Ekonomi Rakyat


Гео и язык канала: Узбекистан, Узбекский
Категория: Экономика


Saluran rasmi Ekonomi Rakyat di Telegram - Merakyatkan Pemikiran

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Узбекистан, Узбекский
Категория
Экономика
Статистика
Фильтр публикаций


Penyelidik ekonomi, Dr Zouhair Rosli berkata model rasionalisasi subsidi minyak yang dilaksanakan Iran pada tahun 2010 boleh dipertimbangkan untuk digunapakai di Malaysia

Beliau yang berucap di UKM berkata bahawa komunikasi penting untuk langkah rasionalisasi subsidi Kerajaan berjaya selain perlu memastikan rakyat mendapat bantuan tunai terlebih dahulu sebelum subsidi minyak ditarik




Ahli Parlimen BERSATU, Wan Saiful Wan Jan beri amaran kepada Vincent Tan agar tidak bermain politik susulan kenyataannya membidas Muhyiddin Yassin

Wan Saiful turut memanggil Vincent sebagai tauke judi mahakaya yang mendapat manfaat hasil pemberian spektrum 5G kepada U Mobile


Kumpulan perbankan terbesar Singapura, DBS Group dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia

DBS dilaporkan meneroka kemungkinan untuk mengambilalih pegangan Temasek di dalam Alliance Bank ataupun membeli operasi runcit Kuwait Finance House di M'sia


Bank Pusat Amerika Syarikat potong kadar faedah sebanyak 0.25% kepada 4.50%-4.75% bagi menyokong pasaran buruh negara berkenaan

Jawatankuasa Monetari jelaskan mereka kekal fokus bagi memaksimumkan penggunaan tenaga buruh disamping mengekalkan sasaran inflasi pada kadar 2%


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia dilaporkan membekukan beberapa akaun persendirian milik pengasas Fashion Valet, Fadza dan Vivy yang dilaporkan bernilai RM1.1 juta

11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah juga disita bagi membantu siasatan berkait pelaburan Khazanah & PNB


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 (3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri dalam perusahaan komersial ketika mengulas mengenai pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara

Beliau berkata demikian melalui hantaran Facebooknya dengan mendakwa muncul lagi kapitalis kroni di zaman pentadbiran PMX yang kebal dan tidak mudah disentuh


FashionValet Sdn Bhd (FV) dilaporkan sudah mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebelum menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 2018

Semakan akaun kewangan syarikat yang didapati menerusi SSM mendapati kerugian FashionValet Sdn Bhd (FV) meningkat lebih 60 kali ganda kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding hanya RM166,793 pada 2012. Malah, syarikat itu turut catat kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta pada tahun yang sama Khazanah dan PNB melabur dalam FashionValet


Singapore Airlines akan membelanjakan sekitar S$1.1 bilion bagi mengubahsuai kabin 41 kapal terbang A350 susulan kelewatan tempatan pesawat Boeing 777-9

Langkah ini penting bagi memastikan pengalaman penumpang terbaik dapat dikekalkan buat pelanggan Singapore Airlines


Maxis akan berhubung dengan S'jaya Komunikasi & Multimedia M'sia bagi memahami rasional di sebalik pemilihan U Mobile sebagai peneraju rangkaian 5G kedua negara

Kini pertimbang beberapa pilihan bersama pemegang taruh berkaitan pelaksanaan 5G


Perdana Menteri yang juga Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, arah Khazanah untuk melaksanakan audit dalaman terhadap kerugian pelaburan di dalam syarikat Fashion Valet

Langkah ini bagi memastikan setiap GLC mewujudkan tadbir urus yang lebih baik


Pengasas Fashion Valet, Fadza dan Vivy ambil tanggungjawab terhadap kegagalan pelaburan di dalam Fashion Valet

Jelaskan FV melakukan langkah perkembangan yang agresif apabila mengambil ramai pekerja dan membuka outlet fizikal dengan andaian perniagaan akan terus berkembang

Mohon maaf terhadap Khazanah dan PNB yang turut terpalit dalam kontroversi ini


KWSP kekal benarkan pengeluaran simpanan untuk tujuan Haji melalui Akaun II

Menurut jawapan di Parlimen, skim yang diperkenalkan sejak tahun 2013 tersebut tidak pernah mengalami perubahan dasar dan telah memanfaatkan 6,070 ahli KWSP dgn jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta


Parlimen dimaklumkan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad rugi hampir RM44 juta melalui pelaburan di Fashion Valet

Khazanah & PNB masing² melabur RM27 juta dan RM20 juta di dalam FV

Saham tersebut telah dilupuskan kepada NXBT Partners pada harga RM3.1 juta


Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berkata pengelasan pendapatan T15 masih belum diputuskan lagi

Jelaskan jika golongan berpendapatan kurang dari RM12,000 tidak mampu membayar harga tanpa subsidi, Kerajaan akan tetapkan had ambang penyasaran subsidi melebihi RM12,000 sebulan


Gabenor Bank Negara, DS Abdul Rasheed berkata Malaysia diunjurkan berkembang diantara 4.8% hingga 5.5% pada tahun ini, lebih tinggi berbanding jangkaan awal sekitar 4%-5%

Beliau berkata demikian ketika ditemubual CNBC sewaktu menghadiri mesyuarat tahunan IMF di Washington DC


Empat negara ASEAN, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand dianggap sebagai negara rakan BRICS yang merupakan blok organisasi antara negara yang yang menjalankan 1/5 perdagangan global

Pengumuman tersebut dilakukan oleh BRICS ketika sidang kemuncak BRICS di Kazan, Rusia


Starbucks terus alami penurunan jualan setelah prestasi kewangan terbaru menunjukkan hasil Starbucks susut 3% kepada $9.1 bilion

CEO Starbucks, Brian Niccol berkata mereka akan turut memberi fokus kepada semua pelanggan Starbucks dalam merangka strategi baru mereka


Tabung Kewangan Dunia jangka ekonomi global mengembang 3.2% untuk tahun 2024 dan 2025

Ramal ekonomi Malaysia meningkat 4.8% dan 4.4% dalam tempoh yang sama dengan inflasi dianggarkan pada kadar 2.8% dan 2.5%


Anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan KDNK Malaysia dianggarkan berkembang 5.3% pada suku ketiga 2024, lebih tinggi berbanding 5.1% pada tahun sebelumnya

Peningkatan aktiviti ekonomi dipacu oleh kesemua sektor kecuali perlombongan dan kuari

Показано 20 последних публикаций.