▓▒░ 𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗺 ░▒▓ 👻


Kanal geosi va tili: O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Follow Tiktok ktrg - http://tiktok.com/@cerita_seram26
Blh request movie seram kat group Sembang Cerita Seram @ join je discussion k

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🔞

FULL MOVIE : PEMANDI JENAZAH

AMARAN :

FILEM INI MENGANDUNGI JUMP SCARED.


PEMANDI JENAZAH

Sinopsis:
(Berdasar cerita benar)
Lela (Aghniny Haque), ialah anak dari pada ibu Siti.. ibu Siti punyai pekerjaan sebagai mandi mayat (Pemandi Jenazah) di sebuah kampung di jawa timur. Lela pun kena didik ibu dia cara mandikan mayat dan berpesan rahasiakan bila ada benda2 aneh2 yang terjadi pada mayat pada keluarga mayat.

Pada suatu hari ibu Siti meninggal secara misteri... Lela yang bersedih ingin mandikan mayat ibunya sendiri untuk pertama kali.. ketika Lela melakukan "Pemandian Jenazah" muncullah banyak keanehan macam keluar kawat dari dalam tubuh ibunya...

Selepas kematian orangtuanya, kini Lela menjadi seorang Pemandi Jenazah di kampungnya dan tak lama selepas kematian ibu siti, banyak ibu-ibu dekat kampung yang mati.. apa yang menakutkan ialah setiap melakukan Pemandian Jenazah, Lela menjumpai belbagai benda2 aneh macam mata tak boleh tertutup, mayat yang bergerak2, banyak lagi.

Saksikan filem ini untuk mengetahui kesudahan nya.

@cerita_seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🔞

TARING HUTAN DEDEMIT

@cerita_seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Dia meminta tolong.....

@cerita_seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🔞

SIKSA KUBUR

@cerita_seram


FILEM : SIKSA KUBUR

Sinopsis :-

Sita adalah seorang remaja apabila dia menyaksikan ibu bapanya meninggal dunia akibat pengeboman berani mati atas nama agama. Dia kemudian menghabiskan hidupnya untuk mencari orang yang paling jahat, dan apabila mereka mati dia akan menguburkan dirinya dengan orang itu, untuk membuktikan bahawa hukuman dalam kubur yang disebut oleh agama tidak wujud maka agama itu tidak benar. Tetapi akan ada akibat buruk bagi mereka yang tidak percaya.


Pada anda yang belum tahu...

@Cerita_Seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🔞

PEE NAK 4 : FULL MOVIE.

@cerita_seram


Nada suara wanita itu jelas kehairanan dengan apa yang berlaku. Kami saling kehairanan dan tertanya-tanya.

Menurutnya, dia dan Aznina agak rapat dan arwah sering berkunjung ke rumahnya. Boleh dikatakan rumahnya ibarat rumah kedua arwah.

Aku terjelepuk dipalit kebingungan. Lemah terasa seluruh sendi dan anggota badan. Macam tak percaya apa yang ku dengar.

Hakikatnya, pengalaman misteri yang aku lalui ini cukup sulit untuk diperincikan. Mungkin ada yang percaya dan pastinya ramai yang mendakwa ia cuma ilusi dan fantasi ku namun ia adalah kisah benar yang menguji keimanan ku. Aku pasrah.

Al Fatihah ku sedekahkan untukmu Nina. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu. Damailah kau di sana...

End.


Tapi Nina ni pun, duk tengah mesra macam ni, cerita bab hantu jugak yang dia tanya! Potong stim betul...

Kiranya manja dan peramah serta mesra alam jugaklah si Nina ni. Aku ni lemah betul kalau kenal atau jumpa gadis-gadis manja dan peramah cenggini. Rasa macam nak jatuh hati je!

Makin tengah malam makin rancak pula perbualan kami. Ada sahaja topik yang kami bualkan. Nina pun bukan main lagi melayan aku. Mungkin sebab aku ni kuat loyar buruk agaknya maka dia asyik ketawa je.

Hilang mengantuk aku bila dengar suara manja Nina. 2 jam berdiri di pondok telefon awam langsung tak rasa penat. Nina punya pasal sanggup!

Namun setiap permulaan pasti ada endingnya. Dalam keterpaksaan, kami terpaksa memutuskan perbualan. Maklum sahajalah dah dinihari. Tak apa, esok masih ada!

Dalam perjalanan pulang sambil menunggang motosikal cub Yamaha CDI, aku teringat pertanyaan Nina sama ada aku pernah jumpa hantu.

Seram pulak aku bila teringat hantu-hantu ni. Dahlah jalan menuju ke rumahku gelap gelita dan jauh dari jiran. Meremang jugak bulu roma ku! Jangan ada hantu yang muncul tiba-tiba depan aku dah la!

Malam Kedua

Tengah malam tu, aku dah tercegat depan pondok telefon berbekalkan segenggam duit syiling untuk berbual dengan Nina.

Macam bercinta pulak kami berdua. Maklum sahajalah baru kenal. Tu belum tengok wajah Nina lagi. Kalau ikutkan ceritanya, Nina ni cantik jugak orangnya. Aku memang minat gadis kecil molek macam Sheila Majid tu! Tambah pula yang manja macam Nina ni. Jadi aku anggap Nina ni macam Sheila Majid!

Nina teringin nak jumpa aku tapi kami baru kenal. Jarak Seberang Takir dengan lokasi aku ni kurang lebih 90km jugak. Lagipun bagi aku terlalu awal untuk kami bersua muka. Biarlah kami bina ikatan perhubungan ini jadi lebih kukuh dan mesra. Dah ok nanti hari-hari jumpa pun tak apa! Dah jumpa nanti takut tak nak berenggang pulak! Parah tu...

Malam tu kami berbual panjang. Nina sekali lagi bertanyakan tentang kerjaya ku dan kisah-kisah misteri yang pernah aku hasilkan dan disiarkan di majalah. Aku sebenarnya kurang selesa berbual kisah seram malam-malam begini. Aku bukannya penakut cuma tak cukup berani je!

"Penakut betullah abang ni, jangan-jangan hantu yang takutkan abang kot sebab abang gatal sangat," usik Nina sambil ketawa mengekek-gekek. Geram pulak aku dengar ketawanya tu.

Tapi aku perasan malam ni suara Nina tak macam semalam. Tak berapa nak manja. Agak serak dan garau. Mungkin tak sihat agaknya. Bila ku tanya katanya ok je. Tapi memang aku perasan ada sesuatu yang tak kena. Ahhh...mungkin mainan perasaanku saja.

Jam dah 1 pagi. Aku pun dah mula menguap. Lantas aku permisi kerana embun jantan mula menitis.

"Hati-hati ye bang, jangan ada yang tumpang motor abang pulak nanti. Bawak motor tu elok-elok tau," pesan Nina sambil ketawa mengekek.

Ishhhh...Nina ni suka betul menyakat aku! Nina... Nina.....Nanti kau!

Malam Ketiga

Seperti yang dijanjikan, aku telefon Nina untuk menyambung kemesraan kami. Tak puas berborak semalam.

Suara wanita menyambut panggilanku. Bukan suara Nina. Wanita tersebut berasa hairan apabila aku bertanyakan tentang Nina dan dia menjelaskan bahawa tiada gadis bernama Aznina tinggal di rumah itu.

"Tapi baru semalam saya berbual dengannya. Memang tak salah lagi nombor telefon rumah inilah,"ujarku.

"Semalam rumah ni kosong tiada orang. Saya dan suami saya baru je balik ke rumah ni. Mustahil," jelas wanita itu.

Aduhhh...Habis tu aku berbual dengan siapa semalam dan malam kelmarin? Fikiranku mula menerawang yang bukan-bukan. Aku pulak yang jadi hairan. Seram pun ada!

"Kalau betullah awak bercakap dengan Nina semalam, saya memang ada sepupu bernama Aznina tapi dia dah tiada."

"Maksud Cik, dia dah meninggal?" Keterkejutan melandaku.

"Yer, sebenarnya saya dan suami baru pulang dari kenduri tahlil arwah Nina di rumah makcik saya (ibu Nina)." Jelasnya.

Wanita berkenaan menjelaskan Aznina terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di lokasi kejadian ketika dalam perjalanan ke kafe siber kira-kira 40 hari yang lalu.


🔴 MALAM TAHLIL NINA BALIK...
> tiga malam yang penuh misteri

Oleh: Zackusa Trg

Mukadimah:

INI KISAH BENAR! Pengalaman misteri yang aku alami ini berlaku pada tahun 2002 ketika pulang bercuti ke kampung ku di Terengganu.

Kisah benar ini mungkin ada sedikit tokok tambah dari segi penceritaan untuk disesuaikan dengan jalan cerita namun ia tetap menghantui sehingga kini.

Untuk mengetahui apa yang berlaku, ikuti cerita ini hingga ke penghujungnya.

*

Ketika itu aku memang ketagih dan gigih dengan perbualan@sembang maya atau chatting di komputer. Biasanya setiap kali aku ke kafe siber, jika tiada urusan kerja, aku akan join mIRC (Internet Relay Chat).

mIRC sangat popular waktu itu. Generasi sekarang mungkin tidak pernah mendengar atau melalui era mIRC. Setiap kali chatting aku sering masuk grup/cenel #senior, #veteran, kadang grup bola atau grup negeri tapi cenel yang paling aku suka masuk adalah #janda!

Tak perlulah aku huraikan satu persatu tentang chatting atau mIRC ni. Kalau korang nak tahu korang Google la sendiri.

Malam itu selepas jemu melayari internet, aku pun join cenel #Terengganu. Mata ku cekal menatap skrin komputer sambil jari jemari lincah mencari Nick/nama yang aku nak berbual. Biasanya aku cari Nick perempuanlah, cari Nick jantan buat apa!

Mataku terpana pada satu nama > Niena_G. Tanpa membuang masa pantas saja aku klik nama tu dan terus menghulurkan salam perkenalan. Alhamdulillah salam ku bersambut. Dipendekkan cerita yang tak panjang maka aku dan Niena_G pun berbual bermacam-macam perkara. Semestinya tentang peribadi dan fizikal masing-masing sebab tak dapat melihat wajah.

Dipendekkan cerita, Niena_G ni tinggal di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Berumur 20 tahun dan masih single serta available... Berkulit kuning langsat dan berambut paras bahu. Tinggi lebih kurang 155sm. Kiranya gadis ni kecil molek orangnya. Tengah tunggu result STPM.

Nama penuhnya Aznina tapi bintinya aku dah lupa. Maklumlah dah 22 tahun perkara ini berlaku. Selepas ini aku akan menggunakan ganti nama Nina dalam penceritaan seterusnya.

Aku ceritakan secara detail tentang fizikal Nina ni supaya pembaca dapat bayangkan macamana orangnya.

Borak punya borak punya borak akhirnya aku dapat juga nombor telefon rumah Nina. Sedar tak sedar dah 2 jam kami berchatting. Tak puas berbual di mIRC, malam tu aku telefon Nina. Nina tak ada telefon bimbit jadi aku telefon ke rumahnya. Tahun 2002 tu tak ramai yang memiliki telefon bimbit sebab harganya agak rare juga! Starter pack prepaid pun dah beratus ringgit harganya!

Disebabkan Nina ni tengah tunggu keputusan peperiksaan STPM, jadi dia ada banyak masa yang terluang. Aku beritahu Nina tentang kerjaya ku sebagai wartawan akhbar dan majalah. Nina nampaknya tertarik dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia kewartawanan.

Sebenarnya ketika itu, aku ada buat kerja sambilan/part time di sebuah syarikat penerbitan. Tulis cerita misteri/seram/hantu. Boleh dikatakan 70% cerita yang kugarap adalah rekaan semata-mata. Hidup di kota besar kenalah rajin cari ongkos sara diri. Lagipun part time aku tu tak membebankan pun.

"Abang pernah jumpa hantu?" Tiba-tiba terpacul soalan dari Nina.

"Tak pernah lagi tapi setakat meremang bulu roma, bulu tengkuk tu biasa", jawab aku lurus bendul.

"Agaknya kalau jumpa hantu, abang lari tak?" Soal Nina lagi.

"Mestilah lari, takkan abang nak tunggu pulak", balas ku dengan penuh keyakinan.

"Kalau Nina jadi hantu, abang nak buat macamana?" Soalnya lagi.

"Abang bawak Nina balik rumahlah," jawab ku mula menggatal.

"Amboi gatal jugak abang ni ye...hihihi". Terdengar hilaian ketawa manja Nina di hujung sana. Aku ikut ketawa.

Kata Nina, dia suka baca cerita seram dan menonton filem seram dan seram. Maknanya kita sejiwa lah Nina...

Malam tu kami bersembang macam-macam. Punyalah banyak cerita dah macam takde hari esok! Aku ikut ketawa dengar celoteh Nina. Mesra sungguh gadis ni. Baru kenal 2 jam tapi macam dah kenal 2 tahun. Malam gelap pekat dan sunyi sepi itu terasa begitu hidup dek kemesraan kami.


Malam pertama nina balik.

Sumber : Facebook Zackusa Trg
https://www.facebook.com/share/p/WH66hdtYmqbhL6JA/?mibextid=A7sQZp


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Thagut (2024) 480p.CAM


PG 13.

THAGHUT FULL MOVIE


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Berkenaan filem viral VINA : SEBELUM 7 HARI (KISAH BENAR).

Rakaman ini sempat di ambil oleh warga setempat di cirebon indonesia, dikatakan roh arwah vina merasuki badan kawan rapat vina, wallahualam hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Dalam rakaman ini menceritakan apa yang berlaku kepada arwah vina & kekasihnya, Eky. Admin harap semoga dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat semua.

@Cerita_Seram




Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
Penampakan hantu india. Lokasi Jalan Dalam Kapar - Jeram.

#entiti
#ceritaseram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🎥 Pamali (2023)

@Cerita_Seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
🎥 Suster Keramas 2 (2011)

@Cerita_Seram


Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
‼️🔞 Siksa Neraka (2023) 🔞‼️ Indo/English subtitle

@Cerita_Seram

20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.