Doa Memohon Kebaikan di Dunia dan di Akhirat
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka”.
Surah al-Baqarah: 201
- Bagi sesetengah kita, mungkin selalu dengar imam membaca doa ini selepas solat. Doanya pendek sahaja, tetapi maknanya besar sekali. Doa yang pendek ini merangkumi segala aspek kehidupan kita.
- Segala permintaan kita seperti murah rezeki, dapat jodoh yang baik, diberi kesihatan, dapat balas jasa mak ayah, dapat masuk syurga, diberi kekuatan untuk beramal soleh, diampunkan dosa, semua ini terkandung dalam "kebaikan di dunia dan akhirat".
@sisQuote🧚♀