Resepi dan tips dapur di t.me/ResepiDuniaMasakan


Kanal geosi va tili: O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa: ko‘rsatilmagan


Resepi Moden, Tradisi, Mudah, Luar negara, Menu sihat. Dekorasi. Tips Dapur. Seni Pastri
REVIEW @PaidReviewPentagon_bot
JOM JOIN
@DearHati @GayaSihatCantik
@AlauyahCraft @SemuanyaMurah
@LantakAhh @BercakapDenganJin

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Kanal geosi va tili
O‘zbekiston, O‘zbekcha
Toifa
ko‘rsatilmagan
Statistika
Postlar filtri


RENDANG HIJAU

Bahan-bahan:

Seekor ayam @ sekilo daging
2 genggam cili api (warna hijau je)
2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
6 btg serai
1 inci halia
Blend semua dengan sikit air jadikan pes

Santan (1 biji kelapa)
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar kerisik
3 asam keping
Garam, gula & bahan perasa

Cara-cara:

Tumiskan pes tadi minyak agak-agak la... dah kering sikit masukkan daun limau... pecah minyak masukkan ayam @ daging bersama asam keping.. dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik.. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.. Taburkan hirisan daun kunyit. Siap! 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Ya Allah ya Tuhanku,

Perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku;

Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku;

Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku.

Jadikanlah Ya Allah kehidupan ini mempunyai nilai tambah bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala kejahatan.

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Aamiin ya Allah...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib
🤲


....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://t.me/mutiarakataMKH
❤️


Biskut Peanut Butter
.
Bahan-bahan:
.
- 125 g butter
- 1/2 cawan gula castor
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 st esen vanila
- 1 biji telur B
- 1/2 cawan mentega kacang
- 2 cawan tepung gandum( kurangkan@lebihkan ikut keperluan.
- 1 st soda bikarbonat
- 1/2 st garam halus
.
Cara-cara:
.
- Pukul butter,gula castor,gula perang & telur.
- Masukkan vanila.
- Masuk garam & mentega kacang.
- Dh rata masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
- Blh la di canai & dibentuk mengikut kreativiti masing-masing.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


APA KHABAR SEMUA??? Uols tau tak? Ada yg menarik di @anekajualanmkhbqi kerana

PELBAGAI JENIS BARANGAN KEPERLUAN yang tersedia di sini.

✅ HARGA MURAH
❤️ banyak PILIHAN
💰 Lebih JIMAT
📮 proses KIRIMAN yang SELAMAT
💳 urusan PEMBAYARAN yang mudah

Jom join sini
👇👇💙👇👇
https://t.me/anekajualanmkhbqi
.


Cempedak goreng rangup
.
Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat utk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain2. Tauhu bergedil jualan sy pon sy buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk👍
.
Bahan-bahan:
.
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair
.
Cara-cara:
.
1. Bancuh semua bahan2 dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
.
Kredit: Haslinda Tolib 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


CHANNEL NAK DIJUAL

@LantakAhh Dgn @OhMyQuotes
1 channel RM120
2 channel RM200


@DearHati RM150


Berminat terus dm Cik aLyah
@CikAlyah
.


Si punten & sambal ijo 😍

cara masak:
♡ 1 cwn beras dibasuh bersih.. rendam semalaman utk jimatkan masa memasak.. kalau x smpt.. 4 ke 5 jam pun ok.. nak msk trus pun boleh..
♡ 3 cwn santan (🌹 campur 2 cwn air + 1 cwn santan pekat)
♡ 3 helai daun pandan dikoyak sikit n simpulkan
♡ 1sk garam & secubit gula
♡ 1sb myk @ 1 sb planta
~>♡ campur smua bahan2 kat atas tu.. msk mcm kita msk nasi biasa
~>♡ sesekali kacaukan nasi agar ianya masak rata..
~>♡ bila dah tanak.. tumbukkan nasi guna cwn ke anak lesung yg dbngkus plastik.. mcm kita buat nasi impit cara traditional tu
~>♡ bila dah siap tumbuk.. standby la jari jemari utk mengepal jadi bentuk mcm gambo tu..🌹 buat depan kipas.. so dpt meredakan kepanasan 😅😅.. jgn lupa pakai glove plastik utk kebersihan..
~>♡ dah siap.. mkn la cecah dgn sambal ijo ke smbal tumis merah nasi lemak tu pun sedappppp...
tips; utk sukatan 1 ; 3 ni.. punten jadi sdg elok.. x keras n x lembik sangat.. lembut jer wlupun dah sejuk.. dan sukatan ni boleh dpt lbih kurang 25 biji.. ikut saiz uols buat..

S A M B A L. I J O 🌹

cara masak ;
- panaskan minyak.. agak la kuantiti utk sambal byk mna uols nak... Tumiskan segenggam ikan bilis.. sampai garing eh...
- Masukkan bawang besar yg dihiris.. tumiskan hingga wangi.. n bawang layu..
- Masukkan pula cili padi + belacan yg telah dikisar... #tumisreneh bahan2 ni hingga cili berubah warna gelap. Ini tips penting ya..untuk mengelakkan sambal rasa pahit.. perubahan warna menandakan cili dah agak masak..
- selepas tu barulah Masukkan bwg putih + bwg merah ros + udang kering + ikan bilis... Yg telah dikisar.. Then tumiskan lagi.. sampai semua nampak masak sebati..
- Masukkan gula perang secukupnya.. kalau x de boleh je guna gula putih.🌹share resepi ikut bhn guna ye 🙂.. biarkan gula berkaremal.. baru kacau lagi..
- Masukkan pula asam jawa.. agak2 untuk seimbangkan rasa pedas tu.. boleh masukkan air sikit2... Nak tambah perasa tambahan pun wktu ni.. 🌹tambah maggi secukup rasa ...
- Renehkan sambal ni smpi cukup masak.... Tambahkan garam d akhir masakkan.. 🌹 guna garam bukit pink.. siapppp...
.
Kredit Mawar Alina 
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Apam comel ( polkadot)

Bahan-bahan

4 biji telur gred A (dari peti sejuk)
280 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair ( dari peti sejuk)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna
filling blueberry/ strawberry
Paper cup

Cara-cara :

1.Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat klau dicedok seperti bertanduk.

2. Ayak tepung bersama baking powder.

3. Masukkan tepung berselang seli dgn susu, (tepung + Susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna.

5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

6. Masukkan paper cup ke dlm acuan lompang.

7.Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

8.Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yg disukai pakai warne yg berbeza.

9. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul- betul menndidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.( Jika api besar apam akan merekah)

* Satu adunan dpt 50 biji.

kredit:nur masri
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




ROTI SOSEJ MONTEL GEBU
.
Bahan-bahan (7 biji):
.
1. 2 1/2 cawan tepung roti
2. 1sb susu tepung
3. 2sb marjerin
4. 3/4sk garam
5. 2sb gula kastor
6. 1/2 cawan air suam
7. 2sk yis
8. 1sk bread improver
9. 1 biji telur
10. 1/4 cawan susu segar
11. Sedikit olive oil
.
Cara-cara:
.
1. Campurkan semua bahan dan uli sebati, nak uli tgn boleh nak pakai mixer pun boleh..uli betul2 tau sampai adunan doh tu jadi elastik, kalau tarik panjang2 payah nak putus haa gituu (lbh kurang 20-30 minit kalau uli tgn), then sapu sikit olive oil pada tgn dan sambung uli 5 minit
2. Pastu rehatkan doh 45 min ke sejam gitu sampai dia kembang 2-3 kali ganda
3. Dah kembang, bolehla bahagikan kepada 7 bahagian & next step boleh tgk gambar ye😉
4. Untuk topping atas, sapukan bancuhan kuning telur + 1/4 cawan freshmilk + 1/2 penutup pewarna kuning telur..letak sos, mayonis, cheese (mozarella atau cheese slices mana yg available boleh jer letak), mixed vegie sekali kalau nak
5. Bakar pada suhu 160 degree api atas bawah selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing.
6. Siap!
.
Tips:
.
1. Jangan simpan yis dalam peti ais atau di tempat panas, sebab yis tu akan meninggal dan hampa tunggulah 2-3 jam sekalipun doh hampa takkan kembang
2. Kalau nak doh cepat kembang, campurkan yis dalam air suam lbh kurang 10 minit sampai berbuih then masukkan ke dalam adunan
3. Pandai2lah adjust kalau adunan terkeras atau terlembik tambahlah tepung atau air dan lain2 ikut citarasa hokayy, asal doh tak melekat di tangan kira dah cun lah adunan hampa tu👍 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Cilek Kokusu Cake by Jejaka Brownie

Boleh buat jual atau hadiahkan kepada sahabat andai...Semoga bermanfaat🍓


BAHAN A
8 Biji telur A/B
270gm Gula pasir
10gm Ovalet
1sdt Esen vanilla
1/2sdt Garam


BAHAN B
270gm Tepung Gandum


BAHAN C
200ml Butter Cair
80gm Susu pekat
1/2 sk Esen Strawberry (Pilihan)


BAHAN D

Pewarna Merah (Pilihan)
Cara-Caranya: (panaskan kukusan api sederhana)

1. Campur dan Pukul #BAHAN A dengan kelajuan tinggi sehingga putih gebu / Soft peak (dalam 10 minit)

2. Selepas itu masukkan #BAHAN B pukul dengan kelajuan paling rendah sehingga sebati (dalam 10 saat)

3. Matikan mixer dan masukkan #BAHAN C kaup balik dengan sebati menggunakan spatula sahaja. Pastikan betul-betul tercampur rata pada adunan.

4. Bahagikan samarata 3 bahagian. 2 bahagian tu masukkan pewarna. 1 bahagian 2 titik pewarna dan satu lagi  4 titik pewarna. (pandai-pandai adjust ya)

5. Ambik loyang segi 4 size 8" / 9" dan lapiskan baking paper.

6. Tuang adunan tanpa pewarna dulu dan kukus selama 5 - 7 minit.

7. Dah masak lapisan pertama baru tuang adunan kedua yang menggunakan 2 titik pewarna. Samaratakan permukaan dan kukus lagi 5 - 7 minit.

8. Last sekali baru masukkan warna paling terang dan kukus lagi 10 - 15 minit.

9. Bila siap bolehlah keluarkan dari loyang dan hiris nipis nipis...dan sapu dengan krim / jem strawberry lepastu gulung...siap...
Tips: untuk menghilangkan bau hanyir pada telur pastikan buang pusat telur (warna putih keruh dan kental) 

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Keropok Lekor Homemade
👇
Bhn-
1 kilo ikan kembong(ambil isi mentah tak perlu rebus)*
2 sudu teh garam*
2 sudu teh maggi secukup rasa atau aji*
1 sudu teh lada sulah*
2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung gandum
Air sejuk sikit utk letak dlm blender*(skit sja)
Sdikit minyak masak

Cara
1.Kisar semua bhn bertanda*
2.kemudian satu kan bhn yg telah di kisar bersama tepung gandum dan tepung ubi.
3.Gaul dan uli sebati sampai tk melekat di tgn.
4.Dh siap uli,boleh lah di bentuk ikut saiz.
5.Panaskan air dlm periuk atau kuali & rebus.
Pastikan keropok lekor timbul baru di angkat dan gaul dgn sedikit minyak
6. Sejukkan dan boleh lah di goreng.

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


TELUR BISTIK MUDAH.
🐣🐣🐣🐣🐣🐣🐣🐣🐣

Bahan-Bahan
🍃🍃🍃🍃🍃🍃

3 biji telur - dipukul sedikit
5 biji cili padi - cincang halus
2 ulas bawang putih -  cincang halus
1 biji bawang besar - potong dadu
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos cili
1/3 cawan daging cincang
1 camca besar mayonaise
1/2 kiub pati daging lembu
sedikit Sos Ikan
sedikit air
sedikit serbuk lada hitam
1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
1/2 inci halia - cincang halus

🍃🍃🍃🍃🍃
Bahan Hiasan

hirisan daun bawangcili merah - buang biji dan potong kecil

Cara Membuat Telur Bistik Sedap
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.


2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.


3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.


4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.


5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.


6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.


7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan




Video oldindan ko‘rish uchun mavjud emas
Telegram'da ko‘rish
#tipsDapur cara lipatan napkin

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


AYAM MASAK SERAI.

🌿🌿💞🌿🌿💞🌿🌿
Bahan-bahannya:
🌿🌿💞🌿🌿💞🌿🌿

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor / asam keping
Garam dan kunyit

🌿🌿🌸🌿🌿🌸🌿🌿
Bahan untuk di kisar:
🌿🌿🌸🌿🌿🌸🌿🌿
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


🌿🌺🌿🌿🌺🌿🌿🌺🌿
Cara penyediaanya:
🌿🌿🌺🌿🌿🌺🌿🌿🌺

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak

Angkat ayam dan toskan minyaknya. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing

Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas-panas atau dengan nasi himpit.

Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


🍃🌺🍃
Nota : 
🍃🌺🍃
sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan



20 ta oxirgi post ko‘rsatilgan.