Фильтр публикаций


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Topik 2 - 2025✨

'Action verb' adalah perkataan dasar bagi perbuatan yang dilakukan oleh anggota fizikal bernyawa, contohnya 'eat'(makan - oleh mulut), 'sleep' (tidur - oleh badan), 'read' (baca - oleh mulut) dan sebagainya.


Ciri dan Penggunaan 'action verb'

1. 'Action verb' boleh digunakan dalam memberi arahan/tegahan.

2. Action verb' boleh digunakan dalam masa 'present tense'.

3. Action verb' boleh digunakan dalam bentuk soalan/pertanyaan

4. 'Action verb' boleh menjadi 'present continuous tense'tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He is talking'.

5. Action verb' boleh menjadi 'present perfect tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He has done the homework'.

6. Action verb' boleh menjadi 'present perfect continuous tense'


part 2 - Stay tuned


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Topik 1 - 2025✨

struktur ayat

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam permulaan ayat :

🖍️English
🖍️Melayu

Common noun
(Nama am)

Country, man, car
Proper noun

(Nama khas)
Malaysia, Ali, Iswara

Pronoun
(gantinama)
I, he, she, you, we, they

Gerund
(Nama perbuatan)
walking, sleeping, running

Article
-
a, an, the

Quantity
(Kuantiti)
one, two, three

Question
(Soalan)
am, is, are, has, have, had

Adjectives
(sifat nama)
hard, clean, nice

Adverbs
(sifat kata)
slowly, hardly, soundly

Prepositions
(kedudukan)
by, to, on, bottom, under

Action verb
(perbuatan fizikal)
tell, hit, eat

Non-action verb
(perbuatan bukan fizikal)
think, guess, begin, end

Command
(Arahan)
Do it


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
✨Tips essay nampak nice 👌

📌Present continuous
📌Past continuous
📌future continuous

jom kita cuba try bagi nampak nice skit just guna 3 tenses ni. 🤭

just tambah adjectives dan adverb

✅ Contoh adjectives:

Contoh kata sifat (adjective) adalah beautiful (cantik), old(tua),elegant (anggun), blue (biru), dan easy (mudah).

Selain itu, kata sifat juga boleh menerangkan kuantiti kata nama am seperti many, few dan hundreds.

✅ Contoh adverb:

Sangat sangat banyak:  Fully, highly, totally, absolutely, completely, excessively, intensely

biasanya memiliki akhiran -ly. Contoh adverb of manner yaitu badly, happily, sadly, slowly, quickly


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
📌Step kedua belajar tenses

✨ 12 tenses yang wajib dipelajari untuk mengarang essay

TOPIK HARI INI
✨present continuous
formula: Subject + am/is/are + (verb+ing)

✨past continuous
formula: Subject + was/were + (verb+ing)

✨future continuous
formula: Subject + Helping verbs (will + be) + Verb + ing


nanti sir akan ajar cara nak guna 3 tenses ni untuk bagi ayat lagi nampak mantap dan nice,

just tambah adjective dan adverb jugak 😃

stay tuned


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
✨cara penggunaan tenses supaya ayat awak nampak lebih nice dan padu.

✨tambah adjective dan adverb sahaja

'Tense' adalah satu sistem ejaan dalam bahasa Inggeris bagi satu tempoh masa dimana sesuatu perbuatan berlaku.

ada 12 tenses yang wajib kita belajar tapi hari ni saya akan ajar 3 basic tenses yang wajib awak fahami.


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Berkata 'bukan' ( pada masa lepas)

Berkata bukan (masa lepas) bermaksud berkata bukan dimana hal bukan itu berlaku pada masa dulu (telah lepas).

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya dulu bukan pelajar sekolah ini'. Ayat ini mengandungi frasa bahasa Melayu bukan (dulu). Ini adalah bentuk 'negatif

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud bukan (dulu) ialah :

1. 'Was not'.
2. 'Were not'.


- It was not necessary
- Ia bukan mustahak

(perkataan dulu boleh disenyapkan, bergantung kepada ayat awak)

- I was not the suspect on the last year robbery
- Saya bukan orang yang disyaki dalam rompakan tahun lepas itu

📌Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan perkataan 'was not', dia bermaksud hal itu adalah hal masa dahulu.

📌perkataan 'dulu' atau 'dahulu' boleh disenyapkan.


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
✨ Penggunaan Past participle
📚 Edisi 2,3,4 (Semua ada)

NAK MAHIR KARANGAN WAJIB TAHU TOPIK NI! JANGAN RISAU HARI NI AWAK AKAN FAHAM! 😃

IKUT FORMULA OK,

'Past participle' digunakan apabila kita menyatakan perkara yang sudah berlaku (present perfect, past perfect) seperti dalam ayat di bawah:

I have taken the vitamins since I was small. (present perfect tense - sudah berlaku dan masih berlaku)


I had taken the vitamins when I was young. (past perfect tense - sudah berlaku dan telah berakhir atau tidak dilakukan lagi)


🖍️Ingat 3 Benda ini:
present => past => past participle take => took => taken

Bila kita guna kedua-dua 'tense' di atas, maka kata kerjanya perlulah merujuk kepada lajur ketiga iaitu 'past participle!.


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Disini, 'had to' bermakna 'mesti' atau 'terpaksa'.

'Had to' digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
2. Masa : 'Past tense'. (Ia adalah 'past tense' bagi kedua-dua 'has to' dan 'have to').

Contoh:
- She had to practice English every day in last year
- Dia mesti berlatih bahasa Inggeris setiap hari pada tahun lepas


Struktur 'had to + be + ('past participle')' digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular' dan 'plural').
2. Masa : 'Past tense'. (Ia adalah 'past tense' bagi kedua-dua 'has to be' dan 'have to be').

Catatan :

- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.

Contoh:
- She had to be rescued
- Dia terpaksa/mesti diselamatkan


1. 'Never'

'Never' digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, we, you, they, these, those, plural'.
2. Masa : Present tense / past tense

- She never late
- Dia tidak pernah lambat

2. Struktur : (Objek) + 'has never' + ('past participle')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense'
3. 'Verb' (perbuatan).

- Ali has never received money from him
- Ali tidak pernah terima wang dari dia

3. Struktur : (Objek) + 'have never' + ('past participle')

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense'
3. 'Verb' (perbuatan).

- I have never seen him
- Saya tidak pernah nampak dia

4. Struktur : (Objek) + 'had never' + ('past participle')

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense
3. 'Verb' (perbuatan).

- I had never seen him before he came here
- Saya tidak pernah nampak dia sebelum dia datang ke sini


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Berkata 'tidak pernah'

Bezanya tidak pernah dengan belum pernah ialah dalam belum pernah ada jangkaan untuk sesuatu hal itu berlaku atau terjadi tetapi bagi tidak pernah, tiada jangkaan untuk berlaku atau terjadi.

Contohnya : Saya tidak pernah pergi ke England. Saya belum pernah pergi ke England.

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan/frasa yang boleh digunakan bagi menyatakan tidak pernah :

'Never'.
'Has never'.
'Have never'.
'Had never'.
'Has never been'.
'Have never been'.
'Had never been'.

Formula:
1. 'Never'
2. (Objek) + 'has never' + ('past participle').
3. (Objek) + 'have never' + ('past participle').
4. (Objek) + 'had never' + ('past participle').


Btw sir ada buka acc tiktok untuk Hq english clinic, boleh ke awak semua support dan follow account tu, sir bru nk mula post video dkt tiktok

Link ada kat bawah:

https://www.tiktok.com/@englishclinic.hq?_t=ZS-8rdYNzX5XdA&_r=1

Tiktok: englishclinic.hq

InshaAllah video-2 baru menanti awak semua ya..terima kasih kerana sudi support sir dari mula hingga sekarang
Alhamdulillah 😉✨

Saya sangat menghargai awak semua dan selalu mendoakan awak semua ☺️


Assalamualaikum , apa kabar semua, saya doakan batch 07 berjaya dalam exam spm tahun 2024, semoga paper bi awak semua dapat A+ ye...😉✨ apa-2 bgthu sy smada dalam group ataupun personal ya


study topik ni untuk padu essay awak, semua ada dalam buku sir, amik masa 3 hari cukup ✨


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
⭐️ Perbezaan 'Want to be' dan 'Wants to be'
📌 Edisi 2, page 147

kedua-2 bermakna mahu jadi.

🖍️FORMULA:
Struktur : (Objek) + 'want' + 'to be' + ('non-verb')

- Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
- Masa : 'Present tense'
- 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).

- I want to be a teacher
- Saya mahu jadi seorang guru

‼️ INGAT: bagi objek plural tak perlu tambah ‘s’ pada want

📌FORMULA:
Struktur : (Objek) + 'wants' + 'to be' + ('non-verb')

- Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
- Masa : 'Present tense'
- 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).

- He wants to be himself
- Dia mahu jadi dirinya sendiri

‼️ INGAT: bagi objek singular perlu tambah ‘s’ pada wants


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
⭐️TOPIK 'Want' VS 'Wants'.
🖍️Edisi 2, Page 147

🖍️FORMULA
(Objek) + 'want' + 'to' + ('verb').
(Objek) + 'wants' + 'to' + ('verb').


📌 Struktur : (Objek) + 'want' + 'to' + ('verb')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense'
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan(bukan benda atau objek).

- Ali and Abu want to visit Siti's grandmother
- Ali dan Abu mahu melawat nenek siti


4. Struktur : (Objek) + 'wants' + 'to' + ('verb')

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense'
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan(bukan benda atau objek).

- Ali wants to travel to North Pole
- Ali mahu melancong ke kutub utara


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
⭐️ 'Can be' bermakna boleh jadi

Struktur ini digunakan bagi :

Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Semua objek boleh menggunakan 'can'

Masa : 'Present tense' - Sekarang (keadaan boleh jadi atau boleh menjadi pada masa sekarang).


- He can be another Mohamad Ali
- Dia boleh jadi seorang lagi Mohamad Ali

- That can be my next novel
- Itu boleh jadi novel saya yang akan datang

📌 Perkataan 'be' boleh diikuti oleh 'non-verb', 'gerund', 'past participle' dalam 'Present tense'.


⭐️ Kombinasi 'be' + ('past participle') membentuk bentuk pasif yang boleh diterjemahkan sebagai boleh jadi di(pasif).

- Claims can be made later
- Tuntutan boleh dibuat kemudian

- It can be done
- Ia boleh dibuat

- Accidents can be avoided
- Kemalangan boleh dielakkan

📌 info lanjut: Edisi 4 , page 97


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
⭐️ Membezakan don’t dan wasn’t
🖍️Edisi 4 , Page 80

📌 Don't adalah ringkasan bagi 'do not'.

Don't bermakna 'ialah bukan' atau 'ialah tidak' tapi perkataan 'ialah' boleh disenyapkan.

Struktur penggunaan : (objek) + do not + (verb-infinitive).

- I don't speak English
- Saya tidak bercakap Inggeris

- You don't want to do that
- Awak tak mahu melakukan hal itu

✨ 'Don't' adalah bentuk negatif bagi 'do'.

📌 Wasn't adalah kependekan bagi 'was not'.

Wasn't bermakna 'ialah bukan' atau 'ialah tidak' tapi perkataan 'ialah' boleh disenyapkan.

Struktur penggunaan : (objek) + was not + (non-verb).

- He was not a coward
- Dia bukan pengecut

✨ 'Wasn't' adalah bentuk negatif bagi 'was'.

📌 info lanjut : Buka edisi 4 , page 80


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Hey everyone, I hope you're all doing well. Unfortunately, I haven't been feeling great for the past few months. I apologize for not being able to create any new videos for you all. Your prayers and support mean a lot to me, and I promise to do my best for you. Stay tuned for more updates! 😇


Assalamualaikum semua, sy minta maaf sebab kurang upload video disebabkan kurang sihat untuk bbrp bulan ni, inshaAllah sy akan buat comeback secepat mungkin, diharap smua mendoakan semoga saya diberi kekuatan dan lebih bersemangat .. inshaAllah sir akan upload video banyak-2 , awk smua just stay tuned ye 😊😊😊


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
📗 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝟮 - 𝗣𝗮𝗴𝗲 𝟵𝟭

📌 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗲𝗻𝘁 𝘁𝗲𝗻𝘀𝗲

🖍️ Berikut ialah beberapa struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'perbuatan lazim sekarang' ('present tense') :

1. Menggunakan struktur : (Objek) + verb

- He speaks softly
- Dia bercakap dengan lembut

🖍️ perkataan ‘verb’ tambahan s digunakan jika objeknya ialah 'singular', dan perkataan tanpa tambahan s digunakan jika objeknya ialah I, you, 'plural'.

2. Menggunakan struktur : (Objek) + 'do/does' + verb

- He does speak softly
- Dia bercakap dengan lembut

🖍️ Apabila perkataan 'do/does' digunakan, 'verb' hendaklah dieja dengan 'infinitive' (ejaan kata dasar). Tiada tambahan huruf 's' pada 'infinitive' samada 'objek' adalah 'I, you, singular, plural'.

Показано 20 последних публикаций.