Sentap words🌸


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: не указана


Anda sentap ??
Alhamdulillah💝 itu tandanya anda masih ada Iman.
📍Nasihat
📍Perkongsian
📍İslamic quotes
📍Cute usrah
📍Dakwah tarbiah
📍Pickupline
📍News
📍Viral
Nak move on?
Need motivation words?
Let's join this channel

Связанные каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


“Kaum kerabat dan anak-anakmu (yang tidak menurut kamu beriman) sekali-sekali tiada bermanfaat bagimu pada hari kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
QS: Al-Mumtahanah ayat 3

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Dalam sehari ada 5 waktu Allah mewakilkan muazzin memanggil kita dan setiap malam ada satu waktu Allah memanggil setiap hambanya untuk ditunaikan hajatnya.
Hadirkah kita?

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Nikmatilah hidup mu tanpa merosak diri mu Dan tanpa merugikan akhirat mu. Buatlah sesuka hati mu tapi Jangan lupa kehidupan selepas mati mu...

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Tiada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah. Tiada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya.

~Abu Bakar As-Siddiq~

@sentapwords
#spreadthelove 🤍

5k 0 17 1 27

Fadhilat ayat ke 26 Surah Ali Imran:

Daripada Anas bin Malik r.a,
Rasulullah bersabda kepada Mu'az r.a: "Adakah kamu ingin saya ajarkan satu doa, jika kamu ada hutang sebesar gunung Uhud sekalipun Allah akan bantu melunaskannya?, wahai Mu'az bacalah"👇

قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ ۖ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَآءُ ۗ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۗ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 26)

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
"Perbanyakkanlah membaca Syahadah (Laa ilaha illallah) sebelum kalian terhalang darinya"
HR: Abu Ya'la

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


"Jangan risau jika hak mu diambil orang kerana Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik.

Tapi risaulah jika kita mengambil hak orang lain secara batil tetapi amal ibadah kita menjadi tebusannya".

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Ada 3 sebab mengapa Allah masukkan Jin dan manusia ke dalam Neraka Jahannam:

1. Mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat keterangan Allah (Al-Quran).

2. Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti kekuasaan dan keesaan Allah.

3. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat agama Islam.

Mereka itu Allah bandingkan sama seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang lalai.

(QS:Al-A'raaf 179)

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Surah Al-Qadar terdapat 30 perkataan di dalamnya. Sebulan Ramadan. TAHUKAH anda apakah yang menyebabkan jumhur ulama' mengatakan bahawa malam Al-Qadar jatuh pada malam ke 27 Ramadan ini walaupun kita dianjurkan untuk memburu malam tersebut pada 10 malam akhir Ramadan. Ini kerana mereka berpegang pada perkataan ke 27 dalam surah tersebut iaitu " Hia" dhomir (kata ganti nama) bagi Lailatul Qadar. Jangan tunggu tapi Buru setiap malam pasti dapat. Wallahua'lambissowab.

- Ust Kazim Elias-


"Aku lebih memilih dianggap bodoh tetapi tahu cara menghargai sesama makhluk daripada dianggap bijak tetapi merendahkan sesama manusia."

- Maulana Syiekh Jalaluddin Rumi -

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, akan tetapi mereka bimbang tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"
QS: Al-Ahzab ayat 72

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Репост из: Sentap words🌸
Sesungguhnya di dalam keluarga Imran (Ali Imran) terdapat personaliti yang begitu Allah sayang iaitu Nabi Harun AS abang kepada Nabi Musa AS dan Siti Maryam kakak kepada Nabi Musa yang juga merupakan ibu kepada Nabi Isa AS.
Telegram 👥 | Instagram 📸 |Twitter 🕊
@sentapwords


"Hati yang kosong tanpa Al-Quran adalah jiwa yang roboh sepertimana robohnya rumah yang tidak berpenghuni"

Ibnu Mas'ud

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Репост из: Sentap words🌸
Doa menunggu berbuka puasa:

Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah,
As'alukal jannah,
Wa a'uuzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu anni."

Maksudnya: "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan maka maafkanlah aku"

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Mereka yang mengejar dunia di hadapannya dan meninggalkan KIBLATnya di belakang adalah orang yang paling rugi di dunia dan akhirat. Di antara keduanya itu kematian adalah yang paling dekat.

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Репост из: Sentap words🌸
3 doa Saidina Ali bin Abi Talib sebelum tibanya bulan Ramadan:

1. Ya Allah, berikanlah kepadaku kesihatan dalam tubuh badan ini daripada sebarang penyakit (supaya dapat beribadah dengan baik).

2. Ya Allah, berikan kepadaku kelapangan daripada
kesibukan (supaya aku dapat banyak beribadah).

3.Ya Allah, berilahkanlah bagiku cukup dengan sedikitnya tidur (supaya aku dapat melebihkan ibadah).

- disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al- Hamid | Masjid Bukit Antarabangsa


Bersahabatlah dengan orang yang menjaga rahsiamu, menyembunyikan aibmu, menyebarkan kebaikanmu dan menutupi keburukanmu.

Jika kamu tidak temui, temanilah dirimu sendiri.

~Syeikh Ali Tantawi~

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Allah Subhanahu Wa Ta'ala

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"."

(QS. An-Naml 27: Ayat 19)

Ini adalah doa seorang Nabi yang memohon kepada Allah  diberi ilham agar sentiasa bersyukur dan dapat melakukan amal soleh. Hatta seorang nabi berdoa… Orang biasa seperti kita janganlah sombong..

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


Sebut saja apa jenis ibadah semua mudah tapi untuk buat dan istiqomah adalah susah dan payah. Melainkan dibantu oleh Allah. Banyakkan doa agar hidayah ibadah kepada Allah itu dapat diraih.

@sentapwords
#spreadthelove 🤍


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]


@sentapwords
#spreadthelove 🤍

Показано 20 последних публикаций.