Ekonomi Rakyat


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: Экономика


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
Экономика
Статистика
Фильтр публикаций


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Hikmah Di Sebalik Kewajipan Membayar Zakat

" Zakat ini sebenarnya kalau kita lihat dari sudut falsafahnya.... Selain daripada membantu mereka yang memerlukan, ia adalah juga untuk memaksa umat Islam itu untuk tidak menyimpan harta dan sorok harta "

https://ekonomirakyat.com.my/kutipan-zakat-lebih-rm4-bilion-setahun-ke-mana-hala-tuju-institusi-zakat-di-malaysia/


Laporan Ketua Audit Negara 2025 mendapati anak syarikat FELDA, FIC Properties Sdn Bhd merekodkan kerugian RM970 juta untuk tiga tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2023

Kerugian dilaporkan berpunca dari kos pinjaman dan penjejasan nilai di dalam syarikat bersekutu


Malaysia bakal menyaksikan sebuah lagi syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia Sdn Bhd yang dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2025

Syarikat tersebut, yang disokong oleh Ascend Airways yang berpangkalan di UK, akan mula beroperasi dengan mengendalikan dua pesawat Boeing B737-800 dan empat pesawat B737 MAX 8


FGV Holdings Berhad rekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM271 juta pada 2024, meningkat 171% berbanding RM102 juta pada 2023

Keuntungan dipacu oleh peningkatan kadar hasil buah tandan segar (FFB) yang lebih baik serta harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi


Cucu billionaire Robert Kuok merancang untuk melabur sehingga AS$10 bilion dalam pusat data AI di Malaysia, Indonesia dan Thailand, menurut Forbes

Oktober lalu, K2 Strategic yang diketuai Kuok Meng Wei, 41, membuka pusat data di Taman Teknologi Sedenak yang berkeluasan 283.3 hektar. K2 Strategic kini merupakan pengendali pusat data ketiga terbesar di Johor


Tokoh ekonomi, Tan Sri Kamal Salih dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi di kediamannya di South Ville City, Dengkil

Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju turut pernah berkhidmat sebagai penasihat ekonomi di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi


Parlimen meluluskan pindaan Akta KWSP 1991 bagi mewajibkan caruman KWSP dibuat kepada pekerja asing bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan

Langkah tersebut dijangka bermula pada suku ke-4 tahun ini dengan kadar caruman masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan


Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berkata data tinjauan menunjukkan pengilang-pengilang menjangkakan peningkatan kos diantara 5%-10% susulan kos buruh yang lebih tinggi

Responden kekal optimis dengan persekitaran perniagaan namun bimbang dengan peningkatan kos input


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Semua Pihak Harus Sepakat Majukan Kewangan Islam

" Satu ketika dahulu kita punya satu kejumudan di mana ketua penasihat syariah di SC, ketua penasihat syariah di BNM adalah orang yang sama......Sebab itu saya kata kita tak berkembang "

https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-orang-ramai-sering-keliru-tentang-perbankan-islam/


China kenakan tarif sehingga 15% untuk import pertanian Amerika Syarikat seperti jagung dan kacang soya sekaligus memulakan perang dagang di antara dua kuasa besar tersebut

Langkah ini dibuat setelah Amerika Syarikat mengenakan tarif sebanyak 20% kepada semua import China


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin cadang Kerajaan menghalang hospital² daripada disenaraikan di Bursa Saham

Menurut beliau, langkah ini telah dijalankan di Korea Selatan untuk mengelakkan syarikat² penjagaan kesihatan dalam memaksimumkan keuntungan


S'jaya Pencegahan Rasuah M'sia telah menyita wang berjumlah RM170 juta yang terdiri daripada pelbagai matawang susulan siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri, DS Ismail Sabri

Fokus siasatan tertumpu terhadap perbelanjaan promosi dan publisiti ketika beliau menerajui negara




KWSP umum kadar dividen 6.3% untuk simpanan Konvensional dan Shariah bagi tahun 2024, lebih tinggi berbanding kadar dividen tahun lalu

Ia melibatkan agihan berjumlah RM73.24 bilion untuk tahun 2024, iaitu RM63.05 bilion untuk simpanan Konvensional dan RM10.19 bilion untuk simpanan Shariah


Malaysiakini mengesahkan seorang wartawannya ditahan oleh S'jaya Pencegahan Rasuah M'sia kerana didakwa menerima rasuah RM20,000 untuk tidak menyiarkan dua artikel berkaitan isu kartel pemerdagangan warga asing

MKini beri jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa


KPJ Healthcare Berhad rekodkan pendapatan sebanyak RM3.9 bilion pada tahun 2024, meningkat 15% berbanding RM3.4 bilion pada tahun 2023

Keuntungan bersih naik 34% daripada RM263 juta kepada RM354 juta

45% saham KPJ dipegang oleh JCorp, syarikat milik K'jaan Negeri Johor


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Kerusi Penasihat Syariah Dimonopoli Pakar Yang Sama

" Ini adalah public knowledge, boleh lihat siapa yang duduk? 90% adalah orang yang sama duduk di situ untuk 3-4 dekad kebelakangan ini. "

https://ekonomirakyat.com.my/mengapa-orang-ramai-sering-keliru-tentang-perbankan-islam/


PETRONAS sahkan anak syarikat mereka, KLCC (Holdings) Sdn Bhd membeli tanah Bandar Malaysia dengan keluasan 486 ekar pada harga RM6.0 bilion

Setakat 31 Disember 2024, sebanyak RM4.0 bilion telah dibayar kepada Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd


99 Speedmart rekodkan hasil jualan sebanyak RM10 bilion pada tahun 2024, meningkat 7.3% berbanding RM9.2 bilion pada tahun 2023

Catat keuntungan bersih sebanyak RM490.3 juta

Pegang tunai dan baki di bank sebanyak RM698 juta


Pakar ekonomi politik, Prof Edmund Terence Gomez mahu kerajaan beri penjelasan mengapa SPRM masih diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Beliau berkata perdana menteri dilihat keberatan untuk memastikan SPRM bebas sepenuhnya daripada pihak eksekutif kerajaan. Gomez turut percaya kedudukan Malaysia yang tidak bertambah baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 adalah sebahagiannya disebabkan oleh persepsi wujudnya pendakwaan terpilih, yang menurutnya boleh dikurangkan dengan mengasingkan SPRM daripada JPM

Показано 20 последних публикаций.