Hati,
Kak Ad
20/5/2020


Anak-anak itu anugerah dan amanah dari Allah..
Dan dilahirkan dalam keadaan yang suci daripada sebarang noda, cela dan kotoran.
Ibarat kain putih..

Ibu bapa wajib memainkan peranan yg baik demi masa depan mereka..

Bukan sahaja dari sudut pelajaran, tapi dari sudut adab..
Bukan sahaja pelajaran duniawi, tapi pelajaran ukhrawi..

Kak Ad sangat sarankan untuk ibu bapa semua, ajarkan anak mengikut kurikulum pendidikan Luqman AlHakim, ada tujuh semuanya :

(1) jangan syirik
(2) berbakti pada ibu bapa
(3) merasa diawasi oleh Allah
(4) mendirikan solat
(5) amar makruf nahi munkar
(6) penyabar
(7) berakhlak mulia dan jangan bertindak bodoh sombong

kita as parent (x boleh salah satu) mesti menguasai kaedah beliau dalam mendidik anak anak.. agar anak kita tidak tersalah didikan dengan cabaran zaman kini yg amat mencabar...

semoga kita semua bisa menjadi parent yang bertanggungjawab dalam segala aspek; merangkumi dunia juga akhirat buat anak..

jadilah role model yang terbaik di mata anak..
jadilah sumber rujukan yang terhebat di mata anak..
jadilah kebanggaan anak..

Diriku, seorang anak dan seorang ibu,
_Kak Ad_


Sebenarnya, dalam bidang keibubapaan, tidak kisahlah budaya mana pon; islam, barat, timur ke ape2 je lah, semuanya berpaksikan kepada ROLE MODEL IBU BAPA.

Bagaimana ibu bapa berakhlak, begitulah anaknya.
Jika baik, insyaAllah baiklah anaknya.
Jika tidak, maka tidaklah anaknya.

Anak2 ini akan lihat, kaji, segala tindak tanduk kita.
Mereka nampak, mereka ikut.
Jadi, kitalah kene baikkan tindak tanduk kita dahulu
Kitalah kene perbaiki tindak tanduk kita dahulu.
Kitalah kene jaga tindak tanduk kita dahulu.

Anak2 adalah acuan ibu bapa.
Aculah diri kita baik2.
Aculah diri kita sihat2.
Aculah diri kita cantik2.
InsyaAllah semuanya akan berbalik pada anak kita.

Hugs,
Kak Ad
Trying my best to be the better parent


Pengajian Bermula Hari Rabu ni, Kitab ni sesuai untuk pemula yang baru² nk faham perbahasan Ilmu Tauhid.

Btw saya tengah cari muslimat yang nak join kelas ni & jadi sahabat muzakarah pengajian bersama saya dlm pengajian ni. Kalau ada , mohon pm ya.


Bismillah.
Grup wasap WE ARE SELANGORIAN kini kembali semula ;)
Rindu nak buat usrah dengan kawan2.
Siapa nak masuk?
Yang pasti kene tinggal di Selangor dan Muslimat
X janji untuk buat sharing outdoor tapi kita buat sharing ilmiah dalam grup.
Nak masuk?
Segera wasap kita tau.
Wasap.my/+60193867583/was2024

Показано 20 последних публикаций.