Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan


Channel's geo and language: Uzbekistan, Uzbek
Category: not specified


Resepi Moden, Tradisi, Mudah, Luar negara, Menu sihat. Dekorasi. Tips Dapur. Seni Pastri
REVIEW @PaidReviewPentagon_bot
JOM JOIN
@DearHati @GayaSihatCantik
@AlauyahCraft @SemuanyaMurah
@LantakAhh @BercakapDenganJin

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Uzbekistan, Uzbek
Category
not specified
Statistics
Posts filter


●  Wahai orang-orang yang beriman, hakikat kemuliaan dan keagungan yang abadi ialah ketika seseorang mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

●  Hakikat kemulian ialah ketika seseorang mampu bersama Nabi Muhammad SAW.

●  Orang yang tidak mendapatkan hal tersebut maka ia adalah orang yang hina, rendah, tidak terhormat, meskipun dijuluki didunia sebagai Pemimpin, ahli filsafat, intelektual.

●  Allah SWT berfirman :

وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ

●  "Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (QS:Alhajj 18)

●  Ya Allah muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan.

(Al Habib Umar Bin Hafidz)

....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://t.me/mutiarakataMKH
❤️


Hilangkan Bau pada pengisar
#tipsDapur

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


BISKUT SUJI KRISTAL
Resipi : Chef Asma
🌻🌻🌿🌻🌻🌿🌻🌻

Bahan A (diayak bersama)
🍃🍃🌷🍃🍃🌷🍃🍃
250gm tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh baking soda


Bahan B
🌷🍃🌷🍃
125gm gula icing

1/8 sudu teh garam

100gm badam kisar (dipanggang)

1/2 sudu teh perisa vanila

200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Pewarna : Pink, hijau dan kuning

Hiasan : Gula Kaster

🌿🌿🌿🌿
Cara-cara :
🌷🌷🌷🌷

1. Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada 10gm setiap doh.

4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.

5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


ASSALAMUALAIKUM SEMUA??? Anda tau tak? Ada yg menarik di @anekajualanmkhbqi kerana

PELBAGAI JENIS BARANGAN KEPERLUAN yang tersedia di sini.

✅ HARGA MURAH
❤️ banyak PILIHAN
💰 Lebih JIMAT
📮 proses KIRIMAN yang SELAMAT
💳 urusan PEMBAYARAN yang mudah

Jom join sini
👇👇💙👇👇
https://t.me/anekajualanmkhbqi
.


Cucur Badak
----------------
Bahan-bahan:
Untuk inti:
---------------

½ biji kelapa parut

100 gram udang kering (rendam dan kisar)

1 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

7 tangkai lada merah

1 cm halia

1 batang serai

1 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu makan gula

½ sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak


-----------------
Untuk doh:
-------------
250 gram keledek (rebus dan lenyek)

3 ½ sudu makan tepung gandum

½ sudu teh garam

½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

-------------
Cara-cara:
Untuk inti:
------------

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.

2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

--------------
Untuk kuih :
--------------

1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Video - #dekorasi kek gunakan icing.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Nasi lemak tanpa santan

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


KUIH LAPIS TEPUNG UBI( loyang 6")

1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah ros


1 Campur tepung ubi,tepung gandum,gula,garam dan santan.Kacau dan tapis.

Sukat dengan cawan atau senduk semua adunan supaya boleh agak berapa lapisan
( x sukat pun x apa kerana kita xlapiskan selang seli...)

2. Bahagikan 3 bahagian..
Warna hijau dan putih boleh sama bnyak atau nak lebihkan hijau pun boleh.
TAPI warna merah anggaran untuk 2 lapis sahaja.

3. Panaskan kukusan dan kukus loyang kosong 5 minit supaya loyang panas..

- Kemudian tuangkan anggaran 1 senduk adunan putih supaya dapat lapisan yang nipis sahaja..

- Kukus anggaran 2 minit..

- Tuang lagi 1 senduk lapisan putih dengan sukatan 1 senduk yang sama supaya lapisan sama tebal..

- Buat hingga adunan putih habis.

4. Bila adunan putih habis,ulang dengan lapisan hijau pula sesenduk demi sesenduk hingga adunan hijau habis...

5. Akhiri dengan 2 lapisan merah..
Untuk lapisan merah terakhir ,tambah masa mengukus menjadib10 minitvsupaya semua lapisan masak sempurna..

6. Angkat dan biar pada suhu bilik.

* Jika mahukan cepat dimakan,rendam dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya..

Kuih Lapis Tepung Ubi ini,ketika suam- suam kuku sudah boleh dipotong dengan cantik..

7. Longgarkan tepi2 loyang dan dengan hati2 keluarkan dari loyang supaya mudah naknpotong dengan cantik..

8. Gunakan pisau plastik supaya potongan kuih tidak melekat dan dan menjadi kemas..

9. Kuih Lapis yang menjadi,akan dapat di tarik selapis selapis..

*Jika tiada pisau plastik..sapu pisau dengan minyak untuk membelah kuih lapis ini..

Kemudian gunakan BENANG untuk potong menjadi kepingan nipis..

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


KUIH LAPIS TEPUNG UBI.

Macam yang mak aku buat ni ada 15 lapis yang nipis- nipis..
5 lapisan putih..
8 lapisan hijau...
2 lapisan merah..


CHEESE KEK MELELEH

UNTUK KEK
Bahan-bahannya :

100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baiking powder*
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk ( air dari peti ais)
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila (MA tambah)

Cara Membuatnya :
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda *
Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair.

Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit.

(MA bakar dengan suhu 150'C selama 30 minit..kemudian dengan suhu 170'C selama 20 minit....kepanasan ini bergantung pada oven masing2)

Cara MA :

Mixkan telur, gula serta ovelette - pukul sampai kembang....kemudian baru masukkan tepung & air...... kacau pakai senduk jerk, jangan pakai mix.....agak2 tepung telah tergaul semuanya baru mixkan sebentar jerk supaya tepung sebati & smooth.



UNTUK CREAM
Bahan-bahannya :

250g cream cheese (MA guna cream cheese philadelphia)
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream (MA tambah 50ml lagi...untuk mencairkan creamnya lagi -pilihan)
*Mix semua bahan di atas hingga sebati, adunan ini memang cair.


UNTUK HIASAN:**
1 buku (250g ) cheddar cheese - diparut


Cara Penyediaannya :
Kek yang masak tadi disejukkan dahulu, kemudian dibahagikan 2 keping. Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuangkan semua baki cheese tadi diatas kek.

Parutkan cheddar cheese ke atas kek. 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


CHEESE KEK MELELEH
👇resepi kat bawah


Biskut Suji Almond Raya
🍃🍃🍃🌺🍃🍃🌺🍃🍃🍃
Bahan-bahan : 

150 Gram - Mentega

30 Gram - Minyak Sapi

80 Gram - Gula Kaster

1/2 Sudu Kecil - Esen Vanilla

50 Gram - Serbuk Badam

60 Gram - Tepung Suji

220 Gram - Tepung Gandum

1/4 Sudu Kecil - Serbuk Penaik


Hiasan : Kuning telur dan badam 

🍁🍁🌻🌻🌻🍁🍁🌻🌻🌻
Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Suji Almond Raya
🍁🍁🍁🌻🍁🍁🌻🍁🍁🍁

Sebatikan bahan seperti mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.

Kemudian masukkan pula bahan seperti tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.

Campur semua bahan tadi dalam satu bekas dan uli lembut adunan tersebut.

Ratakan dengan pengelek lepas tu, terap dengan acuan bulat.

Sapukan kuning telur dan taburkan pula untuk hiasan dengan badam nib.

Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Cara Buat Maruku
🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Bahan-Bahan:
🌻🌻🌻🌻🌻🌻

1 bungkus tepung muruku – digoreng tanpa minyak
2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
3 sudu besar marjerin atau minyak sapi – cairkan
Santan secukupnya

🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Cara Membuat:
🌸🌸🌸🌸🌸🌸

1. Masukkan tepung muruku,bijan,jintan manis,rempah kari daging,soda bikarbonat serta garam dalam mangkuk besar dan gaulkan hingga sebati.

2. Kemudian masukkan marjerin atau minyak sapi yang telah dicairkan. Gaulkan adunan sehingga sebati.

3. Buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

4. Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan tekan acuan dan keluarkan doh secara berbentuk lingkaran.Ulang sampai doh habis.

5. Panaskan minyak dalam kuali,apabila betul2 panas..masukkan maruku dan goreng hingga keperangan.

6. Angkat dan toskan.Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

T.me/ResepiDuniaMasakan


●  Wahai orang-orang yang beriman, hakikat kemuliaan dan keagungan yang abadi ialah ketika seseorang mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

●  Hakikat kemulian ialah ketika seseorang mampu bersama Nabi Muhammad SAW.

●  Orang yang tidak mendapatkan hal tersebut maka ia adalah orang yang hina, rendah, tidak terhormat, meskipun dijuluki didunia sebagai Pemimpin, ahli filsafat, intelektual.

●  Allah SWT berfirman :

وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَآءُ

●  "Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (QS:Alhajj 18)

●  Ya Allah muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan.

(Al Habib Umar Bin Hafidz)

....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://t.me/mutiarakataMKH
❤️


Koleksi Resepi Nutella Pod Cookies by Hanalicious 🤪

Bahan2:
380g tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
50g serbuk hazelnut
250g mentega
220g gula pasir halus
1 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Acuan muffin kecil - di gris
1 botol nutella

Cara2:
1) Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder. Satukan dengan serbuk hazelnut.
2) pukul mentega & gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur & esen vanilla. Putar rata.
3) masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
4) bulatkan doh 25g, tekan ke dalam acuan.
5) bakar suhu 170 darjah selama 10-15 minit.
6) keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan.
7) bakar semuka selama 5 minit.
😎 sejukkan dahulu sebelum di paipkan nutella di tengahnya. Hias ikut suka..

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


ASSALAMUALAIKUM SEMUA??? Anda tau tak? Ada yg menarik di @anekajualanmkhbqi kerana

PELBAGAI JENIS BARANGAN KEPERLUAN yang tersedia di sini.

✅ HARGA MURAH
❤️ banyak PILIHAN
💰 Lebih JIMAT
📮 proses KIRIMAN yang SELAMAT
💳 urusan PEMBAYARAN yang mudah

Jom join sini
👇👇💙👇👇
https://t.me/anekajualanmkhbqi
.


#dekorasi idea utk hias kek butter

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Kek Gulung Kasih
🍰🍰🍰🍰🍰🍰🍰
bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak)

1 sudu besar susu tepung

3 biji telur A

60 g gula kastor

60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu kecil ovalette

Pewarna merah, hijau dan kuning

🌺🌺🌺🌺
cara-cara :
🌺🌺🌺🌺

Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll.

Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 

Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 

Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 



20 last posts shown.