Istilah 'anak derhaka' dah terlalu femes kan kita dengar?
Bagaimana pula dengan istilah 'ibu bapa derhaka'? Wujud ke? Mestilah wujud..
Kita tahu anak derhaka ni yg x taat pada perintah ibu bapa, yg x hormat ibu bapa, yg biadap dengan ibu bapa, yg mengasari ibu bapa.. Erti kata lain yg buat buruk dengan ibu bapa..
So apa plak makna ibu bapa derhaka?
Mereka yg x tunaikan hak anak.
Apa itu hak anak?
🌀didikan agama yg sempurna
🌀kasih syg yg sempurna
🌀tidak dizalimi mental dan fizikal
🌀diajar mengenali Allah dan Nabi
🌀diberi mainan makan minum pakaian tempat tinggal yg secukupnya
🌀dilindungi dari sebarang kecelakaan
🌀diberi sokongan moral
🌀mendapat perhatian yg sempurna
🌀tidak dimarahi tanpa sebarang usul periksa
🌀diberi hak bersuara selagi x langgar syariat
🌀ditegur tentang solat, pakaian
🌀rawatan perubatan
🌀dijga tangki emosi
Ini adalah antara hak anak yg perlu ditunaikan oleh ibu bapa.. Ada bnyak sebenarnya bila melibatkan anak, ibu bapa yg perlu ketahui lanjut ✌🏼
Kita tanya pada diri kita, sebagai ibu bapa, apakah kita tunaikan kesemua hak anak? Apakah kita buat sambil lewa sahaja?
Ibu bapa, terutama diri Kak Ad dan suami, marilah sama sama kita koreksi diri kita dahulu.. Semak semula apakah setiap anak anak kita diberi hak yg sempurna? Ditunaikan segala permintaan selagi x langgar syariat?
Usah biarkan anak anak rosak masa hadapan dengan melihat institusi keluarganya yg runtuh.. Kita mesti bina institusi keluarga yg kuat agar terjamin masa hadapan anak anak..
Kak Ad menyeru pada semua ibu bapa, usah kita biarkan diri kita digelar ibu bapa derhaka 😰...
Tunjukilah contoh yg baik, kerana sesungguhnya kita adalah acuan terbaik buat anak anak..
Usaha sebaik mungkin dalam memberi yg terbaik buat anak anak ya..
_Kak Ad_
16/8/19
Masih bertatih menjadi parent yg terbaik
@kakadthesilentdaie